10 konsert berskala besar, bertalu-talu! Jangan sampai Allah murka seperti tragedi Palu, Indonesia. Pada 2018, Allah menunjukkan kekuasaannya menenggelamkan Kota Palu yang terletak di Sulawesi Selatan, Indonesia. Ini kerana daerah itu terkenal dengan jolokan Las Vegas itu dipenuhi dengan dunia pelacuran dan pusat perjudian yang sangat terkenal.

Diberitakan ratusan penduduk mati dalam tanah yang menggulung banyak daerah dan kampung-kampung hingga ada yang lenyap begitu sahaja khususnya di Petobo, Selatan Palu. Dalam kejadian empat tahun lalu itu, walau Ustaz-Ustaz sudah menasihati agar memberhentikan hal perjudian dan pelacuran di daerah ini namun mereka mengabaikannya hingga terjadinya tsunami yang menggulung rumah-rumah di situ dan terus lenyap dari peta Indonesia (tinggal tanah lapang sahaja).

10 Konsert Berskala Besar, Bertalu-talu! Jangan Sampai Allah Murka Seperti Tragedi Palu, Indonesia
Tsunami di Palu yang menggulung daerah ini. Kota ini dipenuhi perjudian dan pelacuran hingga Allah murka.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Anthonius Gunawan Agung, ‘Wira Palu’ Selamatkan Ratusan Nyawa, Namun Diri Terkorban

Selepas 15 Tahun Tsunami Melanda Aceh, Bukan Mudah Imam Sulaiman Untuk Lupakan Apa Yang Berlaku

“Tolong Kirimkan Al-Fatihah Buat Isteri Ku, Dylan Sahara…” Mangsa Tsunami Di Banten

Berpada Layan Teruja Dapat Nikmat Allah, Bimbang Itu Ialah Istidraj

IKLAN

Tidak mahu mengundang kemurkaan Allah berikutan begitu banyak konsert besar menjelang akhir tahun ini ia menarik perhatian Dewan Pemuda PAS yang membuat bantahan mengenainya.

Terkini, Ketua Dewan Pemuda PAS mengecam tindakan penganjuran konsert bertalu-talu di mana ada 10 konsert berskala besar hingga hujung tahun.

Menurut YB Ustaz Ahmad Fadhli Shaari yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, penganjuran konsert-konsert bertalu-talu adalah kerja gila menjemput kemurkaan Allah SWT.

“Hentikan kerja-kerja begini. Jangan dicabar emosi umat Islam. Pihak berwajib mohon dengar suara umat Islam sebelum datang kemurkaan Allah SWT. Bukan soal parti politik, bukan soal kecenderungan politik partisan, ini soal agama. Umat Islam perlu bersatu hati menentang,” katanya dalam hantaran di FBnya.

IKLAN

Kita baru diuji dengan Covid-19 dengan jutaan manusia mati bergelimpangan. Jangan sampai dipenuhi dengan hiburan dan kelalaian, kita semua mengundang kemurkaan Allah.

Berikut adalah 10 skala konsert besar hingga akhir Disember selepas habisnya konsert Billie Eilish. 

10 Konsert Berskala Besar, Bertalu-talu! Jangan Sampai Allah Murka Seperti Tragedi Palu, Indonesia
Konsert Justin Bieber akan berlangsung pada 25 Oktober 2022 selepas dibatalkan sebelum ini
10 Konsert Berskala Besar, Bertalu-talu! Jangan Sampai Allah Murka Seperti Tragedi Palu, Indonesia
Rasanya lagi banyak nama kumpulan yang kita tak kenal dari kenal, betulkan

Apa pun hidup ini pilihan. Usia juga rahsia Allah. Tapi ajarilah diri kita dan seluruh zuriat keturunan kita doa agar ditetapkan iman. MW kongsikan doa ditetapkan iman yang boleh kita baca dan amalkan.

Doa Memohon Ditetapkan Iman

IKLAN

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ

“Wahai Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan setelah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu. Sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia)” (Ali Imran: 8).

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI