Pelakon yang masih tampan lagi setia, Edika Yusof, 52 tidak sesekali meninggalkan isteri apatah lagi mengabaikannya. Biarpun rumah tangganya diuji selepas dua tahun hidup berdua dengan isterinya, Nor Hidayah Yusri, 42.
Hidayah disahkan menghidap meningitis sehingga menyebabkan dirinya lumpuh separuh badan. Selepas tempoh itu, suami ini setia menjaga isteri yang memerlukan kerusi roda untuk bergerak ke sana-ke mari.
Diasak persoalan berkahwin lain, tidak sesekali ada dalam agenda hidupnya sepanjang menjaga isteri yang sakit. Setianya hanya untuk isteri tercinta. Dan selama tempoh itulah isterinya tidak lagi mampu berdiri.
Isteri Edika Berdiri Dengan Bantuan ’Tilt Table’
Terkini di instagram miliknya, Edika berkongsi berita gembira sewaktu isteri menjalani rawatan fisioterapi berkaitan keadaan dirinya. Dalam video instagram yang dikongsikan itu, isterinya dapat berdiri dengan sokongan daripada alat khas yang dipanggil ’tilt table’.
Dengan menggunakan ‘tilt table’, Hidayah dapat berdiri untuk 30 minit. Tentunya ini perkembangan yang baik untuk Edika malah isterinya.
Dalam pada itu, Edika memohon daripada para followernya agar mendoakan perkembagan baik untuk pemulihan isterinya.
Catat Edika,
“Rehab Day. 14 tahun tak berdiri, berdiri guna tilt table.
Dapat merasa 30 minit berdiri. Alhamdulillah.
Kita tak pernah putus semangat.
“Berserah tapi jangan menyerah.”
Katanya lagi, “bawa wife pergi treatment.. mudah-mudahan doakan. Dah lama tak berdiri sekarang baru berdiri.. insyaAllah.”
Edika Yusof Setia, Bagaikan Doktor Di Hati Isteri
Kata Hidayah menerusi Harian Metro, “Suami sudah seperti doktor saya. Dia akan memastikan saya mengambil semua ubat mengikut masa ditetapkan dan sentiasa menyediakan apa yang patut sebelum dia keluar bekerja.”
“Syukur anak-anak pun dah besar sekarang dan jika suami tiada di rumah, merekalah yang akan tengok-tengokkan saya.” Anak-anak inilah yang bergilir menjaga ibunya mengikut kelapangan waktu mereka.
Istimewanya pasangan ini, biar pun rumah tangganya diuji dengan ujian isteri sakit, Edika Yusuf tetap setia. Malah menolah berkahwin lain. Tetap setia menjaga isteri dalam apa juga keadaan. Susah payah bersama isteri tanpa merungut.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga paa 2003 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, Nazirul Afiq, 20, Fardeen Nasrulhaq, 16, dan Fereena Nurulhaq, 15.
Baca sini : Saya setia kerana tanggungjawab – Edika Yusof
MW : Mendoakan semoga Nor Hidayah dapat berdiri semula dan dipermudahkan urusan ibu dan isteri ini untuk kegembiraan ahli keluarganya yang setia menanti keajaiban dari Ilahi.
Sumber/Foto : Edika Yusof, Harian Metro
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalau anak diserang ekzema, mak ayah memang kena usahakan bagi minum susu khas sebab nak kurangkan kulit jadi meradang teruk.
Tetapi usahlah risau kerana penyakit kulit ini boleh disembuhkan sepenuhnya secara kekal. Anda hanya perlu mengubah sedikit pemakanan anda dengan memasukkan makanan yang dapat mengawal ekzema.
Andai tengok anak kecil yang jadi mangsa ekzema, memang kasihan tambah pula bukan sebarang susu yang anak kecil boleh minum. Inilah masalah normal yang dilalui oleh seorang anak kecil, Al Asyiq, 2 tahun 4 bulan yang mengalami ekzema teruk sehingga luka.
Apa yang menyedihkan anak kecil ini memerlukan susu yang harganya bukan biasa-biasa untuk diminum, untuk lebih dekat ikuti perkongsian daripada Puan Adnin Al Hannan ini…
AL ASYIQ
Ekzemanya masih belum baik, luka bernanah pada kaki dan tangan. Menangis sakit pedih setiap kali mandi begitu juga dengan dua adik beradiknya yang lain turut mengalami ekzema.
Kakinya disarungkan stokin yang panjang sampai kepeha untuk elak dari digaru tapi kadang ditanggal sendiri dan menggaru juga hingga luka.
Alergi Bagi Ekzema
Al Asyiq mengalami malnutrition dan masalah perkembangan tumbesaran dan ekzema yang teruk. Alergik pada nestum, gandum, oat, roti putih, soya, dan susu formula lembu.
Memerlukan susu khas novalac novarice berharga RM120, 800gram tahan selama 4 hari. Sebarang bentuk bantuan amatlah diperlukan.
Bagi Yang Nak Hulurkan Bantuan Boleh Terus Ke:
Maybank: 155032306795.
Mas Idayuu binti Masturi.
Terima kasih.
0133862178 (hp)
Berkat penghulu hari, moga ada mak ayah yang sudi menghulur sedikit sumbangan untuk mengurangkan beban anak kecil ini berdepan dengan masalah kulit yang dilaminya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalau biasanya anda berbuka dengan kuih manis-manis, kali ini mungkin mak-mak boleh tukar selera buat Potato Cheezy Stick pula. Menu ini memang sesuai buat anda yang gemar makan kentang.
Haaa… apa yang best, Puan Azua Eida ini bongkar cara nak hasilkan Potato Cheezy Stic yang tak lembik jadinya. Ok, jemput godek tengok bahan-bahan yang diperlukan dulu.
Resepi Potato Cheezy Stic
Sebabkan kentang banyak, so kita buat Potato Cheezy Stick. Guna bahan apa yang ada kat rumah saja sebab tetiba je rasa nak buat dengan anak-anak sebelum prepare masak lauk berbuka.
Bahan-bahan:
7 biji kentang
Keju mozarella atau cheesedale
Tepung gandum
Secubit garam
Breadcrump
Sebiji telur
Cara Nak Buat:
Rebus kentang hingga empuk. Saya rebus 7 biji kentang.
Disebabkan tak ada keju mozarella. Saya letak cheesedale je 4 keping.
Lenyekkan sampai lumat dan sebati.
Masukkan 1sb tepung gandum + secubit garam.
Uli sampai doh jadi macam ni.
Bentukkan ikut suka. Jika suka bulat, boleh bulatkan dan boleh tambah keju kiub masukkan kat dalamnya. Lagi cheezzyyy.
Salutkan dengan telur. Saya guna sebiji telur sahaja. Tak perlu garam. Tujuannya supaya breadcrumb melekat sahaja.
Salut dengan breadcrumb… ok siapp!
Tunggu goreng je nanti.
NOTA:
Jika terlalu lembek, boleh tambahkan tepung. Agak-agak la yer.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Musim nak raya inilah, ibu kena ambil tahu cara cuci botol susu dengan cara lebih terperinci. Sebab bukan rumah sendiri, jadi kena ready barang-barang yang perlu di bawa. Dah sampai rumah orang, macam-macam yang tak ada nanti!
Ok, ibu… tentu anda pernah cium botol susu yang baunya masam. Bau botol susu ini biasanya disebabkan cara mencuci botol yang kurang tepat. Apalagi botol susu yang diperbuat daripada plastik. Bau susu yang melekat akan menimbulkan bau yang tidak sedap. Jika dibiarkan ini boleh mengganggu kesihatan si kecil.
BARANG PERLU DI BAWA:
1. Berus khas cuci botol susu anak
2. Sabun pencuci botol anak.
3. Tempat keringkan botol.
Nah, ini adalah beberapa tip untuk menghilangkan bau kurang enak pada botol susu…
1. Leraikan botol susu dan rendam dengan air hangat agar bekas susu yang melekat hilang.
2. Gunakan berus botol, gosok perlahan-lahan untuk membuang kotoran yang masih melekat. Berus mulai dari bahagian bibir botol dengan gerakan memutar sehingga bahagian dalam botol. Ini penting, agar susu yang masih melekat dapat dihilangkan semua.
3. Bersihkan puting dengan menggunakan berus yang berbulu lembut. Atau jika perlu ibu perlu buang sisa susu dengan berus gigi yang lembut.
4. Setelah botol dan puting dibersihkan jangan lupa untuk membersihkan petutup botol. Pastikan petutup botol bersih.
5. Bersihkan botol susu dengan menggunakan sabun pencuci khas untuk bayi untuk memastikan semua kuman dan kotoran pada botol susu yang melekat dapat dihilangkan.
6. Setelah botol dicuci dengan bersih, didihkan air lalu masukkan botol susu ke dalam air yang mendidih. Biarkan hingga 15 minit.
7. Biarkan botol hingga benar-benar kering. Setelah kering baru simpan dalam tempat khusus. Pastikan ibu memasang kembali botol susu.
Haaa… senang bukan? Cuma itu cara untuk menghilangkan bau busuk pada botol susu. Botol susu yang bersih akan membantu mengurangkan risiko sakit pada si kecil. Semoga informasi ini bermanfaat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI