Terlangkupkan periuk atas dapur rupanya petua orang dulu-dulu untuk elak nasi cepat basi.Ramai yang dah cuba memang berkesan dan menjadi petua ini. Bukan apa sayang nasi yang dimasak, tapi mudah basi akhirnya buang begitu sahaja.
Perkongsian video di TikTok hajaribrahim110 ada kongsikan tip dan caranya.
1. Cuci periuk nasi dengan bersih.
2. Selepas dicuci telangkupkan atas dapur dan hidupkan api perlahan.
3. Biarkan dalam anggaran lebih kurang 5 minit atau sehingga air kering.
Mingguan Wanita:Jadi jika ada masalah nasi yang dimasak cepat basi, boleh cuba petua orang dulu-dulu ni. Hanya perlu terlangkupkan periuk nasi atas dapur. Memang berkesan dan nasi tahan lebih lama.
Tak dinafikan dalam keterujaan berkongsi apa juga petua atau tip, perlu fikirkan kesan dan relevannya, kerana takut mungkin ia boleh mengundang mudarat pula. Sebagai contoh, ubat seperti panadol adalah untuk kegunaan manusia dan ia bukanlah untuk kesegeran sayur-sayuran mahupun tumbuh-tumbuhan.
Petua yang tidak relevan dan boleh memberi kemudaratan, sebaiknya jangan dikongsi kepada orang lain. Kalau nak guna, simpan petua tersebut untuk diri sendiri sahaja.
Panadol untuk manusia, panadol bukan untuk tumbuhan atau memberi kesegaran pada tumbuhan.
APAKAH PANADOL?
Paracetamol atau lebih dikenali dengan pelbagai nama dagang contohnya Panadol atau Uphamol. Ia digunakan secara meluas sebagai ubat demam dan ubat tahan sakit.
APAKAH KEGUNAAN PARACETAMOL?
Paracetamol digunakan untuk melegakan sakit (atau ketidakselesaan) yang disebabkan oleh: sakit kepala, sakit gigi, sakit disebabkan oleh artritis, sakit otot, osteoarthritis, senggugut dan demam.
Paracetamol adalah selamat dan berkesan untuk menurunkan suhu badan yang tinggi akibat demam sekiranya diambil dalam kuantiti seperti yang disyorkan pada label.
Tahukah anda PARACETAMOL BOLEH MENDATANGKAN MUDARAT SEKIRANYA DIAMBIL DALAM KUANTITI YANG BERLEBIHAN.
Pengambilan paracetamol secara berterusan atau pengambilan paracetamol melebihi daripada dos yang disyorkan boleh menyebabkan PENYAKIT PADA HATI.
Segera dapatkan rawatan perubatan sekiranya anda mendapati tanda-tanda kerosakan hati seperti loya dan muntah yang kerap, mata dan kulit kekuningan, urin berwarna gelap, sakit perut/abdomen dan kepenatan yang melampau.
CARA PENYIMPANAN :
Simpan semua ubat-ubatan anda jauh daripada cahaya dan kelembapan dan jangan simpan di dalam bilik air.
Daun herba seperti daun saderi, daun bawang, daun limau diletakkan dalam peti sejuk, semua daun dan batang ini akan layu kering dan busuk.
Maka terpaksa dibuang ke tong sampah meskipun belum habis digunakan. Membazirkan kan?
TIP UNTUK MENYIMPAN TUMBUHAN HERBA AGAR TAHAN LAMA ADALAH;
1️. RENDAM DALAM AIR BESERTA AKARNYA
Caranya:
Pastikan beli tumbuhan yang masih ada akarnya. Balik rumah cuci bahagian daun dengan air paip dan rendam akar dalam air.
Untuk lebih segar dan lebih tahan lama, letak dipintu peti sejuk. Dapatlah feel rasa macam ala-ala Cameron Highlands.
Tukar air setiap hari sambil renjiskan air pada daunnya. Ia boleh tahan 1-2 minggu. Cubalah..ini yang saya amalkan.
2️. BEKUKAN DAUN HERBA
Teknik membekukan tumbuhan jenis aromatik ini dibuat agar ia boleh disimpan lebih lama. Bukan 1 atau 2, malah boleh bertahan sampai 3 bulan. Akan layu sedikit namun aromanya masih kekal segar seperti asal. Contoh daun limau.
Caranya:
Daun-daun tersebut dicuci sebersih-bersihnya menggunakan air paip.
Kemudian, masukkan ke dalam plastik aiskrim Malaysia lalu isikan air masak sehingga penuh lalu ikatkan dengan kemas.
Masukkan dalam tempat sejuk beku. Semasa mahu memasak nanti, cairkan ais batu untuk bahagian yang mahu dimasak.
Sumber 2: Pengguna TikTok @farahiylia.
Sekian, kongsikan ilmu dapur ini kepada yang tersayang.
Mingguan Wanita :Jadi perlu ingat iya, kegunaan panadol bukan untuk kesegaran tumbuhan. Jika sesuatu petua atau tip yang ingin dikongsikan itu boleh beri mudarat seeloknya tak perlu kongsikan.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Bila musim rambutan, banyak stok buah rambutan dekat rumah tu selain makan begitu sahaja boleh buat Rambutan Asam Boi juga. Tip paling penting kena tambah perahan air limau kasturi sikit. Sedapnya, terasa masam, manis, pedas Rambutan Asam Boi ni. Bila buat sendiri lebih berbaloi dan puas hati makan.
Cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Ani Zam ini.
Ada banyak buah rambutan kat rumah ni, saya buat rambutan asam boi pula. Ada peminat menu ni tak.
Resepi rambutan asam boi
Bahan-Bahan :
Buah rambutan
Asam boi
Serbuk asam boi
Limau kasturi
Cili padi
Garam dan gula
Cara Membuat:
1. Kupas, basuh bersih dan toskan buah rambutan.
2. Masukkan isi rambutan ke dalam mangkuk.
3. Masukkan pula asam boi, serbuk asam boi, cilipadi, garam dan gula kedalam mangkuk tersebut. Gaul bagi mesra.
4. Buang biji limau kasturi, kemudian perahkan airnya ke dalam mangkuk yang berisi buah rambutan.Gaul sebati.
5. Akhir sekali masukkan ke dalam peti sejuk dalam satu @ 2 jam.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Rupanya jika masak sambal sotong yang sedap rasanya, kena letak kacang tanah kisar. Berbanding buat sambal sotong putih, sotong kembang ni ada caranya untuk menjadikan sambal lebih sedap.Paling penting, kena masukkan sedikit kacang tanah yang telah digoreng dan dikisar kasar. Sedapnya sambal sotong kembang ni makan dengan nasi lemak atau lontong.
Boleh cuba resipi dan cara buat sambal sotong kembang seperti yang dikongsikan oleh Puan Har Ryeaini.
Hari Ni Masak Sambal Sotong Kembang
Bahan-Bahan:
3 ekor Sotong, bersihkan.
(ikot petua, rebus sekejap jer. Air dah mendidih terus padam api biarkan seminit dua pastu toskan & potong kecil)
6-7 sudu besar cili kering kisar (rebus dulu)
2-3 sudu besar Bawang Besar kisar
1 sudu besar Bawang Putih kisar
1 sudu besar Halia kisar
1-2 biji Bawang Besar hiris kasar
seketul kecik gula melaka
1 sudu kecil pes asam jawa Adabi
Garam & Ajinomoto
sedikit Gula Pasir
semangkuk kecil Kacang Tanah (goreng & kisar sedikit kasar)
Cara Membuat:
1.Panaskan minyak, goreng bawang besar yang dihiris kasar, goreng sampai sedikit garing.
2.Masukkan bahan-bahan kisar (bawang besar, bawang putih & halia) ratakan sekejap.
3.Masukkan cili kering kisar, ratakan. Masukkan jugak gula melaka, terus tumis.
4.Masukkan Garam, Ajinomoto, Gula Pasir (agak-agak yer), dan sedikit pes asam jawa, gaulkan rata-rata dan biarkan hingga naik minyak.
5.Boleh masukkan sotong, gaul rata dan masukkan juga kacang tanah goreng yang dah dikisar kasar.
6.Masukkan sedikit air, gaul lagi dan boleh tambah kacang tanah jika nak.
7.Terus masak hingga sambal naik minyak dan wangi. Selalu kacau supaya sambal tak hangit.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...