Menjadi tanggungjawab mak ayah, menyemai pelbagai minat dan kemahiran buat anak-anak dari mereka kecil. Memang tak rugi menggalakkan anak-anak dengan pelbagai jenis kemahiran, mana tahu ia boleh digunakan untuk menjana pendapatan sampingan ataupun dapat membantu orang lain yang memerlukan.
Kemahiran Menjahit
Menjadi satu kelebihan dalam usia yang masih muda, namun berbakat dan berkemahiran dalam bidang jahitan.Pada usia sembilan tahun, Nur Afia Qistina Zamzuri, sudah memahami ada tanggungjawab yang perlu sama digalas ketika negara berhadapan perang melawan COVID-19.
Pelajar tahun tiga Sekolah Kebangsaan (SK) Kepis, Kuala Pilah ini menggunakan kemahirannya untuk menjahit pakaian peralatan perlindungan diri (PPE) untuk digunakan petugas barisan hadapan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah.
Tawar Diri Bantu Jahit PPE
Dia yang belajar menjahit sejak berusia lima tahun menggunakan masa terluang di rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk melaksanakan misi itu dengan bantuan ibunya, Hasnah Hud.
Hasnah berkata, anak sulung daripada tiga beradik itu menawarkan diri untuk berbuat demikian selepas diberitahu tentang pasukan perubatan negara termasuk di HTAN memerlukan PPE yang banyak dan bekalannya semakin berkurangan.
Ads
“Saya mendengar tentang situasi itu dan berjumpa kakitangan HTAN untuk bertanya jenis bantuan yang saya boleh berikan kerana saya memang tukang jahit. Mereka mengalu-alukan jika saya dapat menjahit PPE untuk disumbangkan kepada mereka.
“Apabila saya ceritakan pada Afia tentang hasrat saya untuk menjahit PPE, dia pun turut sama teruja mahu membantu.
“Malah, semua PPE yang kami hasilkan sehingga kini dijahit sendiri oleh Afia. Saya cuma bantu kemaskan di bahagian leher sahaja,” kata Hasnah.
Nur Afia bersama ibu bapa dan adik-adiknya.
Jahit & Jual Hasil Jahitan Sejak Usia 7 Tahun
Bercerita lanjut, kata Hasnah, anaknya itu sudah mula menjahit dan menjual hasil jahitannya kepada penduduk sekitar kawasan perumahan mereka ketika berusia tujuh tahun.
Ads
“Dia selalu tengok saya menjahit. Permulaannya ketika berusia lima tahun, dia hanya bertanya, lepas tu dia tolong sikit-sikit.
“Masuk usia tujuh tahun, saya mula bagi dia kain-kain perca sebab nampak minat dia ke arah itu. Kemudian dia jahit sarung bantal dan jual kepada penduduk kampung,” kata Hasnah yang bertugas sepenuh masa sebagai pembantu pengurusan murid di SK Felda Kepis.
Nur Afia menjahit sendiri PPE untuk diberikan kepada petugas barisan hadapan HTAN
Berjaya Siapkan 100 PPE
Kata Hasnah, Afia mengambil masa kira-kira sejam untuk menyiapkan sepasang PPE.Setakat ini, sebanyak 100 pasang PPE sudah dihantar untuk kegunaan petugas di HTAN dan mereka sedang menyiapkan lebih banyak PPE.
Ads
“Dia masih kanak-kanak, masih belum faham sepenuhnya situasi pandemik COVID-19 yang berlaku sekarang. Tetapi saya jelaskan kepada dia secara mudah tentang virus dan penyakit. Saya nampak dia faham bahayanya.
“Daripada situ, timbul rasa dia nak membantu. Mungkin juga disebabkan dia ada bapa saudara yang bekerja sebagai askar, jadi dia sedar mereka yang bertugas di barisan depan ini yang paling terkesan,” ujar Hasnah.
Antara baju PPE yang berjaya disiapkan.
Hasnah gembira kerana sumbangan kecil dia dan anaknya dapat membantu pihak yang memerlukan dan berharap memberi inspirasi kepada anggota masyarakat untuk sama-sama memainkan peranan dalam menangani wabak COVID-19.
MW: Hebat dan tahniah buat adik Afia. Kemahiran yang ada tak disia-siakan untuk membantu golongan yang memerlukan bantuan, moga anak ini dan keluarganya dimurahkan rezeki dan menjadi contoh kepada kanak-kanak sebaya yang lain serta masyarakat.
Amar bimbang Amyra alami sakit sendi, kaki bengkak dan batuk berpanjangan tidak sihat selepas dijangkiti Covid-19. Sebagai suami semestinya Amar Baharin berasa sangat bimbang apabila melihat situasi terkini yang dialami isteri.
Seperti mana yang diluahkan menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, Amyra mengalami sakit sendi, ada beberapa kesan lebam dan bahagian kaki menjadi bengkak serta batuk berpanjangan.
Amar Bimbang Amyra Alami Sakit Sendi, Kaki Bengkak & Batuk Berpanjangan
Pasangan yang dikurniakan dua cahaya mata Aqeef Anaqi, 5, dan Ayra Aryssa, 2 itu kini diuji apabila Amyra kini berada dalam keadaan kurang sihat.
“Isteri saya tak berapa sihat. Kaki ada kesan lebam-lebam. Sendi satu badan sakit. Kaki bengkak macam orang nak bersalin (saya rasa water retention).
“Batuk tak berhenti. Semua ini jadi selepas positif Covid pada 6 Mac 2022.
“Doktor masih tidak dapat mencari penyelesaian,” luah Amar.
Minta Pendapat Rawatan Bersesuian
Pada masa yang sama, Amar juga meminta mana-mana individu yang pernah mengalami situasi sama untuk menghubunginya bagi berkongsi rawatan yang bersesuaian.
Rakan Artis & Peminat Doakan Amyra Cepat Sembuh
Seperti mana yang tinjau dari ruangan komen, rakan artis dan juga peminat mendoakan agar Amyra cepat sembuh.
Rajin ikuti ceramah agama, Nora malu pada diri sendiri bila tak berubah. Pelakon jelita walau sudah mencecah usia 40 tahun, Nora Danish akui dirinya berasa malu apabila belum berubah walaupun kerap menghadiri majlis ilmu.
Akui Nora sejak Mei tahun lalu dirinya sering menghadiri majlis ilmu sejak Mei tahun lalu dan dek kerana itu juga antara yang menguatkan keinginannya untuk berhijab.
Rajin Ikuti Ceramah Agama
Malah Nora juga menerangkan rakan baiknya, Betty Ahmad antara insan yang sentiasa menjemput dirinya untuk ke majlis ilmu.
“Semuanya didorong pengisian majlis ilmu yang diadakan rakan baik saya, Betty Rahmad di kediamannya dan boleh dikatakan kebiasaannya sebulan sekali saya akan turut serta.
“Tetapi kemudian apabila pulang saya kadangkala jadi malu sendiri kerana masih tidak berubah walaupun kerap mengikuti ceramah agama selain sudah ada niat ingin menutup aurat dengan sempurna.
“Sedikit sebanyak perkara itu menjadi antara pendorong untuk saya berubah ke arah yang lebih baik, sebab lain biarlah saya simpan sendiri,” kongsi Nora seperti mana dipetik menerusi Kosmo Online.
Ibu Menangis Kegembiraan
Insan paling gembira melihat penghijrahan Nora merupakan ibunya Salimah Talib.
“Ramai yang mendoakan saya sebelum ini, cuma waktu itu saya lebih selesa tidak mengulas lebih lanjut kerana masih terlalu awal.
“Saya pun dalam proses belajar dan cuba kerapkan diri untuk hadiri lagi majlis agama bagi mendapatkan ilmu.
“Paling sayu apabila ibu menitiskan air mata gembira melihat perubahan saya ini,” kongsi Nora.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mak-mak pernah makan tak kuih tepung talam yang rasa santannya pekat melekat, gula merahnya sesedap rasa. Lembut tepung talam tu mengalir laju saja di dalam mulut.
Cerita kuih tepung talam merecik sedap ni bila mana, kenalan pejabat membawa kuih tepung talam gula merah dari air tangan ‘Tok’ kesayangan di Kedah. Ya ampun, memang sedap sungguh. Rugi amat kalau tak dikongsi cara pembuatannya dengan pembaca Mingguan Wanita.
Tanpa rasa malu-malu, penulis terus saja menghubungi ‘Tok’ Kedah minta resipi rahsia yang memang anda takkan jumpa kat mana-mana. Alhamdulillah, ‘Tok’ murah hati berkongsi resipi. Baca satu persatu panduannya supaya anda boleh tahu macam mana sehelai tuala ‘good morning; boleh jadi rahsia sedapkan kuih ini.
Resepi Kuih Tepung Talam Gula Merah Air Tangan Tok
Bahan-bahan:
Lapisan Bawah
11/2 cawan tepung beras cap bunga
1/4 cawan tepung jagung
1/4 cawang tepung gandum
2 cawan gula putih
1/2 cawan gula merah
5 cawan air (direndam seketika dalam kapur)
Lapisan Atas
2 cawan santan
3 cawan air
2 cawan tepung beras
Sedikit garam
Cara Buat Lapisan Bawah:
Satukan tepung beras, tepung jagung dan tepung gandum.
Untuk dapatkan air kapur: Tuang 5 cawan air dalam bekas kapur makan. Tunggu sampai mendap, dah jernih baru ambil airnya. Pastikan masa ambil air tak keruh. Sebab air keruh akan buatkan kuih jadi pahit.
Satukan gula putih dan gula merah. Kacau bagi larut.
Masukkanlah adunan tepung perlahan-lahan dan kacau rata.
Tapis adunan ini dan masukkan dalam loyang pengukus.
Cara Buat Lapisan Atas
Satukan santan, tepung beras dan sedikit garam. (ikut cita rasa, kalau nak masin, buhlah lebih).
Nota Kaki: Jika mahu lapisan atas ini lebih tebal, boleh lebihkan santan atau tepung. Ikut kehendak anda bagaimana.
Kacau bagi rata dan tapis dengan penapis yang sesuai.
Atas Dapur Pengukus
Masukkan adunan tadi dalam periuk loyang periuk pengukus.
Kacau sekejap, sebab tak nak bagi mendap. Bila dah beku sikit baru tutup pengukus.
Tunggu sampai masak. Nak tahu dah masak ke belum, ambil garpu cucuk, kalau dah tak melekat, masaklah maknanya tu.
Kalau ikut anggaran masa dalam 15 ke 20 minit.
Guna Tuala ‘Good Morning’ Serap Lebihan Air
Ambil tuala ‘good morning’ basahkan dan perah. Biarkan ia lembap tapi jangan basah lencun tau.
Buka tutup pengukus dan letakkan tuala lembap tadi atas kuih. Biarkan tuala ‘good morning’ tu serap lebihan air dari kuih tadi.
Nota Kaki: Air yang berlebihan nilah punca tepung tak lekat dengan santan. Tak naklah nanti masa kita potong badan ke lain, kepala ke lain.
Bila dah kering, barulah tuang lapisan atas iaitu adunan tepung dengan santan tadi.
Tutup penutup dan tunggu sampai lapisan atas pejal.
Masak guna api sederhana boleh, api kuat pun boleh. Jangan sampai terbakar sudahlah ya!
Inovasikan Kuih Tepung Talam Gula Merah
Masukkan kuih tepung talam gula merah ni dalam bekas besar dan makan saja guna sudu. Tak perlu nak potong-potong. Nanti dapatlah nikmat rasa seakan ‘cake in a jar’.
Sumber: Tok Kedah
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengantin baharu maut kemalangan motosikal berkuasa tinggi, rempuh Proton Saga. Seorang lelaki yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dilaporkan maut dalam kemalangan membabitkan motosikal berkuasa tinggi di Kilometer 79, Jalan Kuala Terengganu–Kota Bharu berhampiran Bukit Grebar, pagi Rabu.