Sebelum sediakan menu overnight oats campak-campak ini mak-mak kena faham dulu konsep makanan diet overnight oat ini macam mana. Tentunya, ia tak perlu dimasak, dan perlu disimpan semalaman dalam peti sejuk dan dinikmati keesokan harinya.
Tiada sekatan penggunaan oats dalam penyediaannya. Kerana bahan asasnya adalah oat dan cecair yang mana susu biasa digunakan. Untuk mendapatkan overnight oat yang kental dan tak terlalu lembik disarankan menggunakan jenis rolled oat.
Sukatan bahan perlulah seimbang. Masukkan bahan asas overnight oats dalam bekas bertutup sebab ianya akan disimpan dalam peti sejuk. Tak bagus terdedah dan bercampur dengan bauan dari bahan lain yang dalam peti sejuk mak-mak.
Menu campak-campak overnight oat yang dikongsikan Hani Shamsuddin ini tak rugi untuk dicuba. Kerana, penggunaan bahan-bahannya mudah didapati di pasaraya berhampiran anda.
Mak-mak yang nak kurus tapi masih nak makan sedap, boleh cuba idea menu yang dikongsikan ini.
Kata Hani, “Aku ni memang malas nak bersilat dekat dapur pagi-pagi dengan drama air mata anak peluk kaki mintak ampun lagi. Pagi tu jugaklah perut ni kebulur. Nak senang aku buat overnight oats. Kongsi anak beranak.”
IKLAN
Simple. Kenyang. Jimat masa. Healthy.
Malam sebelum membuta, kena pastikan ‘dorang’ tidur bersama dalam peti ais. Letak semua ni dalam satu bekas yang boleh tutup. Macam balang ke bekas dadih ke taufufa ke.
1 cawan rolled oats
1 1/2 cawan susu (ikut tekaklah nak pure ke, strawberry ke coklat ke)
1 sudu chia seeds (optional)
1/2 sudu esen vanila
Esok pagi tinggal sediakan toppings. Yang ni ikut tekak memasing. Nah list idea nak letak apa :
Yogurt
Buah
Kekacang
Isi kelapa yang dah dikeringkan
Granola
Cornflakes, coco crunch
Simple jelah. Semua orang boleh buat. Oats ni dia dah sedia maklum kaya dengan fibre. Fibre ni kan melawaskan. So tak yah minum detox dah. Setel hajat.
Ini 12 Menu Overnight Oats, Rugi Kalau Tak Cuba
IKLAN
Ada campuran kekacang dan kurma.
Pisang, badam, walnut dan bahan asas overnight oats.
Anggur hitam, strawberi, kepingan kelapa kering, bahan asas overnight oat.
Buah naga, kacang walnut, badam, kepingan kelapa kering.
Epal, kekacang, granola, kepingan kelapa kering.
IKLAN
Pisang, kekacang, chia seed.
Kurma potong kecil buang biji, granola, kepingan kelapa kering.
Dalam keadaan sekarang, emosi manusia amatlah fragile, ingatlah kita berpotensi datangkan trauma dengan kata-kata dan tindakan tanpa disedari.
Ternyata sebelum berkata-kata atau bertindak, mak ayah tidak mampu berfikir secara rasional apatah lagi dalam keadaan marah. Situasi ini sebenarnya memberi impak kepada orang lain, tidak kiralah pada pasangan, anak-anak atau orang terdekat.
Oleh sebab itu, sebelum meluahkan kata-kata sama ada melalui tulisan atau tindakan, fikir sedalam-dalamnya apa kesannya pada orang lain.
Emosi Manusia Amatlah Fragile
Seperti mana yang dikongsikan oleh Puan Intan Dzulkefli ini, saya ingat lagi, waktu tengah malam selepas melahirkan Insyirah di hospital. Saya terperasan baby lain macam dan akhirnya saya tersedar, baby tersedak susu!
Allahuakbar. Rasa ‘blur’ nak buat apa. Setelah mengurut-urut belakang baby pun masih tak memberi reaksi positif.
Saya tahu, nyawa anak saya dalam bahaya.
Saya tekan loceng di tepi katil dengan perasan yang berdebar-debar. Waktu itu, betul-betul memerlukan bantuan. Bukan hanya untuk baby, bantuan untuk diri saya sendiri juga sebenarnya. Tangan dah terketar dah rasanya. I need help!
Ingatlah Kita Berpotensi Datangkan Trauma
Akhirnya, nurse datang juga, namun, dengan wajah yang masam mencuka.
“Puan ni bukan sudah anak dua dah ke? Takkan benda macam ni tak tahu nak buat?” katanya sambil menepuk lembut belakang baby. Sama sahaja seperti yang saya buat tadi cuma bezanya kali ini baby sudah menangis (petanda yang baik).
“Mujur saya datang cepat, kalau tak biru dah budak ni tak pasal-pasal jadi kes pula saya yang kena menjawab!” marahnya lagi.
Down rasa.
Betapa saya rasa begitu teruk waktu itu. Padahal siang tadi selepas melahirkan saya berasa gembira apabila menerima kata-kata pujian dan menenangkan dari nurse yang menemankan dan menguruskan proses saya waktu bersalin.
Impaknya, waktu saya mahu melahirkan Ahmad Faeq tahun lepas, kebetulan nurse tersebut masih bertugas di wad yang sama, hanya dengan melihat wajahnya sekilas pun sudah membuatkan saya rasa ‘down’, takut dan hampir menangis punya trauma. Takut kena jerkah lagi. Emosi waktu hendak melahirkan amatlah ‘fragile’.
Saya beristighfar dan berdoa sungguh-sungguh supaya tak terserempak dengannya sampailah saya dan baby discharged.
Alhamdulillah, Allah makbulkan doa itu. Syukur sangat-sangat.
Apa yang saya nak sampaikan di sini, kita takkan pernah jangka apa kesan daripada kata-kata, riak wajah dan bait-bait tulisan kita.
Fikir Dahulu
Waktu kita menulis, berkomen, mengkritik dengan emosi marah, benci, atau mengeluarkan kata-kata yang keras, percayalah kita tak boleh jangka apa impaknya kepada orang yang membaca atau mendengar.
Beberapa hari selepas itu, tatkala mood kita sudah okay, mungkin kita pun sudah lupa dengan kata-kata yang pernah kita tulis dan cakap. Namun, orang yang membaca dan mendengar itu mungkin traumanya bertahun.
Ada seorang pesakit depresi tahap teruk pun sanggup tak datang appointment pakar kerana ‘takut’ berhadapan dengan nurse yang selalu menghambur kata yang menyakitkan hati dan meruntuhkan jiwanya. Ini kisah benar.
Selalulah Beringat
Sama jugalah perihal kita sebagai pasangan, sebagai ibubapa atau apapun.. Selalulah ingat bahawa kita adalah orang yang berpotensi untuk mendatangkan trauma kepada orang yang dekat dengan kita, dengan kata-kata dan tindakan kita. Itu jugalah pesan Ustazah Liyana dalam usrah malam tadi.
Tambahan dengan waktu sekarang, emosi manusia amatlah ‘fragile’ untuk menguruskan lebih banyak tekanan.
Kata ustazah, kaum wanita kalau rasa stres, sedih, serabut, cuba hadirkan diri ke majlis ilmu. Insyallah, mudah-mudahan mustajab dalam merawat kegelisahan hati, menambahkan ilmu, memberikan ketenangan hati. Alhamdulillah memang mujarab untuk diri ini.
Kita sama-sama berdoa dan berharap, walau sesukar mana pun situasi kita, kita tetap bertahan dengan iman kita yang senipis bawang itu untuk ‘guard’ emosi dan akhlak kita, supaya tidak
mendatangkan kemudaratan kepada orang lain dan diri sendiri juga, Insyallah.
Ya Allah, hidupkanlah kami dengan iman.
Ya Allah, matikanlah kami dengan iman.
Berikanlah kami kekuatan, kesabaran dan ketaqwaan dalam menempuhi segala ujianMu, agar kami hanya menjadi penyampai kebaikan dan kasih sayang kepada insan di sekeliling kami. Amiin-amiin Ya Mujib.
Mingguan Wanita : Kadang-kadang kata yang kita anggap bagai di angin lalu mampu membuatkan seseorang beremosi atau lebih teruk memberi tekanan padanya. Oleh itu berhati-hatilah.
Ada orang lebih gemar bancuh dan minum teh uncang berbanding teh serbuk. Lebih mudah dan cepat. Tak perlu dah nak bertapis bagai asingkan serbuk teh yang terapung dalam cawan tu. Sekarang kan orang nak cepat saja.
Rupanya daripada kajian yang dijalankan, penggunaan uncang teh dalam minuman seharian ini mengundang risiko kesihatan untuk jangka masa panjang.
Hal inilah yang dikongsikan oleh Dr Taufiq Razif. Mak ayah dah boleh take note siap-siap ya.
Bahaya Minum Teh Uncang
Aduh. Bahaya la pulak minum teh uncang ni.
Ada pengkaji daripada University McGill pergi rendam uncang teh ni dalam air panas bersuhu 95°c. Mereka dapati uncang teh ni keluarkan 11.6 bilion zarah plastik mikro dan 3.1 bilion zarah plastik nano ke dalam cawan teh tersebut.
Cara selamat nak minum teh ni nak kena cari serbuk teh dan tapis sendiri dah lah. Biarlah serabut sikit kan asalkan air teh tu nanti selamat untuk anak dan keluarga kita semua.
p/s : Bagitahu pasangan masing masing yang suka minum teh tu supaya hati hati. Takut juga efek jangka masa panjang pada kesihatan mereka nanti
MW : Agak-agak apa nak buat dengan teh uncang dekat rak tu. Kalau akaklah, akak buka pembalutnya dan rendam terus teh tu dalam cawan. Tak perlu nak membazir, lagi-lagi zaman gawat ni kan. Mungkin pembaca ada cara lebih bernas ke?
Wanita hari ini sangat hebat dan peka dalam bab menguruskan kewangan keluarga. Malah golongan hawa ini juga kebiasaannya sangat bijak dan memastikan tidak berbelanja...