Ternyata ujian dalam rumah tangga memang dahsyat, tak semua perempuan bernasib baik dan perkara ini bergantung kepada siapa suaminya.
Sekiranya dikurniakan suami yang baik, alhamdulillah. Jika sebaliknya, seorang perempuan atau isteri ini harus sabar dan tabah dalam melalui liku-liku rumah tangga.
Mahu atau tidak segalanya sudah di depan mata, terpaksa jalan terus dan melalui hari mendatang bersama suami.
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan fahami apa yang cuba disampaikan.
Ujian Rumah Tangga Memang Dahsyat
Sabar dan tabah…
Orang perempuan yang hendak jadi isteri orang atau pun yang sudah jadi isteri, kena pegang kepada dua frasa ini sepanjang melayari alam perkahwinan…
Nak tak nak, suka atau tak suka, tetap kena sabar dan tetap kena tabah dengan apa yang mendatang…
Ujian di alam rumah tangga ini hebat dan dahsyat untuk orang perempuan…
Tak Semua Perempuan Bernasib Baik
Boleh dikatakan, tak semua perempuan bernasib baik dalam perkahwinan dan ianya bergantung kepada siapa yang jadi pasangannya…
Ada yang tanggung diri sendiri dan anak-anak walaupun ada suami… Malah ada yang hampir kesemua hal rumah, kerja rumah dibuatnya sendiri walaupun suami tak mati lagi…
Kalau dapat pasangan lain daripada apa yang diidamkan, maka sabar dan tabahlah sepanjang masih bersamanya…
Baca Juga Di Sini:
‘Landasan Kita Berbeza’ Bertahun Kahwin, Ujian Rumah Tangga Tak Pernah Berhenti
Apa Yang Berlaku Dalam Rumah Tangga Adalah Ujian, Allah Tak Uji Melebihi Kemampuan
Cabaran Suami Isteri Akhir Zaman, Rumahtangga Akan Diuji Sehebat-Hebat Ujian!
Bergantung Siapa Suaminya
Kekuatan orang perempuan ada pada dua perkara ini saja… walaupun orang luar nampak ianya hampir mustahil untuk diteruskan, dipertahankan, diselamatkan…
Tapi berbekalkan kesabaran dan ketabahan seorang perempuan yang bergelar isteri, adakalanya perangai yang macam syaitan pun mampu ditundukkan dan dibawa ke pangkal jalan…
Tiada jalan mudah atau jalan pintas bagi seorang isteri dalam alam perkahwinan selain sabar dan tabah akan apa yang ditentukan Allah SWT terhadapnya…
Berdoalah Kepada Allah
Berdoa, doa dan terus berdoa tanpa henti ketika sedang bersabar dengan tingkah laku dan perbuatan pasangan…
Bertabahlah dalam meneruskan langkah berbekalkan harapan dan mengharapkan kenyataan bahawa Allah tidak membebani hamba-Nya melebihi kemampuan hamba-Nya…
Semoga esok lebih baik daripada hari ini dan sentiasalah membahagiakan diri sendiri daripada meminta orang lain membahagiakan anda…
Mingguan Wanita : Jika mak-mak merasakan perkahwinan yang dibina tidak membahagiakan setelah berusaha bermacam cara, apa kata lepaskan saja. Jangan bebankan diri sendiri, ciptalah kebahagiaan sendiri tanpa mengharapkan orang lain.
Sumber : Firdaus Shakirin
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya:
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Suami yang baik dan disayangi isteri, apabila dia tak kedekut nak belanja isterinya makanan sedap. Isteri akan lebih menghargai, silap-silap isteri pula nak balas kebaikan suami, belanja suami makan makanan sedap pula. Lagi-lagi bila suami tiada duit tunai di tangan.
Macam BroOhsem, Akhtar Syamir ini. Suatu ketika dulu, pernah tak ambil kisah pun pasal kewangan isteri. Tak nak ambil tahu isteri ada duit atau tak. Dia juga tak peduli sama ada isteri dapat beli apa yang dia idamkan atau tak.
Sampailah datang kesedaran, tak kedekut dengan isteri. Barulah dia nampak.. murah rezekinya selepas itu. Makin berganda-ganda.
Kebetulan Saya Memang Tak Ada Tunai
“Sayang teringin nak makan kek Indulgence kat Secret Recipe. Tolong belikan boleh? Untuk anak-anak sekali, kakak suka Chocolate Fudge. I belanja, I bagi kad ye“. Kebetulab saya memang tiada tunai. Sekarang dah jarang sangat bawa duit tunai. Semua pakai e wallet.
Bila nak masuk parking tu, ternampak ada kedai bakeri baru bukak. Sementara diorang tunggu dalam kereta, saya ke kedai bakeri tu dulu.
Kebetulan saya belum makan tengahari lagi, diorang dah makan kat rumah ipar tadi. Kedai bakeri tu ada ayam grill. Tengah offer pulak sebab baru bukak. Roti, egg tart dan donut pun tengah offer. Dengan senang hatinya saya pakai kad bank dia kat situ.
Lepas tu baru pergi beli kek kat Secret Recipe dekat je dengan kedai bakeri tu. Siap je beli kek, bila bukak je pintu kereta untuk masuk, saya terus tergelak besar sambil cakap “hahaha… Bestnya belanja pakai kad orang lain”. Muka bangga semacam. Perasaan dia lain betul. Seronok semacam.
Pesan Ebit Lew, belanja atas isteri, keluarga sedekah paling besar nilainya.
Isteri Balas Kebaikan, Bila Suami Tak Kedekut
Menjerit orang tu kena scam. “Padan mukeee” kata saya. Selalu saya je yang kena scam. “Takpelah abang, sayang ikhlas” katanya. Tapi muka dia macam tak ikhlas je?
Tapi bila pikir-pikir balik, syukurnya rasa. Dulu isteri saya sampai terlupa nak guna ATM macam mana. Punyalah lama akaun dia takde duit. Memang sedih betul bila terkenangkan.
Saya tak malu mengaku, dulu kurang kesedaran. Saya letak benda sebegini di tangga terbawah keperluan dalam keluarga. Kalau ada, adalah.
Sebenarnya janganlah buat macam tu. Letak kepentingan dia di atas. Barulah selesaikan yang lain. Sebabnya, bila kita bagi pada isteri, kita akan dapat berkali-kali ganda lagi. Dulu letak di bawah sebab takut duit tak cukup. Tapi bila letak keperluan dia di atas, cukup pula nak buat semua benda.
Magik kan?
Inilah namanya, dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain terutamanya isteri kita. Jangan kedekut dengan isteri. Bila kita tak kedekut, rezeki tu akan datang dengan lebih banyak lagi.
Bila dah sampai kat rumah, saya pun masukkan semula duit yang digunakan tadi. Jadi, isteri saya dapat, saya pun dapat. Best kan?
Sekadar perkongsian kegembiraan. Semoga mendetikkan sesuatu. Kongsikan untuk manfaat semua.
Jemput follow saya,
Akhtar Syamir dan isteri, Nora Azni
Saya selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan, emas dan isu semasa.
Jom joi
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Baju sekolah kain putih memang susah nak jaga apatah lagi untuk kekalkan ‘keputihannya’ lebih-lebih lagi baju sekolah anak-anak yang tengah lasak dan aktif. Memang kena ada extra baju sebab setiap hari perlu ditukar ganti.
Tetapi kali ini mak-mak boleh hilangkan kotoran degil pada pakaian dengan cara guna sabun mandi ketul saja.
Cuci Baju Kotor Dengan Sabun
Siapa sangka sabun jenama paling murah ni berkesan untuk menghilangkan kotoran degil‼️
Tak perlu lagi guna clorox nak hilangkan kotoran degil. Dah la mahal, menghakis dan menipiskan kain pula tu.
Dengan kos serendah rm2.70 sahaja, untuk satu set buku sabun fruit tale mak-mak boleh parut sabun tu dan simpan dalam bekas. InsyaAllah tahan seminggu-dua.
Boleh hilangkan kotoran pada baju sekolah, kasut sekolah, baju kemeja tanpa perlu disental. Kotoran degil hilang serta merta.
Cara-cara:
1. Wajib guna sabun fruit tale.
2. Parut dulu sabun fruit tale dan simpan dalam bekas. Supaya lebih jimat.
3. Tuang air panas dalam besen.
4. Letak serbuk fruit tale dalam besen.
5. Biarkan hingga larut. Guna sudu kayu nak larutkan.
6. Rendam baju dalam besen tdi semalaman.
7. Tengok hasil tak perlu sental. Kotoran degil hilang selepas bilas.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mana boleh mak ayah duduk diam kalau tahu anak demam, tambah pula umur anak masih kecil atau bayi itu mula jadi tak aktif dan tak boleh buka mata sebab suhunya cukup tinggi. Sebenarnya demam adalah sebahagian daripada kaedah semula jadi badan bayi melawan jangkitan.
Namun, demam mungkin jadi lebih serius jika bayi anda berusia di bawah enam bulan. Kadang tidak jelas kenapa anak boleh demam kerap sangat tetapi ada banyak sebab yang anda boleh rujuk melalui perkongsian Doktor Hana ini…
1. ANAK DEMAM VIRUS
-Kebanyakan demam tinggi ni disebabkan virus.
-Dan viral fever ni biasanya memang akan lega sendiri within 3-5days.
-Tak perlu minta kat doktor nak antibiotik.
-Lama mana demam? Bergantung pada “kekuatan” virus dan kekuatan imuniti kita nak lawan virus. Ala-ala macam ultraman lawan raksasa.
-Kekuatan virus tak boleh ubah, tapi kita boleh kuatkan immuniti badan, contohnya ambik #vitaminC-rich food.
2. MONITOR
-Tugas mak ayah monitor hydration, makan minum, dan keaktifan anak yang demam.
-Kalau demam sampai takmau makan dan minum, pastu dehydrated lembik melepek je, kena bawak ke hospital. Kalau ragu-ragu bawak je jumpa doktor untuk pemeriksaan.
-Jika demam virus biasa ni, bila demam kebah, anak-anak masih aktif, masih nak main.
-Lagi satu, kalau anak ada batuk selsema sampai nafas laju, atau nampak macam nak penat/semput, atau cirit birit sampai lembik, sila bawa jumpa Dr.
3. UBAT DEMAM
-Ada mak ayah yang takut bagi ubat demam banyak-banyak. Kena bagi ubat demam regular 6 jam sekali masa demam tinggi, antaranya sebab nak elak sawan demam. Sawan lagi bahaya!
-Bagi ubat demam 6-8 jam sekali. Ubat demam paracetamol generally selamat. Kalau anak suka luah balik ubat, takut tak berkesan, bagilah ubat punggung (suppository PCM) 6 jam sekali.
4. JELUM
-Buat juga tepid sponging. Jelum dengan air.
-Air suhu bilik je pun OK
-Pastu dah jelum dengan tuala basah, #jangan pulak tepek tuala tu sampai 10 minit atas kepala budak? nanti haba lagi terperangkap takleh keluar, padahal kita nak turunkan suhu dia?
-Cara yang betul, jelum dan angkat. Jelum dan angkat tuala basah tu. Biar air kering sendiri atas badan anak
5. DENGGI
-Lepas 3 hari kalau demam tak kebah, boleh bawa ke klinik/hospital untuk cek darah. Takut demam denggi, atau demam yang ada secondary bacterial infection (jangkitan kuman) yang perlukan antibiotik.
-Tapi kalau lepas ambik darah, terbukti demam virus, sekali lagi, tak perlu minta antibiotik.
6. RUAM
-Kadang-kadang ada anak-anak lepas demam kebah, dia akan naik ruam merah satu badan. Kita panggil viral exanthem.
-Biasanya tak merbahaya dan akan hilang sendiri.
-Tapi kalau takut ruam lain eg campak, ruam sebab denggi, etc, sekali lagi boleh jumpa Dr untuk diperiksa.
Ok, mak ayah boleh pantau suhu anak demam di rumah tetapi perlu lebih berhati-hati dengan bayi yang lebih kecil terutamanya bayi di bawah tiga bulan dan doktor akan membuat pemeriksaan yang lebih lanjut pada anak kecil atau bayi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI