Semua orang anak mak, tak kiralah suami atau isteri. Namun setelah mendirikan rumah apa kata cuba hidup dengan cara sendiri, berdikari dan jangan terlalu harapkan mak.

Sebaiknya bila sudah kahwin, cuba dapatkan pula pandangan isteri, cukuplah bergantung dengan mak selama ini. Bertindak matang kerana setelah bernikah, mak ayah sudah punyai keluarga sendiri.

Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan hadam baik-baik ya:

Kita semua anak mak…

Even bila sudah berkahwin sekalipun, kita masih anak mak… Hubungan kita dengan mak itu, sampai bila-bila tak akan putus…

Tanggungjawab kita pada mak kita pun sama, selagi mak masih hidup, kita akan berbakti pada mak… Itu pasti…

Bila Sudah Berkahwin

Tapi bila sudah berumahtangga, tak akan semua keputusan yang kita nak buat perlu tanya mak?

Tak akanlah hendak pakai baju apa tanya mak, nak keluar pergi mana tanya mak, nak beli apa-apa semua tanya mak…

IKLAN

Atau tak akan masih hendak mak itu atur hidup kita… Apa yang boleh kita buat, apa yang tak boleh kita buat…

Baca Juga Di sini:

Ada Masalah Ke Dilabel Anak Mak, PU Riz Anggap Ibu Tetap Yang Pertama

Allah Pinjamkan NIKMAT Minggu Lepas, Kemudian Keguguran, Siti Elizad TETAP Teruskan Rawatan IVF

Untuk info lebih menarik, klik saja di sini. 

IKLAN

Cuba Dapatkan Pula Pandangan Isteri

Kita kan sudah ada isteri… Wanita kedua yang hadir dalam hidup kita selepas mak kita…

Takkan apa saja keputusan atau pilihan yang kita nak buat itu tak boleh tanya pada isteri kita?

Isteri tak tahu apa yang terbaik untuk kita?

Isteri tak faham kita?

IKLAN

Pandangan Isteri, Cukuplah Bergantung Dengan Mak

Sekali-sekala, buatlah keputusan sendiri… Sendiri lebih tahu apa yang sendiri hendak… Sudah besar, sudah dewasa dan sudah matang…

Tunjukkan dekat mak yang kita pun tahu apa yang terbaik

Untuk kehidupan kita, rumah tangga kita… Kita boleh jaga kehidupan dan rumah tangga kita sendiri…

Bukan sikit-sikit mak, sikit-sikit mak…

MW: Jadilah suami yang matang, percayalah hubungan mak dan anak tidak akan terputus biar pun kita banyak membuat keputusan sendiri dalam rumah tangga yang telah dibina. Sebagai suami jadilah lelaki yang bijak untuk mengawal emosi sendiri, isteri dan juga mak.

Sumber: Firdaus Shakirin

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI