Tip kumpul duit mungkin dianggap agak susah, maklum sahaja, bila kumpul ada saja duit yang nak digunakan. Kiranya tak istiqamah dalam simpan duti tabung, mesti ada yang ‘bocor’.

Namun, kalau kita memang niat untuk dapatkan sesuatu, sudah mestinya kita akan lakukan bersungguh-sungguh dalam tip kumpul duit tabung. Nak dapatkan duit secara serentak mungkin boleh menyebabkan kita pula ‘sesak’ pada tengah-tengah bulan

Jadi, Mohd Azrin Roslan, ada beri tip untuk semua dalam mencukupkan duit tabung sebanyak RM200 dalam masa 20 hari. Paling penting, kena buat jadual menabung supaya kita tidak culas.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Kalau Susah Nak Menabung, Belilah EMAS, Pelaburan Jangka Panjang Bukan Ikut Trend

Nak Beli Emas Gunalah Wang Lebihan Bukan Duit Komitmen Bulanan, Kena Tahu, Faham

Info Lebih Menarik DI SINI

Tip Kumpul Duit Tabung

Kita boleh guna teknik old skool yang masih lagi boleh diterima pakai sehingga hari ini.

Carilah tabung untuk menabung. Buatkan jadual menabung untuk 20 hari.

IKLAN

Saya buat jadual 20 hari bekerja kerana tidak bekerja pada hari Sabtu dan Ahad.

Setiap hari saya akan simpan duit not merah RM10 atau asing duit sebanyak RM10 ke dalam tabung.

Tanda pada jadual menabung setiap hari dan setiap kali masukkan duit ke dalam tabung.

Kenapa perlu tanda untuk membina momentum menabung. Setiap kali kita melihat progress menabung pada jadual menabung, kita akan rasa lebih bersemangat nak capai jumlah terkumpul RM200 dalam masa 20 hari.

Insya Allah, ini adalah salah satu ikhtiar kita untuk memaksa diri menabung.

IKLAN

Kena Ada Pantang Larang Menabung

Anggaplah tabung ini sebagai ‘Forgotten Saving’ atau ‘Tabung Bunian’.

Pantang larang menabung. Setiap kali menabung jangan sekali-kali teringin nak intai-intai jumlah terkumpul.

Kalau tidak duit yang terkumpul akan lesap. Ingat tau.

Sekarang ini ramai yang Work From Home (WFH) semasa pelakasanaan PKP.
Duit yang belanja minyak, tol, parking dan makan tak dibelanjakan semasa WFH tentu boleh dimasukkan ke tabung ini.
Bagi yang berniaga untuk menampung perbelanjaan keluarga. Boleh asingkan duit keuntungan ke dalam tabung ini.

IKLAN

Tak banyak pun asingkan. RM10 saja.

Dalam masa 12 bulan akan terkumpul sebanyak RM2, 400. Inilah hasil usaha menabung secara konsisten.

Semoga kalian dapat menabung dengan jayanya.

Sekarang tak mustahil nak tukar duit tabung yang dikumpul ke dalam bentuk gram emas.

MW: Pantang larang yang patut diamalkan, jangan sesekali intai atau kira duit tabung. Mahunya, bila sekali ambil, akan jadi berkali-kali nanti.

Sumber: Mohd Azrin Roslan

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI