Kalau anak ramai, kadang-kadang mak-mak sebut nama anak pun tertukar. Nak cakap pada anak sulung tapi tersebut anak nombor dua. Ini belum lagi kalau mak-mak marah, mahu semua nama disebutnya.
Begitulah mak, marah macam mana sekali pun nama anak tak pernah lekang dari bibir. Marah hanya di mulut tapi dalam hati siapa yang tak sayang anak kan!
Samalah juga bila mak-mak berdoa, jangan lupa selitkan nama anak. Berkat doa mak sangat mustajab.
Sudah tentu kita sebagai mak ingin melihat anak berjaya dunia akhirat. Jadi anak yang baik dan kelak dapat membalas jasa kedua orang tuanya.
Perkongsian ini jugalah yang boleh dijadikan panduan bersama. Hebatnya doa ibu yang mampu melembutkan hati anak yang sebelum ini kerap hadapi masalah bila bersama dengan orang tuanya. Mustajabnya doa ibu.
Wahai para ibu agar jangan engkau tidur tiap malam sebelum kau angkat kedua tanganmu sambil menyebut satu persatu nama anak-anakmu dan khabarkan kepadaNya bahwa engkau redha atas mereka masing-masing.
Ads
Begini doanya:
“Allohumma innii usyhiduka annii roodhiyah ‘an ibnii/ibnatii* … (sebut nama anak-anakmu satu persatu)… tamaamar-ridho wa kamaalar-ridho wa muntahayir-ridho. Fallohumma anzil ridhwaanaka ‘alaihim biridhooii ‘anhum”
(Ya Allah aku bersaksi kepadaMu bahwa aku redha kepada anak-anakku (…….) dengan redha yang paling sempurna. Maka turunkan ya Allah keredhaanMu kepada mereka demi redhaku kepada mereka).
Kisah Ibu Yang Mendoakan Anaknya
Seorang ibu yang mendoakan anak lelakinya yang berumur 22 tahun. Sejak melahirkan dia, hidup ibu ini derita kerananya. Dia tidak pernah solat, jarang mandi dan sering bertengkar dengan ibunya. Kerap mengherdik dan tak pernah menghormati ibunya.
Suatu hari, terbaca sesuatu di media sosial anaknya. Lalu, ibu ini mengambil keputusan untuk mendoakan anaknya.
Selang seminggu, nada suara anak ini lemah lembut bila bercakap dengan ibunya. Sampaikan pertama kali ibu ini dapat tidur dengan lena sekali. Bukan itu saja, anaknya mula mandi tanpa perlu ibu menyuruhnya.
Masuk minggu kedua, ibu ini terus mendoa seperti yang ibu ini inginkan. Takdir tentukan, apabila anak ini menegur dan bertanya kahbar ibunya dengan suara yang lembut dan tak pernah di dengar oleh ibunya sebelum ini.
Ads
Paling menggembirakan ibunya, bila dia menelefon dan mengatakan dengan nada yang cukup berbeza.
“Ibu, saya berada di masjid dan baru selesai solat.”
Si ibu tidak mampu menahan tangisan kerana sebelum ini tidak pernah solat dan bertanya dengan lembut pada ibunya.
“Sejak bila kamu mula solat,” tanya ibunya.
“Entahlah, saya sendiri tidak tahu, bila melihat masjid, hati ini tergerak untuk solat,” jawabnya.
Sejak dari itu, kehidupan ibu ini berubah dan anaknya tidak lagi menjerit atau memarahi, malah makin menghormati ibunya. Barulah ibu ini tahu erti bahagia yang ditunggu-tunggu selama ini.
Ads
Doa Ibu Mustajab
Kesibukan seharian ibu, membuatkan ia lupa untuk mendoakan untuk anak-anaknya. Malah, kononnya dengan menghatar anak ke kelas tuisyen dan sebagainya dikatakan jalan lebih baik untuk perkembangan anak-anak.
Sedangkan, kita tahu, doa ibu adalah jalan tersingkat untuk mencapai kebahagiaan anak-anak dunia akhirat. Jangan kata “anak masih kecil dan tak perlu didoakan.”
Jadi, doalah untuk mereka sekarang dan jadilah ibu yang bermurah hati dengan doa-doa untuk anak.
Mingguan Wanita : Pastinya mak-mak ingin melihat kejayaan anak-anak. Sebutlah satu persatu nama anak, moga menjadi anak yang soleh dan solehah, berjaya dunia akhirat. Aamiin.
.
Ekzema ialah sejenis penyakit kronik yang menyebabkan kulit merekah, kering dan bercalar-calar. Simptomnya boleh tenggelam dan timbul dan bertambah teruk jika pesakit risau, terdedah kepada air atau alergen atau cuaca dan suhu sekitaran berubah.
Pengidap Ekzema ni tak boleh tahan panas atau haba, kalau berpeluh mereka akan rasa gatal dan menggaru.
Namun kadang walau puas bagi ubat, kulit anak tetap makin teruk. Untuk hilangkan masalah mak ayah yang ada anak ekzema, baca perkongsian daripada Hafiz Sulaiman ini…
Ekzema merupakan penyakit kulit yang menyukarkan kehidupan penderitanya. Ibu-bapa mana yang sanggup melihat anak mereka menangis tak henti… menggaru setiap malam sehingga berdarah.
Stress… orang di sekeliling pulak tak henti-henti tanya..kenapa anak puan tu..jatuh ke? Kena jangkitan ke? Pandangan yang dilontarkan macam kita ni dera anak kita pula.
Di sini saya sertakan 3 sebab utama kenapa ekzema sukar pulih berdasarkan pengalaman saya berdepan dengan pesakit ekzema setiap hari:
1) TERLALU BERHARAP KEPADA UBAT
Ubat gatal cuma menahan gatal bukan memulihkan. Jika digunakan berterusan, ia hilang fungsinya kerana toleransi badan.
Ubat steroid tidak boleh dipakai sewenangnya. Penggunaannya perlu dos, jenis dan tempoh sesuai serta pemerhatian rapi oleh doktor perubatan.
Kesan steroid mungkin cepat memulihkan..tetapi jika berhenti mengejut steroid kuat, jangan terkejut jika ruam dan kegatalan ekzema “mengamuk”.
Berbincanglah dengan doktor perubatan mengenai penggunaan steroid.
2) TERLALU BERHARAP KEPADA PELEMBAB
Ruam dan gatal ekzema bukan terjadi semata-mata kerana kulit kering.
Ekzema jadi lebih gatal mungkin kerana saraf kegatalan jadi lebih sensitif!
Melembapkan kulit membantu tetapi kita perlu cakna bahan di dalamnya.
Menggunakan bahan toksik kepada kulit mungkin menyebabkan ekzema semakin teruk terutama buat jangka masa panjang.
3) TERLALU BERHARAP KEPADA UJIAN ALAHAN
Ujian alahan hanya sebagai panduan kerana keputusannya yang biasanya tidak tepat terutamanya dalam kes alahan pemakanan. Pantang terlampau ketat kerana terlalu bergantung kepada keputusan ujian alergi boleh menyebabkan stres dalaman dan kekurangan nutrisi yang menyembuhkan ekzema.
Secara saintifiknya, kaedah terbaik menentukan alahan ialah menggunakan diari pemakanan. Dalamilah ilmu makanan serta bahan yang berpotensi mencetus kegatalan dan ruam ekzema.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Anak-anak adalah anugerah dan amanah yang tidak ternilai, penyambung generasi dan keturunan kita. Berkongsi genetik yang sama, adakalanya bukan sahaja mewarisi rupa paras yang hampir sama, malah sikap dan karakter turut boleh jadi sama. Iyalah ke mana tidak tumpahnya kuah jika tidak ke nasi.
Baru-baru ini, pelakon, penyanyi, pengacara dan bekas ratu cantik Malaysia, Fazira binti Wan Chek,44 atau lebih dikenali dengan nama Erra Fazira ada memuat naik posting mengenai karakter anaknya, Engku Aleesya Engku Emran,9 didalam instagram.
Menariknya didalam posting tersebut, Erra mendedahkan sikap dan perangai anaknya sama seperti dirinya. Antara seorang yang bersikap pemalu, kurang mesra jika tidak mengenali, agak lasak dan kurang bersifat keperempuanan.
Berikut antara perkongsian nukilan oleh Erra Fazira buat anaknya;
“Ini shayang mom!! Nama dia Aleesya.dia anak yang pemalu macam mak dia. Tapi kalau dah kenal, dah selesa.. siap laaaa kena buli & sakat pulak dengan dia!!.”
“Lasak pun macam mom dia. Setakat panjat-panjat, sapsapsoiii jer!! Tak berapa nak gi-girl pun macam mom dia jugak.Kadang kadang kepala loqlaq pun yer jugak.haaa tu baru mukadimah.Nak cerita panjang lebar la pulak karang.Apapun, inilah anugerah dan amanah Allah buat ku, sayang mu hingga ke syurga anakku.”
Sementara itu, didalam posting lain, Erra juga ada mendedahkan Aleesya juga mempunyai tabiat mudah tertidur, cepat pening bila berada dalam kereta sama seperti dirinya.Ia juga menjadi punca pelakon wanita filem Sembilu ini tidak mempunyai pemandu dan lebih selesa memandu sendiri.
“Aleesya memang ada penyakit senang tidur dalam kereta.. dan mudah pening duduk dalam kereta macam mom dia.. bab ni kami berdua kena sep sikit aaa..Tu sebab mom tak ada supir.. kalau ada supir, pasti akhirnya mom suruh dok tepi sebab mom kena drive.. baru tak fenin.”
Disamping perkongsian tersebut, para pengikut Erra Fazira ada memberikan pujian yang kecantikan Aleesya juga sama cantik dan manis seperti ibunya.Malah ada yang turut mendoakan agar pelakon cantik ini cepat bertemu jodoh dan Aleesya mendapat ayah yang baru.
azzu2503Cantik pun macam mak dia.
balqisjamillCantik sweet macam mom dia juga.
mayesa_exclusiveIbu & anak sama cantik, suka tengok k.erra layan Aleesya.
saidatulhusna_sabadriCantik macam mama juga.
toresskikiComel lote cun melecun pun macam mom nya jugak.
ayzasuhaizaCantik macam mama juga Aleesya…rupa pun sama sebiji mama.
megaputra1132Semoga Allah sentiasa memberi Rahmat pd @ errafazira dengan anak & cepat mendapat jodoh @ bapa baru yang penyayang buat Aleesya yang comel.
avehashimI truly understand the feeling. I have a child and she’s my everything just like what you wrote about your sweeties daughter. Semoga kasih mom akan menjadi senjata Alesya untuk menjadi sekuat mom. She’s an intelligent girl indeed.
Sesungguhnya hanya seorang mak yang benar-benar mengenali sikap dan perangai anaknya sendiri. Semoga kasih sayang dan kegembiraan dua beranak ini berkekalan selama-lamanya.
Menghukum anak adalah salah satu cara yang elalu mak ayah gunakan untuk mendidik anak. Mungkin cara inilah boleh memberi kesan pada anak supaya tidak buat lagi.
Rupanya silap, cara menghukum anak dengan merotan, cubit atau tampar adalah salah. Inilah yang akan buat anak lagi keras kepala, tak dengar kata dan boleh jadi tak akan serik.
Ada cara nak mendidik anak dan bukannya dengan menghukum anak. Perkongsian daripada Mohd Fhais Salim ini boleh membantu mak ayah cara betul dalam menghukum anak.
Menghukum anak guna jeritan ataupun fizikal seperti cubit, rotan & lempang pasti ada kesan.
Kesan di tubuh mungkin kita nampak. Lebam, luka, berdarah di badan semua tu boleh pulih.
Cuma yang kita tak nampak ialah lebam, luka, berdarah di dalam badan.
Hati, emosi, jiwa & mental.!!
Yang ni kita tak akan pernah nampak. Buat MRI pun belum tentu boleh nampak.
Tahu tahu hati dah jadi keras. Tahu tahu emosi dah fragile. Tahu tahu jiwa dah mati. Tahu tahu sakit mentalnya.
Selain hukuman fizikal ni banyak lagi cara mendidik yang berbentuk menghukum.
Menghukum ni jalan terakhir ye. Last choice bukan first choice, kena jelas tentang ini.
Hukuman Yang Boleh Praktik
Antara hukuman yang kita boleh praktik ikut kesesuaian umur :
a) Tarik semula kelonggaran yang kita dah bagi. Contoh : tengok tv, main phone, main games. Denda 5 hari tak boleh tengok tv.
b) Tambah kerja kerja rumah dia Contoh : cuci bilik air, cuci jamban, sental bontot kuali sampai putih dan sebagainya.
c) Buat latihan pelajaran extra Belikan buku latihan yang bersesuaian minta dia buat sampai habis.
d) Hukuman akibat ( consequence ) Contoh dia tumpahkan air, suruh dia bersihkan sendiri.
Hukuman begini bukan sahaja kurang kesan lutsinar sebaliknya memang betul-betul mendidik anak tu supaya tak buat kesilapan yang sama.
Mingguan Wanita : Ada mak-mak tak guna tangan untuk menghukum tapi lebih selesa guna ‘jeritan’. Mungkin sebab itulah kot anak-anak pun tak berapa nak ‘heran’ sangat.
Budak 9 tahun meninggal akibat sawan, ibu diserang strok ikut jejak anak berselang dua hari. Bagai sehidup semati, janji yang termetrai di luh mahfuz....