Bukan mudah mengekalkan usia perkahwinan yang panjang, apatah lagi telah memasuki separuh abad. Menjadi impian bagi setiap pasangan yang berkahwin, dapat melalui usia muda dan tua bersama-sama, malah harapnya hanya ajal yang dapat memisahkan.

Ujian buat pasangan warga emas Itali yang disahkan positif wabak koronavirus (Covid-19) meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-50 di Hospital Murri.

Sandra, 71, dan suaminya, Giancarlo, 73, yang dirawat di hospital itu saling berpegangan tangan biarpun masing-masing memakai alat bantuan pernafasan, lapor Daily Mail.

Majlis Sambut Di Hospital

Seorang jururawat, Roberta Ferretti berkata, dia mengetahui pasangan itu akan meraikan ulang tahun perkahwinan.Katanya, atas keprihatinan petugas perubatan, majlis itu disambut di hospital.

Ferretti berkata, Sandra menangis kerana bimbang keadaan suaminya.

IKLAN

“Dia memberitahu saya betapa dia masih menyayanginya, selepas bertahun-tahun. Ketika saya mengetahui bahawa hari ini adalah ulang tahun mereka, saya fikir mereka harus meraikannya.

“Majlis ringkas diadakan selama 10 minit agar mereka gembira dan terus semangat untuk hidup.

“Petugas perubatan yang memakai alat perlindungan khas berada di tepi pasangan itu sambil membuat bentuk ‘love’ menggunakan tangan mereka,” katanya kepada media tempatan.

IKLAN

Positif COVID-19,Sambut Ulangtahun Perkahwinan Ke-50 Berpegangan Tangan, Pakai Alat Bantuan Pernafasan

50 Lilin Pada Kek

Katanya, mereka juga meletakkan 50 lilin pada kek sekadar simbolik sahaja.

IKLAN

“Kami gembira kerana dapat meraikan majlis ulang tahun perkahwinan mereka.

“Ia adalah detik yang luar biasa, kenangan manis, setiap masa amat berharga untuk bersama orang tersayang. Anda boleh merasakan cinta mereka,” katanya.

MW: Semoga pasangan warga emas ini terus kuat dan diberikan kesembuhan daripada covid-19 ini.

Sumber: Sinar Harian

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI