Betapa menjadi suami isteri akhir zaman ini, cabarannya sangat hebat dalam segala segi. Hanya berbekalkan iman yang kuat akan menjadi benteng agar terus lurus pada jalanNya untuk mendapat sakinah, mawaddah dan rahmah dalam rumahtangga.
Renungkan perkongsian daripada Firdaus Shakirin ini, kita pasangan yang bagaimana.
Kita ni suami isteri akhir zaman.
Bila disebut suami isteri akhir zaman, maka rumahtangga kita ni akan diuji dengan sehebat-hebat ujian.
Kenapa diuji?
Atas asbab keimanan yang ada dalam diri kita dan pasangan.
Berapa ramai yang mendirikan rumahtangga dengan pasangan yang tak solat? Ramai…
Ads
Berapa ramai yang mendirikan rumahtangga dengan pasangan yang tak puasa? Ramai…
Berapa ramai yang mendirikan rumahtangga tapi tak dapat nafkah yang secukupnya? Ramai…
Berapa ramai yang mendirikan rumahtangga tapi membiarkan isteri keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna? Ramai…
Berapa ramai yang mendirikan rumahtangga tapi curang dan selingkuh dibelakang pasangannya? Ramai…
Ads
Berapa ramai yang mendirikan rumahtangga tapi masih tidak melaksanakan kewajipan dan tanggungjawabnya? Ramai…
Sebab tu kita ni suami isteri akhir zaman…sebab pengetahuan agama kita tu kurang dan cetek…suami gagal mendidik isteri dan isteri tidak mampu lagi bertahan dengan suami.
Tanya diri kita sendiri, tahap mana keimanan kita? Banyak? Sederhana? Sedikit?
Ads
Iman yang kuat akan menjadikan sesebuah rumahtangga itu bahagia kerana dia tahu apa yang dia perlu buat sebagai seorang suami dan juga sebagai seorang isteri. Pengetahuan dalam ilmu agama yang akan menjadikan kita seorang suami yang soleh dan seorang isteri yang solehah.
Iman akan membezakan baik buruk setiap tindakan dan perbuatan.
Iman akan menjadi benteng yang menghalang diri kita dari buat dosa.
Rumahtangga kita akan sentiasa berada di landasan yang tepat untuk mencari redha Allah s.w.t selagi kita beriman kepada-Nya.
Pokok pangkalnya = keimanan terhadap Allah s.w.t.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat sebagai panduan buat kita yang bergelar suami isteri. Sesungguhnya ujian akhir zaman sangat hebat, hanya keimanan kita dapat menanangi apa juga rintangan dalam rumahtangga. Semoga perkahwinan yang dibina mendapat sakinah, mawadda dan rahmah serta berkekalan hingga ke syurga.
Alam perkahwinan akan jadi tersangatlah bahagia bila masing-masing, suami dan isteri saling bergandingan dalam apa juga perkara. Bukannya seorang saja pikul beban ambil tanggungjawab rumah tangga.
Bila berat sebelah, itu yang senget hubungan. Harmoni pun dah tak rasa. Bak kata Ustaz Khairul Anuar Basri ini. Dalam perkahwinan ada 4 bahagian yang suami kena faham. Barulah, isteri tak rasa terbeban sendirian.
Ada sorang pakcik ni, saya tak ingat jumpa dia kat mana. Tapi dia cakap macam ni ngan saya;
“Orang pompuan ni, datanglah masalah besar mana pun, kerja banyak, rumah bersepah, baju bertimbun tak lipat, suami nak kahwin lagi… semua tu boleh setel kalau kita bagi duit cukup kat dia.
Dia boleh shopping apa dia nak, dia boleh makan apa dia suka, dia boleh berjalan ke mana je dia nak pergi. Yang penting, duit dia tak tersekat.”
You all setuju ke dengan pakcik tu?
Boleh lah, nak setuju ke, taknak setuju ke. Terpulang.
Tapi kali ni saya nak cakap benda lain sikit.
Perkahwinan ni partnership. Setiap orang ada tugas masing-masing. Ada tugas yang spesifik untuk suami isteri, ada tugas yang kena buat bersama atas dasar timbang rasa dan tolong menolong.
Dan orang pompuan ni, memang kita kena tabik la. Sebab Allah jadikan diorang makhluk yang unik. Boleh buat banyak benda, boleh fikir banyak benda, ambil tahu banyak benda dan cuba nak jadi sempurna walau dalam keadaan apa pun.
Orang lelaki kena tahu fakta ni.
Basically dalam satu rumah atau keluarga, ada 4 department yang besar dengan kerja yang banyak :
Yang ni mula dari kemas rumah, bersih kipas, sapu sampah, mop lantai, cuci bilik air dan buang sampah.
Yang ni mula dari kutip baju kotor, basuh baju, jemur baju, angkat baju bila dah kering, lipat baju dan susun dalam almari.
Yang ni mula dari beli bahan mentah, masak nasi, masak lauk, buat air, kemas meja bila dah siap makan dan cuci pinggan mangkuk.
Yang ni mula dari proses mengandung dan bersalin, baju anak masa baby hingga boleh bawa diri sendiri, urusan sekolah dan peribadi anak-anak, urusan akhlak dan pergaulan diorang dan lain-lain sampailah diorang dah ada keluarga sendiri.
Yang orang pompuan duk jadi tension tu, sebab dapat suami yang tak reti nak fikir kecuali fikir pasal diri sendiri je.
Kononnya suami sibuk cari nafkah untuk seisi keluarga. Padahal isteri pun kerja jugak
Lepas tu suka-suka hati keluar siang malam pagi petang. Alasannya urusan kerja. Anak-anak tinggal kat si isteri. Kesian isteri.
Takleh la macam tu. Isteri pun ada kudrat dia jugak. Semua benda dia nak kena fikir jugak. Dia bukan hamba abdi kita sampai macam tu punya teruk kita buat kat dia.
Jadi, suami kena fikir dan belajar macamana caranya at least separuh kerja isteri yang dalam 4 department tu, suami boleh buat.
Kalau tak boleh buat semua pun, jangan tinggal semua. Buat la yang kita boleh buat. Atau pun, kena belajar la biar boleh buat.
Contohnya :
Tolong kemas rumah, sapu dan mop lantai. Takde alasan suami tak boleh buat. Tambah pulak kalau ada vacuum cleaner, lagi la boleh buat.
Haaa… yang ni bab-bab melipat kain je orang lelaki takleh buat. Kalau buat pun menyakitkan hati je gaya lipatan tu. Tak pasal-pasal si isteri kena lipat balik semula.
Selebihnya, kutip kain kotor, basuh baju, jemur baju, angkut baju dah kering, masukkan baju dalam almari lepas isteri lipat, semua tu suami boleh tolong kan?
Yang ni saya tak faham, kenapa lelaki tak boleh nak tolong?
Isteri kita tu bukannya kedai tomyam ikut suka kita nak order makan.
Tolong la masak.
Kalau tak tahu masak, kena belajar la.
Saya boleh bagi tips macamana nak bagi si suami atau anak lelaki kita pandai masak.
Selalu masuk dapur bila isteri tengah masak.
Tengok dan ambil tahu bila isteri masak apa saja.
Cuba masak sekali sekala dengan tunjuk ajar dan pengawasan isteri.
InsyaAllah, lama-lama boleh la masak beberapa lauk yang penting.
Masak nasi dengan buat air serta kemas meja dan basuh pinggan. Itu sepatutnya suami boleh buat tu. Ringan la beban isteri. Hilang la stress dia.
Yang ni pun suami kena ambil berat.
Orang pompuan ni, tak kesah kalau nak suruh beranak ramai pun. Berapa nak? 10 orang? 15 orang? Boleh je..
Dengan syarat, suami kena jaga anak tu dari baby lagi. Urus mandi, basuh berak, buat susu, semua-semua ah. Semua tu tanggung beres, beramai ramai mana pun takpe.
(Then you all boleh agak la kan, kenapa saya ada 4 orang anak je. Ngeh ngeh ngeh).
Sama jugak bila anak dah besar. Suami kena ambil tanggungjawab. Ni tak, semua nak humban atas kepala isteri.
Daftar anak sekolah, isteri. Fikir anak belajar dan exam, isteri. Barang sekolah nak kena beli, isteri, anak masuk universiti pun, isteri. Semua-semua isteri lah..
Tak boleh la macam tu. Kena sama-sama fikir. Kena sama-sama buat. Barulah aman bahagia tanpa stress.
Lepas, last sekali.
Apa yang suami boleh buat untuk hilangkan stress isteri ialah :
InsyaAllah, dengan izin Allah, akan hilanglah stress si isteri.
Ingat pesan saya; isteri stress, keluarga porak peranda. Isteri bahagia, keluarga akan jadi sangat bahagia.
Kehilangan insan yang tersayang dalam sekelip mata pasti akan memberi kesan yang mendalam kepada seseorang. Bagi yang pernah melaluinya ia diibaratkan seperti kaca yang terhempas ke batu, berat dan menyakitkan. Ada pula mengandaikan dunia menjadi gelap-gelita lantaran tidak mampu menanggung kesedihan.
Walaupun pelbagai cara dilakukan bagi meredakan kesedihan ini, namun ia sesuatu yang sukar dan mengambil masa. Mungkin sebulan, tiga bulan, enam bulan atau bertahun-tahun lamanya. Hiburan terbaik kala sedih dan terluka akibat kehilangan mereka yang dicintai adalah dengan meningkatkan keimanan kepada Allah.
Sebagai seorang bapa Kamaruddin, reda dengan pemergian anak bongsu lelaki, Allahyarham Muhammad Izzat Faqih, 25 yang bertemu ajal ketika sedang bermain badminton di sebuah gelanggang dekat Salor, Kota Bharu pada 9 September lalu.
Arwah yang merupakan seorang jurugambar dikatakan rebah secara tiba-tiba ketika sedang bermain badminton bersama rakan-rakannya.
Menurut abang arwah Muhammad Izzat Faqih, Nasir Nasir Kamaruddin, 28, sejurus menerima panggilan berhubung kejadian itu dia dan keluarga terus bergegas ke lokasi untuk melihat keadaan arwah.
“Sejurus sahaja kami sampai pihak perubatan mengesahkan adik sunggah meninggal dunia,” katanya seperti mana dipetik dari akhbar Sinar Harian.
Katanya lagi, semasa Muhammad Izzat Faqih rebah, rakan-rakan sepermainan sempat melakukan bantuan pernafasan atau cardiopulmonary resuscitation (CPR). Hasil bantuan itu arwah sedar seketika dan sempat mengucap sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Nasir berkata, arwah adiknya yang merupakan lulusan Syariah dari Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) itu memang aktif dalam sukan futsal, badminton dan mendaki.
“Saya sempat berbual dengan arwah sebelum dia keluar bermain badminton tetapi langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan. Kami sekeluarga reda dengan pemergian arwah,” ungkapnya yang turut memberitahu jenazah Muhammad Izzat Faqih dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kasar.
Anak Yang Baik – Cikgu Kamaruddin
Selepas lebih dua bulan pemergiaan arwah, penulis sempat menghubungi bapanya dan ternyata Kamaruddin atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Kamaruddin menerangkan mereka masih bersedih dengan pemergiaan arwah namun menerima segala suratan dengan reda.
“Arwah merupakan seorang yang baik dan tidak menunjukkan sebarang kelainan. Dia seorang yang aktif bersukan dan suka ambil gambar perkahwinan. Pada awalnya memang terkejut dengan pemergiannya namun itu semua kerja Allah dan setiap yang hidup pasti akan pergi.
“Memang sedih dan masih terasa ketiadaan arwah. Malah kadang-kadang tu terbayang-bayang kelibat arwah. Memandangkan ini pertama kali kami kehilangan anak sebaknya hanya Allah saja yang tahu.
“Arwah juga baru lepas konvo bulan januari lalu di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias). Malah setiap hari jumaat iaitu selepas solat Jumaat saya akan buat bacaan tahlil untuk arwah. Arwah seorang anak yang sangat manja dengan ibunya. Dia lain sikit setiap kali keluar rumah akan cium pipi ibu dan seorang anak yang sangat menghormati orang tua,” ungkap Cikgu Kamaruddin yang akui sifat manja arwah membuatkan kehilangannya amat dirasai.
Memandangkan arwah meninggal sewaktu sedang bersukan, ditanya adakah dia fobia untuk membenaran anak-anak yang lain bergiat aktif dalam aktiti kecergasan, Cikgu Kamaruddin sentiasa memberi ingatan kepada anak-anaknya.
“Memang anak-anak lelaki saya jenis yang minat bersukan. Setakat ini tak fobia. Cuma saya ingatkan anak-anak sebelum bersukan, pastikan badan sihat dan jangan terlalu paksa diri jika terlalu letih,” ungkap Cikgu Kamaruddin.
Sebagai seorang bapa, penulis juga bertanya apakah antara doa yang sering diungkapkan buat arwah.
“Saya sentiasa mendoakan agar roh arwah dirahmati Allah dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan soleh,” bicara Cikgu Kamaruddin.
“Tertunggu-Tunggu Muhammad Izzat Faqih Pulang Ke Rumah” Ibu
Sewaktu berbicara dengan Cikgu Kamaruddin, dia menasihati penulis agar menemubual isterinya. Ini kerana isterinya, Hasnah Mamat, merupakan insan yang sangat rapat dengan arwah Muhammad Izzat Faqih.
Sewaktu menemubual Hasnah suara ibu ini kedengaran serak dan jelas sekali dia begitu sebak apabila suaranya bergetar.
“Saya memang rapat dengan arwah. Sebelum melangkah keluar rumah dia akan salam tangan dan kucup pipi saya. Dia manja sangat maklumlah anak lelaki bongsu. Dia memang duduk rumah walaupun melanjutkan menyambung pelajaran sebabnya tempat dia belajar berdekatan dengan tempat tinggal kami.
“Pada awalnya memang tak boleh terima, maklumlah pagi tu dia keluar ke Kota Bharu kemudian tengahari berada di rumah dan sempat memetik rambutan bersama sepupu-sepupunya yang baru tiba dari Kuala Lumpur.
“Kemudian dia keluar bermain badminton dan terus pergi untuk selama-lamanya. Arwah jenis yang selalu balik ke rumah dan saya sehingga sekarang masih tertunggu-tunggu kepulangannya. Tapi sekarang ini saya reda dengan pemergiannya,” jelas Hasnah.
Ditanya adakah arwah Muhammad Izzat Faqih menunjukkan sikap yang aneh sebelum pemergiannya, ibu kepada lapan orang anak ini menerangkan arwah sememangnya seorang yang suka berhias.
“Dia ada minta saya catkan biliknya warna putih. Dia jenis yang suka warna putih sehinggakan alas meja semuanya putih. Maklumlah dia jurugambar dan seorang yang suka pada seni. Dia juga jenis yang suka berhias.
“Saya tak sempat tunaikan kehendak dia. Tak sangka rupa-rupanya permintaan itu adalah petanda dia akan meninggalkan kami selama-lamanya,” ujar Hasnah.
Penulis juga sempat bertanya apakah kenangan paling manis sepanjang hayat arwah. Hasnah menerangkan arwah seorang anak yang baik dan taat pada agama.
“Dia jenis yang suka berpuasa. Malah pada bulan Ramadan pula jika saya tidak ke masjid, dia akan imamkan solat tarawih dan kami solat bersama di rumah. Arwah jika anak yang bijak sewaktu darjah tiga dia sudah menjadi pengawas sekolah. Dan dia juga pernah menjadi editor sebuah majalah,” akhiri Hasnah yang akui arwah merupakan anak yang paling rapat dan dia bersyukur kerana Allah pernah pinjamkan arwah dalam hidupnya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Mesti ada ibu bapa yang ada anak-anak kecil menghadapi masalah untuk membawa carseat (CRS) atau kerusi keselamatan kanak-kanak ketika menaiki flight atau penerbangan kan?
Kegigihan kami laki bini angkut crs (carseat) anak-anak.
Post yang agak panjang. Niat kami hanya ingin membantu parents yang nak travel naik flight bersama crs anak-anak mereka.
Kami lebih prefer bawa sendiri crs anak-anak bila travel naik flight disebabkan beberapa faktor
Sebab kami ada experience foam putih dalam cover crs tu crack/patah masa check in crs so dah jadi tak yakin dah. Lagipun anak lebih selesa duduk dalam crs dalam flight. Nak tido pun selesa.
By the way, crs yang digunakan adalah:
Kakak: Cosco Mightyfit berat dalam 4.3kg kot
Adik: Cosco Scenera Next berat dalam 3.2kg
MW: Berguna juga info ini kan. Diharapkan mak ayah di luar sana boleh cuba tip ini bila tiba masa nak menaiki penerbangan.