Takkan jatuh martabat suami yang sama-sama sinsing lengan buat pikul kerja rumah dengan isteri. Lagilah suami makin disayangi, dikasihi isterinya bila sama prihatin dengan susah payah isteri.
Janganlah indahnya isteri itu cuma dilihat waktu jadi raja sehari saja. Selepas hilang serinya, terus isteri dilayan bak orang gaji. Kasihan isteri diperlakukan sebegitu.
Hadamkan pesanan Ustaz Don Daniyal ini. Dalam melayari bahtera perkahwinan, besar sebenarnya amanah dan tanggungjawab seorang suami.
Kredit foto : Instagram Ustaz Don Daniyal Biyajid
Suami Itu Pemimpin Keluarga
Abang-abang Nak jadi suami ni senang. Kahwin, terus dapat title suami. Tapi ada apa pada gelaran Kalau kita tidak benar-benar berfungsi Sebagai sebenar-benar suami
Suami adalah pemimpin rumahtangga Bukan bos kepada isteri & anak-anak Perlu sama ambil tahu tentang isi rumah Bukan sekadar hulur duit lepas tekak
Ads
Suami jangan ego bila ditegur Jangan pula ringan tangan bila marah Lelaki sejati dihormati bila merendah diri Disayang anak isteri bila menyayangi
Sama-sama Pikul Kerja Rumah
Suami, sama-samalah pikul kerja rumah Dulu raja sehari kenapa sekarang macam orang gaji Tak dapat buat semua, jangan tinggal semua Mulianya kalian bila bantu sama-sama
Isteri, bersabarlah dengan kelemahan suami Bersyukur tatkala masih punya dia di sisi Tegur baik-baik, doa yang baik-baik Insya Allah rezeki yang datang juga baik-baik
Ads
I Love You All my Beloved Brother di luaq sana… Brotherhood forever…
Menantu dan mak mentua sebenarnya boleh menjalinkan hubungan erat dan harmoni di antara satu sama lain kalau kena caranya. Memang ramai menantu dan mak mentua yang mengalami masalah untuk serasi antara satu sama lain.
Kebiasaannya masalah menantu dengan mak mentua ini melibatkan mak mentua dan menantu perempuan. Jarang sangat jumpa lelaki yang tidak boleh mesra dengan mak mentua mereka. Puncanya? Ada banyak punca yang mendorong ke arah ketidakharmonian hubungan itu.
Menantu & Mak Mentua Kalau Nak Hidup Aman Damai
Ramai sahaja menantu dan mak mentua yang mampu hidup harmoni dan aman damai, tanpa ada sengketa. Hubungan mereka cukup mesra, umpama mak dan anak kandung. Tak ada yang mustahil pun. Tapi, ia tak semudah yang disangka. Sebab itu, masih ramai menantu yang hubungannya setakat ‘okay’ saja dengan mentua.
Mereka TETAP HORMAT mentua sebagai mak kepada pasangan hidup mereka. Tapi tak sampai boleh bertepuk tampar, bergurau senda atau teman tempat berkongsi masalah. Kenapa agaknya hubungan menantu mentua itu hambar dan dingin agaknya ye?
Berikut dikongsikan tip yang boleh dijadikan panduan untuk memperbaiki hubungan menantu dengan mak mentua.
Kena Saling Beralah, Buang Ego
Sebagai menantu, kita seharusnya menerima mak mentua seadanya. Begitu juga dengan mentua. Kena ingat, mungkin banyak beza cara hidup dan latar belakang masing-masing. Jadi, jangan sesekali memperlekehkan cara masing-masing. Contoh mak mentua tak suka dengan masakan menantu. “ Eh, kenapa masak macam ni? Tak sedaplah. Mak kamu tak ajar ke?” Aduh! Bisanya bahasa. Siap dikaitkan dengan mak si menantu pula.
Sepatutnya mentua kena terima cara menantu walau pun mungkin tak berapa kena dengan tekaknya. Dalam masa yang sama cuba beri tunjuk ajar juga agar tak kecilkan hati menantu. Bila menantu rasa mentua dapat terima dan bertolak ansur dengan perbezaan dan kekurangan dirinya, maka dia juga akan melakukan hal yang sama pada mentua. Lama-kelamaan, hubungan ini pasti akan semakin baik juga.
Ada Menantu Takut Mentua
Ada menantu yang gerun dan takut dengan mentua. Apa saja yang disuruh, akan dilakukan dengan segera. Sepatah ditanya, sepatah dijawab. Mungkin kerana mentua itu jenis yang ‘mulut bising’ atau garang. Kalau lambat buat atau tak seperti yang dimahukan, panjang bebelannya. Lebih sedih, bila disindirnya menantu atau dimarah secara terang-terangan. Maka, untuk menggelakkan itu terjadi, menantu ambil sikap menurut saja.
Dalam keadaan ini, sah takkan timbul kemesraan di antara menantu dengan mak mentua. Menantu takut nak luahkan apa yang dia rasa dan lebih suka berdiam diri daripada berbual dengan mak mentua. Silap cakap, nanti kena bebel. Baik diam. Itu tanggapannya.
Bagi menantu yang mempunyai mak mentua garang, cuba selidik kenapa sikapnya begitu, suka marah-marah. Mungkin dia mengalami stres yang menyebabkan dia bersikap begitu.
Kena Cuba Jalin Kemesraan Dan Ambil Hati
Apa jua yang dilakukan, cuba sentiasa berusaha dalam mengekalkan sesuatu hubungan agar semakin hari semakin baik. Sebagai menantu yang lebih muda harus bersikap lebih bertolak ansur untuk mengekalkan keharmonian bersama.
Mak mentua adalah insan yang membesarkan anak mereka (suami kita), jika mempunyai sebarang percanggahan idea antara anda dan mentua, sebaiknya menunjukkan persetujuan ataupun bantahan dengan cara yang betul agar mereka boleh menerimanya dengan hati yang terbuka.
Mak mentua juga begitu. Hargai tiap apa yang dilakukan oleh menantu. Jangan ego dan berat mulut walau sekadar nak ucapkan terima kasih jika dihulurkan pertolongan. Tunjukkan kasih sayang dengan kata-kata dan perbuatan. Tak semestinya dengan beri hadiah saja.
Kena Ringan Tulang
Sebagai menantu yang baik, bantulah buat kerja-kerja rumah bila balik ke rumah mentua. Ingat, setiap kerja yang dilakukan, jangan hanya kerana ingin mendapatkan pujian mahupun penghargaan. Lakukan dengan hati yang ikhlas.
Ini tidak, macam mana mentua tak marah kalau balik ke rumahnya, bangun pun lewat. Ke dapur jangan haraplah nak bantu. Bila mentua siap masak, tahu pula bangun ke dapur dan terus makan. Mak ai, memang patutlah menantu begini ‘dipetir’ mentua!
Jangan Rebut Perhatian
Sama ada mak atau isteri, ada hak masing-masing ke atas si anak/suami. Jadi, tak perlu nak berebut perhatian dan kasih sayang. Nanti yang tersepit, si lelaki lah! Apa salahnya, bila balik ke rumah mentua, isteri suruh suami bawa maknya keluar ke pasar berdua. Bukan malas nak ikut, tapi nak beri peluang mak dan anak luang masa bersama.
Hubungan menantu mentua boleh jadi panas kalau masing-masing tak nak mengalah dan bertolak ansur. Alangkah ruginya kerana hubungan itu boleh terjalin harmoni dan penuh kemesraan. Kena ingat, masing-masing akan berjumpa seumur hidup kelak.
Apa pun, beruntunglah mereka yang mampu menjalinkan hubungan baik antara menantu mentua. Tahniah!
Setiap kali isteri buat kerja rumah, suami tidak pandang tapi yang dilihatnya bila isteri asyik terbaring mengadap handphone atau tidur saja. Padahal, sudah bermacam-macam dia buat kerja rumah sebelum ini, yang terbaring itu jugalah suami nampak.
Bayangkan kecewanya isteri bila suami mula cakap isteri malas, tak buat kerja rumah. Hati-hati, suami tidak tahu apa yang ada dalam fikiran isteri. Dia mungkin penat emosi. Jomc kongsi apa yang diperkatakan oleh Redza Zainol.
Saya perhati je dari pagi.
Isteri saya duk baring-baring di sofa. Tak lama lepas tu, dia bangun dan masuk ke bilik. Ditariknya laptop naik ke atas katil dan dia mula tengok cerita Korea pula.
Sambil melayan cerita tu, saya nampak dia tersenyum seorang diri dari celah pintu.
“Tengok cerita apa tu?” saya tanya.
Entah dia jawab. Baru tengok katanya. Dalam hati ni, saya rasa dah 1 jam juga.
Saya pun pergi ke tepi dia. Nak menyibuk la katakan.
Tertulis perkataan ni, “Crash Landing On You.”
Best ke? Dia kata biasa-biasa je, sambil tu dia senyum-senyum lagi.
Masuk waktu tengahari, dia pergi ke meja dan mula baca buku kegemaran dia sampai ke petang.
Serius dulu saya ingat aktiviti berehat ni sia-sia je.
Dulu saya ni jenis yang agak serius. Saya cuma fikir kalau ada masa, baik kita buat kerja. Masa tu pada pendapat saya, berehat ni hanya untuk orang yang malas.
Itu dulu.
Sampailah beberapa tahun yang lepas isteri saya tak sihat waktu berpantang. Saya kena jaga anak, kena melayan kehendak anak sepanjang hari.
Mengadap perkara yang sama setiap hari buat saya jadi letih. Penat pada fizikal dan paling ketara ialah penat pada emosi.
Waktu tu, kalau saya dapat keluar rumah sekejap pun dah rasa gembira. Kalau dapat buat perkara lain selain dari menjaga anak, rasa lega sangat.
Masa tu baru saya sedar pengorbanan isteri saya. Banyak kali dia mengadu penat dan saya cakap rehatlah. Saya silap.
Selama ni saya ingatkan dia penat fizikal, rupanya dia penat pada emosi. Penat pada emosi tu tak boleh hilang dengan tidur atau rehat semata-mata.
Sebenarnya, selama ni isteri saya ambil masa berehat hanya untuk dia keluar dari “Emotional burnout”.
Suami kena hati-hati. Penat pada emosi ni tak nampak pada mata kasar.
Kadang-kadang, suami nampak isteri macam malas sebab terbaring lesu. Tak ramai faham, itu bukan malas tetapi kemungkinan besar si isteri itu sedang burnout.
Percayalah, bila isteri dapat cukup rehat begini, dia akan mula bekerja keras semula untuk keluarga.
Sebab waktu tu, emosi dan psikologinya jadi segar dan terjaga semula.
MW: Bila nampak isteri macam tu, cubalah suami urut belakang isteri. Automatik, isteri terus rasa berbunga-bunga. Nak buat kerja rumah pun tak berkira-kira.
Tidak berpuas hati wasiat yang ditinggalkan, seorang anak sanggup bakar kubur arwah ayahnya. Barangkali jika ayahnya masih hidup, mahu dia luahkan amarah dan meminta ayahnya menukar wasiat.
Barangkali tindakan dia membakar kubur ayahnya dapat mengurangkan sedikit tekanan yang dialaminya. Namun tindakan yang pemuda ini amatlah tidak wajar, apatah lagi ayahnya kini sudah tiada.
Seorang Anak Sanggup Bakar Kubur Arwah Ayah
Viral tentang kisah seorang pemuda di Jakarta, Indonesia nekad membakar kubur arwah ayahnya kerana tidak berpuas hati dengan wasiat yang ditinggalkan, lapor Suara.com semalam.
Menerusi rakaman video yang dimuat naik di @nenk_updatee, seorang lelaki dilihat turun daripada kenderaan membawa tong yang dipercayai berisi minyak tanah sebelum menuju ke arah sebuah tapak kubur.
Apabila tiba di kubur ayahnya, lelaki itu bertindak menyiram kawasan itu dengan minyak dan melemparkan mancis berapi ke atasnya.
Polis mengesahkan nota terakhir suspek tikam berusia 14 tahun dirampas ketika tangkapan, bukan di lokasi kejadian. Frasa “Dunia ini palsu, saya sudah menang” kini disiasat bagi mengenal pasti motif sebenar.