Pulut kuning memang sedap dimakan dengan rendang ayam atau daging, mahupun kuah kari.Selalunya pulut kuning disediakan pada majlis kenduri kendara, majlis hari lahir, khatam quran, kesyukuran dan sebagainya.
Menurut perkongsian Puan Unaizah Azhar, ada petua dan tip yang dia gunakan agar pulut kuning tang dihasilkan nampak cantik berkilat, tidak patah dan tahan lebih lama. Iaitu dengan cara memasukkan cuka ke dalam air rendaman beras pulut tersebut. Jadi buat mak-mak yang nak cuba buat pulut kuning sendiri bolehlah cuba resipi yang dikongsikan ini.
Bahan-Bahan:
1kg beras pulut
1 kg beras pulut
4-5 sudu makan cuka
1 sudu besar serbuk kunyit
Sedikit pewarna kuning jenama (Star Brand)
Air ( Anggaran 2 inci dari permukaan beras pulut)
Cara Membuat:
1.Basuh pulut hingga betul-betul bersih dan jernih airnya (untuk mengelakkan cepat basi)
2.Toskan airnya kemudian masukkan serbuk kunyit dan pewarna.
3.Gaul beras pulut tadi hingga warna kuning sekata.
4.Masukkan Air dan cuka kemudian kacau bagi rata cukanya.
5.Rendam semalaman.
IKLAN
Bahan-Bahan: (Untuk Mengukus)
300 gram santan pekat.
1/2 cawan air
1 sudu teh garam
Gula (bergantung pada citarasa masing-masing)
IKLAN
Cara Membuat:
1.Semua bahan diatas dimasak sekejap(jangan sampai mendidih)
Sejukkan Seketika.
2.Kukus Beras pulut lebih kurang 1/2 jam atau hingga masak.
3.Bila dah masak, masukkan dalam bekas dan curahkan santan yang dimasak tadi.
4.Gaul hingga rata dan kalau nak manis sikit boleh taburkan gula semasa proses ni.
5.Bila dah sekata santan tadi, biarkan lebih kurang 10 minit (untuk mesrakan santan dengan pulut).
6.Kemudian kukus balik pulut tadi hingga naik wap lebih kurang 1/2 jam juga.
Info Ekstra!
Tip Agar Pulut lebih cantik dan berkilat.
IKLAN
Setelah rendam beras pulut lebih kurang 3 jam, kacau-kacau sikit beras tadi dan biarkan.Kalau rajin lebih kurang 2 jam selepas tu kacau-kacau lagi. Tujuannya nak bagi rata cuka dalam air.
Pulut juga tak perlu bilas dengan air biasa semasa nak kukus.
Selamat Mencuba!
Sumber: Unaizah Azhar
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Malaysia serba serbi terbaik termasuk dipenuhi kaki “complain”, indahnya coretan Chong Wei sempena hari Malaysia. Jarang tidak lucu kerana setiap coretannya pasti mengundang orang ramai untuk memberikan pendapat.
Terbaru sempena Hari Malaysia hari ini, idola rakyat Malaysia, Datuk Lee Chong Wei berkongsi momen yang cukup indah.
Bukan saja kerana bakal menerima cahayamata ke tiga tetapi memori indah buat kita semua rakyat Malaysia kerana ia mengenai negara yang kita sayangi iaitu Malaysia. Dan ia, ia menerima tanda suka yang sangat ramai di mana ramai menyetujui pendapatnya.
Dalam catatannya, Datuk Lee Chong Wei menulis, dia pernah ditanya oleh Azlan, mengapa juara beregu negara, Wong Yik (bersama pasangannya Aaron) menangis ketika menang kejohanan World Champions baru ini. Sudah pasti menangis kerana penat lelah mereka berlatih akhirnya berbaloi. Kemenangan itu juga membuatkan bukan saja rakan, keluarga dan pastinya rakyat Malaysia berbangga dan menamatkan badi.
Bahkan dirinya menulis, suatu ketika dahulu dirinya juga menangis podium Olimpik kerana tidak dapat memberikan kegembiraan yang negara mahukan berikutan kekalahannya.
Jelas Datuk Lee Chong Wei, dirinya pernah ditawarkan untuk menjadi jurulatih di luar negara tetapi memilih untuk kekal di Malaysia kerana sayangkan Malaysia.
“Ini adalah negara anda dilahirkan dan bersekolah. Anda mempunyai memori bersama rakan dan keluarga. Makanan kegemaran anda ada di sini. Anda bergelak tawa di sini.
“Negara ini memiliki segala sumber semula jadi. Tiada gempa bumi. Tiada gunung berapi. Dalam diri mereka yang dilahirkan di Malaysia tahu Malaysia adalah rumah yang sebenar,” tulisnya.
Dalam pada itu, dirinya turut menyentuh isu politik tanahair. Tanyanya, cuba bayangkan Malaysia tanpa politik perkauman?
“Malaysia dengan pemimpin dan ahli politik yang berkelayakan dan berpendidikan, Malaysia dengan sistem persekolahan yang sangat maju.
Namun dalam pada itu, Lee Chong Wei turut menulis rakyat Malaysia memang suka “complain” dan mencari kesilapan, tetapi itu adalah disebabkan semakin mereka mengambil berat, semakin banyak mereka “complain”.
“Pilihan raya akan tiba. Mari semua kita jadikan Malaysia sebuah rumah seperti yang sepatutnya. Saya sayang Malaysia. Selamat Hari Malaysia,” katanya.
Dan ramai bersetuju dengan pernyataannya kerana kita semua memang berbeza-beza tapi itulah yang menyatukan rakyat Malaysia selama ini.
Dalam pada itu, dirinya turut berkongsi momen istimewa di mana isterinya Datin Mee Choo sudah berbadan dua.
Tulisnya, sebab sayang sangat negara kita, kita tambah satu lagi warga Malaysia! Minta semua tolong doakan smooth pregnancy @wong mew_choo”
Menurutnya, anak mereka tidak kisah sama ada akan menerima adik lelaki atau perempuan.
“Tanya budak-budak. “Boys, kau orang nak baby boy or baby girl?”. Dan anak-anak menjawap ‘ tak kisah papa. Janji baby and mommy sihat dan ia jelas membuatkan isteri kesayangannya itu bergenang air mata.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Senangnya nak buat Coklat Peanut Butter Marble Bar yang dikongsikan oleh Cik CA ni. Hanya menggunakan 3 bahan utama iaitu biskut marie, dark coklat dan mentega je. Paling best, mak-mak tak perlu nak guna oven dan tak payah guna periuk kukus pun. Simpan dalam peti sejuk 2 jam dah boleh dimakan.Senang dan mudah sangat! Cuti hujung minggu ni, boleh lah buat untuk anak-anak nanti.
Berikut perkongsian resipi oleh Cik Ca, yang mak-mak boleh cuba;
“Tak perlu bakar tak perlu kukus coklat peanut butter marble bar ni.Lorek-lorek simpan dalam peti 2 jam dah boleh makan.Budak-budak suka ni.Comel je tengok.Resepi disediakan. Tak manis sebab guna dark coklat.Pilih yang kandungan koko tinggi.Kalau guna milk coklat,memang manis.”
Bahan-Bahan:
200 gram biskut marie cerah ( CA guna biskut jenis digestive dia mudah hancur)
120 gram peanut butter
70 gram unsalted pure butter ( kalau nak guna buttercup pun boleh terpulang )
Cara Membuat:
1.Hancurkan biskut ikutlah nak pakai pengisar atau manual.Lepas tu masukkan butter dengan peanut butter.Kisar bagi sebati.
2.Masukkan dalam bekas yang dah dilapik dengan baking paper.CA guna loyang 6 inci petak.Tekan tekan bagi padat dan ketepikan.
3.Double boil 200 gram dark coklat.Ratakan dalam bekas.Double boil 60 gram peanut butter dan letak atas permukaan coklat tadi.Lorekkan ikut suka.
2 jam dalam peti,keluarkan dan biarkan 10 minit suhu bilik dah boleh potong dah.Best.
CA guna dark coklat sebab suka rasa coklat.Boleh guna milk choclate dan sebagainya.Tak menyesal cuba.Memang sedap.
Selamat mencuba, boleh lah mak-mak buatkan untuk anak-anak hujung minggu ni.Mesti mereka suka!
Sekitar Februari lalu, pelakon dan mantan pengacara Mingguan Wanita Talkshow, Siti Elizad membuat keputusan mahu fokus dengan kaedah persenyawaan in-vitro (IVF) bagi mendapatkan zuriat.
Selepas lima tahun mendirikan rumah tangga, Elizad begitu mengharapkan kehadiran cahaya mata. Bukan sekali dua doanya dititip agar Allah membukakan pintu rezeki zuriat untuknya dan suami.
Perjalanan IVF ini juga sesekali dikongsi dengan followernya di instagram.
Dah Masuk Fasa Suntikan Untuk IVF
Terbaru, Elizad kongsikan yang dia sudah pun memasuki fasa suntikan untuk IVF. Bukan doktor yang cucuk, tapi suami sendiri yang perlu buat di rumah.
“Bismillahhirrahmanirrahim.. My very 1st day injection for IVF. Hari ni check darah. Sambil tu Doctor & nurse ajar husband cara nak inject dekat bahagian perut.
Jadi, hari ni hari pertama kami. Dah mula proses cucuk-cucuk sendiri dekat rumah sendiri, doakan kami ya. Inshaallah jumpa Doctor lagi 2 weeks time. Thank You Doctor Azlin @sophea_fertility.”
Akui Elizad, tak mudah untuknya mendapatkan cahaya mata sulungnya itu. Dalam masa yang sama berkongsi video dan gambar perjalanan IVF nya yang tak mudah itu di instagramnya.
“Susahnya nak dapat awak ni ANAK“ Harap-harap awak tengoklah lah video & gambar-gambar macam mana strugglenya nak dapatkan awak. Ya Allah perkenankan lah doa ku yang satu ni, juga buat mereka yang TTC (cuba hamil) seperti saya.”
Demi mendapatkan zuriat ini juga, Elizad membuat keputusan berhenti dari mengacara rancangan bual bicara program Mingguan Wanita Talkshow.
Bagaimanapun, Elizad tidak dapat berkongsi kos rawatan yang sedang dijalankan ketika ini. Memandangkan setiap individu permasalahannya berbeza.
“Yang tanya tentang harga, I takde jawapan. Sebab masalah kita semua lain-lain ya. Cuma apa I boleh rekemen harga berpatutan & Doctor, nurse semua sangat friendly. Boleh call & DM @sophea_fertility terus mereka ya..”
Penyampai radio Sinar FM ini juga mendoakan agar wanita yang sedang usaha untuk mendapatkan zuriat dipermudahkan urusan mereka.
Elizad atau nama sebenarnya, Siti Elizad Mohamad Sharifuddin berkahwin dengan Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015.
"Nahas helikopter TLDM, individu komen biadap "askar lain semua mati masa perang..." Di sebalik nahas dua helikopter semasa raptai sempena hari Tentera Laut DiRaja...