Rupanya nak buat tapai pulut yang sedap, manis berair elok menjadi kena jemur dulu ragi. Tapai Pulut salah satu manisan tradisonal yang menjadi kegemaran ramai. Selalu disediakan ketika Hari Raya, jamuan kenduri kendara dan sebagainya. Namun tak semua orang pandai buat tapai ni kalau salah caranya memang tak menjadi. Apatah lagi bila cuba buat pertama kali.

Buat mak-mak penggemar Tapai Pulut dan nak cuba buat sendiri di rumah boleh cuba resipi dan cara yang dikongsikan oleh Puan Lind Razak ini. Barulah tapainya menjadi, manis leting dan berair.

TAPAI PULUT MANIS

Memang nikmat bila dimakan sejuk-sejuk.

Bahan-Bahan:

1kg beras pulut
1 biji ragi (Seeloknya jemur terlebih dahulu. Hancurkan ragi, saya letak dalam plastik dan ketuk guna batu lesung, nanti nak guna baru ayak guna penapis teh)
Bekas dadih/daun getah/daun pisang. (saya guna bekas dadih)

Cara Membuat:

1.Basuh beras pulut bersih-bersih dan rendam minima 2 jam.

TAPAI PULUT Sedap Manis Berair Elok Menjadi, Jemur Dulu Ragi!2.Kemudian toskan air, kukus beras pulut selama 25 min.

TAPAI PULUT Sedap Manis Berair Elok Menjadi, Jemur Dulu Ragi!3.Siramkan pulut yang telah dikukus dengan 3 cawan air, sambil kaup balik.. (saya tak alihkan pulut ke dalam bekas, saya siramkan air terus dari pengukus).
4.Kukus semula pulut tadi dalam 10min/sehingga naik wap.

IKLAN

TAPAI PULUT Sedap Manis Berair Elok Menjadi, Jemur Dulu Ragi!5.Tutup api dan alihkan pulut yang telah masak ke dalam dulang besar untuk disejukkan. (Ratakan pulut tadi, supaya cepat sejuk)
6.Biarkan pulut betul-betul sejuk.

TAPAI PULUT Sedap Manis Berair Elok Menjadi, Jemur Dulu Ragi!7.Bila pulut dah sejuk, ayakkan ragi ke atas pulut, balik-balikkan pulut tadi, ayak ragi ke atas pulut sekali lagi. (agak-agak ragi rata pada pulut)
8.Sudukan pulut tadi ke dalam bekas dadih/daun getah.

TAPAI PULUT Sedap Manis Berair Elok Menjadi, Jemur Dulu Ragi!9.Susunkan ke dalam bekas sesuai. (saya letak dalam tong toyogo)
10.Simpan di tempat yang gelap selama 2 hari.Selepas 2 hari, baru tengok tapai tu ye.
11.Masukkan dalam peti sejuk, sebab tapai ni sedap makan sejuk sejuk.

TAPAI PULUT Sedap Manis Berair Elok Menjadi, Jemur Dulu Ragi!

IKLAN

InsyaAllah, menjadi.. Tapai manis dan berair.

Semoga bermanfaat! Selamat Mencuba.

Baca Lagi Di Sini:

IKLAN

Mudah Je Buat Tempe Sendiri Dirumah, Hanya 2 Bahan Tapi Syaratnya Tak Boleh Guna Ragi Tapai

Jelas Pakar Kimia Semasa Pembuatan, Tapai Bertukar Warna Bukan Disebabkan Period

Mingguan Wanita: Buat mak-mak yang suka makan tapai pulut dan nak belajar buat sendiri buat cuba resipi serta tip yang dikongsikan ini. Pastikan jemur dulu ragi, barulah tapai sedap manis berair elok menjadi.

Sumber: Lind Razak

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI