Susah hatikan mak-mak kalau susu ibu tak meriah macam mak-mak menyusu yang lain. Macam-macam cara cuba, tak juga mahu bertambah. Ibu pada Nur Aaliya Raisha, 3 bulan ini akui susunya sentiasa meriah. Tak pernah drop dari hari pertama bersalin sampailah sekarang.
Nak tahu apa rahsia Nursha Salleh (Kekcha) ini. Rupanya dia cuma amalkan 4 makanan sunnah untuk dapatkan milk booster terbaik. Makanan inilah yang hasilkan susu meriah.
“Lepas deliver baby, baby tak pernah berjaga malam kerana kekenyangan. Dan tidur tersangat sangat lena sampai kan saya ni tak berjaga malam.”
“Sekali pam, akan dapat 120 ML tau. Kenyang baby. Syukur sangat.”
Amal 4 Makanan Sunnah Ini Untuk Hasilkan Milk Booster Terbaik
KURMA 2 BIJI
BADAM 2 BIJI
KISMIS 7 BIJI
SUSU SEGAR ( tak kisah apa brand tau, macam saya pakai dutch lady)
Ads
Caranya Macam Ni
1. Cara dia amik kesemua bahan di atas, buang biji.
2. Lepas tu blend dengan susu Dutch lady.
3. Boleh terus diminum. Sedap sangat!
“Memang sangat sangat membantu. Dari 1st day deliver baby sampai la sekarang baby usia 3 bulan susu badan tak pernah drop. Kekcha tak penah amalkan apa apa milk booster lain kecuali moeder tapi tak berapa nak menjadi sangat sampai lah amalkan yang ni je. Dah la senang nak dapat. Kat kedai sebelah rumah pun ada jual.”
Tapi Kan.. Nak Susu Meriah Kenalah Ikut Panduan Penting Ini
√ Kalau dah ambil milk booster ni jangan lah ingat susu kita terus melimpah ruah hingga ke ladang gandum dengan serta merta.
Ads
√ Goyang kaki je sambil tengok tv rilek-rilek tetiba susu banyak. Amboi mak enon. Tidak lah mudah sebegitu ye.
√ Kena juga direct feeding dan pam untuk penghasilan susu badan yang lancar. Konsepnya mudah je.
√ Ada permintaan (demand), ada bekalan (supply). Lagi banyak pengeluaran lagi banyak penghasilan susu badan yang baru. Jadi breast pun sentiasa penuh.
√ Selagi ibu tidak kerap menyusukan anak (1-2 jam sekali), bila anak bersama terutamanya pada waktu malam dan tidak mengosongkan payudara (mengepam 2-3 jam sekali) bila anak tidak bersama memang susu tidak akan terhasil walaupun anda makan milk booster berharga seploh juta sekali pun.
Ads
Syarat Amalkan Milk Booster Terbaik
√ Kurma, badam dan kismis ni memang power khasiat dia. Dari pregnant sampai lah dah bersalin ni memang selalu orang kata elok makan kurma dan semua kat atas tu.
√ Kurma ni kalsium dan zat besi dia tinggi. Ok cara dia macam ni tau.
√ Kena ingat, milk booster ini untuk sekali minum saja.
√ Amalkan minum pagi dan malam sebelum tidur.
√ Kurma, badam dan kismis kena rendam semalaman okay.
Sekian perkongsian saya terhadap ibu ibu. Semoga ia dapat membantu mengenyangkan baby kita.
Memasak kena rajin, kreatif, pandai olah untuk dijadikan menu makanan yang sedap. Kalau lauk basah dah habis, daging buger pun boleh dijadikan lauk yang sedap.
Ni salah satu resipi lauk daging burger simple yang mak-mak boleh cuba, perkongsian daripada Puan Siti Nursoleha Nawawi;
Daging burger dijadikan lauk, siapa biasa buat? Pelik.. Bagi saya sangat pelik. Tapi suami request, katanya dia biasa makan kat kantin sekolah menengah. Kira menggamit kenangan la.Tapi biasanya dia makan yang berkuah..ada lada boh.
Tapi yang ni dia sendiri googlekan resepi. Simple. Gambar last tu nanti letak la garam dan gula secukup rasa.
Memang sedap!!! Sesuai sangat waktu lauk basah dah habis.Jom cuba!Resepi, biar gambar berbicara.
Bahan-Bahan:
Daging Burger (potong panjang)
Bawang Merah (Dihiris)
Bawang Putih (Dihiris)
Cili Padi (dihiris)
Sos Tiram
Sos Cili
Garam
Cara Membuat:
1. Grill/ goreng daging burger sampai masak.Ketepikan.
2. Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih dan cili padi dalam kuali sampai naik bau.
3. Masukkan sedikit sos tiram dan sos cili.
4. Kemudian masukkan daging burger tadi dan kacau sebati. Masukkan garam secukup rasa dan kacau sebati.
MW: Memang mengimbau kenangan sungguh menu lauk daging burger ni. Mak-mak yang tak pernah cuba masak daging burger untuk dijadikan lauk boleh cuba resipi yang dikongsikan ini. Memang sedap!
asa dan pengorbanan guru sememangnya tidak terbalas. Apatah lagi guru yang ikhlas dan bertanggungjawab mendidik anak murid dengan sepenuh hati. Kesusahan yang dialami pasti akan dibantu oleh anak murid yang mengenang budi dan jasa bakti mereka. Tak kiralah dengan bantuan tenaga mahupun wang ringgit yang dihulurkan bagi meringankan beban.
Hadiah Hari Jadi Istimewa
Seorang guru ganti menerima hadiah hari jadi istimewa daripada anak muridnya, cek benilai AS$27,000 (kira-kira RM111,200).
Jose Villarruel, 77, tinggal di dalam kereta sejak Mei tahun lalu, berkhidmat sebagai guru ganti sejak puluhan tahun lalu.Dia menamatkan khidmatnya selepas sekolah melaksanakan pengajian secara dalam talian (online) awal tahun lalu.
Anak muridnya, Steven Nava, 21, memutuskan untuk mengadakan sambutan dan kejutan untuk Villarruel yang dikenali sebagai Mr V, lapor fox29.com.Dia terserempak dengan Villarruel minggu lalu dan masih mengenalinya.
“Saya selalu nampak dia dan itu membuatkan saya terfikir untuk mengetahui keadaannya sekarang.
“Saya sangat terkesan dengan wabak ini dan bagaimana ia menyebabkan seorang guru tidak mempunyai pekerjaan.
“Sangat menyedihkan apabila melihat guru anda sendiri yang melaluinya sehingga hanya membuat anda ingin membantu lebih banyak lagi,” katanya.
Guna Platform Media Sosial Kumpul Dana
Nava pada mulanya memberi Villarruel AS$300 (kira-kira RM1,235) dan kemudian memutuskan untuk mencari dana melalui GoFundMe bagi membantu Villarruel dapat menjalani hidupnya semula.
Dia berkongsi di semua platform media sosial, dan menjadi tular di TikTok dengan lebih daripada 1.7 juta tontonan.
“Kuasa media sosial sangat luas dan ada ketikanya kita perlu menggunakannya untuk kebaikan, bukan sebaliknya,” katanya.
MW:Tahniah atas tindakan anak murid ini. Satu perbuatan yang bertanggungjawab dan mulia dalam membantu guru. Semoga lebih ramai anak murid yang mempunyai sikap sebegini. Tahu menghargai dan membalas jasa guru, meskipun bukan dengan wang ringgit, namun dapat membantu dengan seadanya.
Sesi persekolahan seawal 7.20 pagi setiap hari ketika ini memerlukan banyak pengorbanan daripada pelbagai pihak. Baik guru-guru, mak ayah mahupun anak anak yang terlibat.
Kerajaan disaran supaya menetapkan sistem persekolahan di Semenanjung bermula jam 8 pagi bagi meraikan konsep Malaysia Madani dan slogan ‘Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera’.
Belas Kasihan & Empati Pada Guru, Ibu Bapa & Murid
Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Anuar Ahmad berkata, kerajaan sepatutnya ada rasa belas kasihan dan empati pada keadaan guru-guru, ibu bapa dan anak-anak yang terpaksa bangun seawal jam 4.30 pagi.
“Jika di bandar terpaksa meredah kesesakan jalan raya seawal jam 6 pagi untuk ke sekolah.
“Di sekolah pedalaman pula, anak-anak kecil terpaksa jalan becak dan berlumpur. Ada yang terpaksa meredah denai kecil. Ada anak-anak yang terpaksa berperahu ke sekolah sedangkan hari masih gelap,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Anuar Ahmad.
Bergegas Ke Sekolah
Malah kata beliau, ada anak-anak yang tidak sempat bersarapan bersama keluarga kerana bergegas ke sekolah.
“Jika kerajaan prihatin dengan kesejahteraan dan kesihatan rakyat, apa salahnya kita lakukan sesuatu yang betul untuk rakyat dengan mulakan sesi persekolahan pada jam 8 pagi,” katanya.
Untuk rekod sesi persekolahan ketika ini bermula jam 7.30 pagi.
Mengulas lanjut, beliau berkata, bagi melaksanakan cadangan berkenaan, KPM juga disaran mengurangkan sesi persekolahan selama 15 minit bagi sesi pagi dan petang.
“Hanya (dilewatkan) 30 minit. Saya fikir tidak menjadi isu jika KPM kurangkan 15 minit sesi pagi dan 15 minit sesi petang,” katanya.
Mingguan Wanita: Mak ayah setuju tak jika sesi persekolahan dimulakan jam 8 pagi setiap hari. Jadi tidak terlalu tergesa-gesa mempunyai lebih banyak masa untuk bersarapan bersama keluarga di rumah.
Sebagai seorang wanita pada realitinya banyak pengorbanan yang perlu dilalui termasuklah dalam mengharungi dunia percintaan. Begitu juga dengan watak Radwa yang mengajar kita bahawa...