Terkesan Dengan Keadaan Ibu Allahyarham Nur Surya, Anzalna Terpanggil Berkongsi Rezeki
Kredit foto : Instagram Anzalna Nasir, Berita Harian, Facebook

Kisah pembunuhan tragis yang menimpa Allahyarham Siti Nur Surya Ismail, seorang remaja yang sanggup melupakan pengajiannya demi menjaga ibu yang sakit, memberi kesan sayu pada pelakon terkenal, Anzalna Nasir.

Terpanggil untuknya berkongsi rezeki untuk membantu keluarga malang itu. Lagi pula, dengan keadaan ibu mangsa, Zaini Musa yang dalam keadaan terlantar. Sakit kanser otak tahap tiga.

Malah, di saat perjalanan akhir jenazah anaknya tetap ibu itu tidak dapat menatap seperti ibu normal yang lain. Disebabkan ibunya yang seakan tidak memahami apa-apa.

Ibu kepada Mohamad Eidrees ini terpanggil menghulurkan bantuan kerana dapat merasai penderitaan yang dialami keluarga Allahyarham Nur Surya.

Terkesan Dengan Keadaan Ibu Allahyarham Nur Surya, Anzalna Terpanggil Berkongsi Rezeki

Kongsinya di insta story,
Walaupun bukan di tempat pakcik ini, tetapi saya dapat rasa apa yang dirasa
Sesiapa kenal pakcik ni boleh mesej Anzalna, terima kasih.”

Nombor telefon yang diminta itu bukan apa, untuk mudahkannya menghubungi Ismail Muda, 58. Dapatlah nanti dia berkongsi rezeki dan meringankan beban terutama buat ibu arwah yang terlantar sakit.

Jujurnya apabila terbaca insiden yang berlaku, saya rasa sayu.”

IKLAN

Katanya lagi, yang sukar untuk membayangkan akan perasaan apabila berada ditempat keluarga yang diuji dengan musibah itu.

Ini adalah ujian yang sangat berat bagi keluarga Arwah. Jadi, saya berbincang dengan suami dan dia sama terbuka hati dengan niat ini.”

Biar pun dia akur dalam suasana pandemik ini, mustahil untuknya bertemu atau ke kediaman keluarga mangsa, namun memadailah kiranya dia dapat berhubung dengan keluarga mangsa demi membantu mereka.

Anzalna Doakan Keluarga Allahyarham Nur Surya Kuat

Saya ada banyak terima mesej mengenai hal yang berkaitan. Cuma setakat ini, masih belum dapat nombor yang betul-betul sahih untuk dihubungi atau berurusan

Terima kasih atas ikhtiar semua.

IKLAN

Semoga keluarga arwah kuat menghadapi dugaan ini dan saya berdoa agar semua dipermudahkan.” Maklum Anzalna.

Sebelum-sebelum ini pun, Anzalna sudah biasa dengan kerja-kerja amal. Dalam membantu keluarga yang kesempitan. Terdahulu, dia pernah membantu kanak-kanak yang menghidap kanser sejak 2014.

Untuk rekod, Allahyarham Nur Surya ditemui adiknya, Siti Nur Syuhada, 15 dalam keadaan tertiarap di hadapan televisyen, berlumuran darah dan putus pergelangan tangan kiri.

Sehingga hari ini, siasatan masih terus dijalankan oleh pihak polis. Dan rakan sekolah Allahyarham Siti Nur Surya yang juga suspek kejadian ditahan reman 7 hari.

Baca sini :

IKLAN

Hiba remaja meninggal disaksi ibu yang sedang sakit, rakan sekolah ditahan

‘Saya akan merinduinya..’ arwah kakak yang baik, selalu jemput hantar adik ke sekolah.

Air mata remaja mula bergenang sebaik masuk mahkamah, suspek hanya tunduk.

‘Diejek miskin, tak cantik..’ dikatakan punca suspek naik berang.

‘Terima kasih untuk segalanya. Semoga dia mendapat balasan sepadan’ luah teman lelaki Surya

Untuk info lebih menarik klik juga DI SINI.

Sumber/Foto : Anzalna Nasir, Media Hiburan, Gempak

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI