Isteri tak salah meminta-minta pada suami sendiri, tapi isteri perlulah lihat kemampuan suami sebab emas bukan nafkah. Sebagai isteri, mesti mak-mak tahu tahap kemampuan suami masing-masing kan?

Sebenarnya ada empat golongan isteri dan mak-mak golongan yang mana satu. Ikuti perkongsian Puan Shiera Naim dalam grup Kami Suri Rumah dan fahami apa yang dia cuba sampaikan.

Ada Empat Golongan Isteri

1. Yang tidak pernah meminta-minta. Diberi yang tidak perlu, ditolak dengan baik. Jika diberi yang perlu baginya, sangatlah dia malu dan rasa bersyukur (sidiqqin).

2. Yang meminta apa yang perlu sahaja. Jika diberi yang tidak perlu, ditolak dengan baik (muqarrobin).

3. Yang meminta apa yang perlu dan sesekali, kehendak hatinya. Jika tidak diberi, dia bersabar dan tidak marah pada suaminya (soleh).

4. Sentiasa meminta-minta, sehingga tidak mensyukuri walau sebanyak mana pun yang diberi (fasik).

Tak Salah Meminta

Nak minta pada suami … Ya benar, itu suami kamu sendiri. Tapi apapun situasi lihatlah pada kemampuan kewangan mereka dahulu. Bertanya dahulu, mampukah dia sediakan buat kita lebih dari keperluan nafkah, kerana emas, bukan nafkah.

Kalau suami kita mampu, dan kita tahu dia boleh beli, bolehlah cuba minta. Tapi kalau kita tahu kewangan suami kita macam mana dan apa yang dia tanggung dalam rumah tangga.

IKLAN

Janganlah kita minta walau sekuat mana pun kita teringin nak memakai. Sebab itu akan menyusahkan hatinya dan membebankan dia.

Baca Juga Di sini:

Mana Lebih Berbaloi Beli, Barang Kemas Besar Kosong Atau Nipis Padu

Cuci Sendiri Barang Kemas, 10 Minit Saja Dah Berkilau Macam Baru Beli

3 Perkara WAJIB Isteri Tuntut HAK NAFKAH. Selainnya Ikutlah Kemampuan Suami

IKLAN

 

Tapi Isteri Perlu Lihat Kemampuan Suami

Jangan kita rasa, sekali pun tak pernah beli emas padahal kan sudah kahwin, suamilah kena sediakan. Itu akan buat kita sendiri susah hati dan itu adalah tanda-tanda tidak bersyukur.

Jangan sebab suami-suami orang lain beri emas kepada isteri mereka, kita pun anggap suami wajib buat perkara yang sama.

Walaupun leader-leader emas kata, penting untuk simpanan itu dan ini, lihatlah pada kemampuan suami. Jangan dengar hasutan orang luar, “Eh suami kenalah belikan isteri barang kemas, dah memang tanggungjawab dia kan”.

Kalau nak rumah tangga bahagia, janganlah dituntut upah mengandung, upah melahirkan, upah menyusukan, upah duduk rumah serba serbi nak diminta upahnya.

IKLAN

Sebab Emas Bukan Nafkah

Ikut pada kemampuan suami. Kalau semua sudah tersedia, nah bolehlah cuba-cuba kalau ada rezeki dia beri daripada Allah SWT. Kalau memang dia mampu, bolehlah dirisik-risik segala upah itu.

Hidup berumahtangga ini bukan harta benda jadi ukuran. Janji dia baik, bertanggungjawab dan melunaskan semua nafkah yang dia perlu lunaskan.
Selebihnya seperti emas, adalah kebendaan. Kalau dia tak boleh bagi dan kita tahu dia tak akan mampu, jangan meminta-minta.

Suami kita sudah cukup banyak menanggung belanja rumah tangga. Tak perlu tengok suami orang lain boleh serba-serbi, itu bukan suami kita. Ingat tu..

#AlhamadulillahWluXkayaTpBahagia

MW: Hidup berumahtangga ini bukanlah bersandar pada harta semata-mata. Bersyukurlah dikurniakan pasangan yang baik budi, setia dan penyayang.

Sumber: Puan Shiera Naim

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI