Suami, kalau bab-bab puji diri memang suka sangat. Kiranya dialah orang yang paling baik, suami penyayang dan suami contoh. Itu kawan-kawan yang cakap.
Ini tnetnag puji, belum lagi nasihat. Kalau sebelum kahwin, boleh saja suami dengar apa yang isteri cakap. Tapi, bila dah berkahwin, kata-kata nasihat kawan dia lagi penting.
Begitulah, cepat sungguh berubah. Bukan bermakna semua semua begitu ye! Zmungkin hanya segelintir saja.
Tak tahulah apa yang dirasakan puji atau nasihat kawan dan orang luar lagi penting daripada isteri. Sedangkan isteri inilah yang lebih kenal luar dan dalam suami. Bahkan bau kentut pun boleh tahu.
Adakah sebab suami ini ego? Ketahuilah tiada pujian dan nasihat yang paling jujur selain daripada isteri sendiri.
Kenapa kena dengar nasihat isteri lebih dari orang lain?
Tiada yang lebih jujur memberi nasihat daripada isteri bahkan adik beradik sekalipun ada masa tak sampai hati nak tegur takut kita berkecil hati.
Tiada yang lebih tepat memberi nasihat berbanding isteri bahkan kawan-kawan sekalipun akan berat sebelah sebab mereka pasti utamakan keluarga mereka dahulu.
Dengan orang lain kita boleh berlakon tapi dengan isteri tidak. Dia tahu semuanya. Dari busuknya bau kentut kita sampai la ke busuknya perangai kita, semua dia dah hadap!
Ads
Tak usah bangga sangat kalau ada kawan-kawan duk puji kita baik, rajin dan puji kita ni calon suami mithali kononnya.
Selagi kata pujian ni tak keluar dari mulut isteri sendiri, maknanya pujian tu tak 100 peratus benar!
Tiada yang lebih ikhlas puji suami sendiri melainkan isterinya.
Mingguan Wanita : Betul sekali, nasihat dan pujian isterilah yang paling ikhlas. Kena ingat tu wahai suami.
Orang perempuan, kelakuan kasar macam mana sekalipun mesti ada sifat manja. Apatah lagi bila sudah mendirikan rumahtangga. Manja dengan suami bukan di buat-buat.
Lumrah sifat orang perempuan. Sifat manja inilah sampaikan pasangan sanggup lakukan apa saja. Tapi, janganlah dibuat-buat, nanti meluat pula.
Sebab itu, suami jangan sesekali rasa bosan atau anggap manja isteri ini hanya untuk tarik perhatian. Salah satunya memang betul tapi kena ingat, isteri yang suka bermanja ni sebab dia sangat sayang pada pasangannya.
Kadang-kadang manja orang perempuan ini dianggap lain macam seperti yang dikatakan oleh Mohd Fhais Salim ini. Makin dia sayang makin manja sifatnya.
Situasi “isteri dibuang selepas syarikat berjaya.” Belajarlah bangkit pertahankan diri apabila dianiaya suami sendiri. Berhenti menangis dan jangan terus bersedih.
Tidak dinafikan hati hancur apabila dikecewakan oleh suami yang selama ini menjadi orang kepercayaan dan tempat bergantung harap.
Menangislah semahunya agar segala yang terpendam terlerai, namun jangan lama-lama. Mulakan langkah terbaik untuk membuka buku baru. Lebih cepat mak-mak bertindak, lebih cepat masalah berbangkit dapat diselesaikan.
Kongsi Dr Karya Kayra berhubung kisah yang sedang tular iaitu tentang isteri dibuang suami dari syarikat, selepas syarikat berjaya dan suami lupa diri.
Saya simpati sejuta kali kepada beliau, namun nasihat saya kepada usahawan wanita ini jangan mohon cerai. Terutama jika anda sedang mengandung.
Talak cuma akan jatuh selepas bayi lahir. Kerugiannya adalah anda tidak boleh buat Tuntutan Mutaah iaitu hadiah perkahwinan jika anda yang meminta cerai.
Apabila ibu tertekan semasa hamil, maka kesan kepada emosi dan mental anak dalam kandungan. Ibu hamil sepatutnya sentiasa tenang dan gembira. Jelas kegagalan suami di sini.
Seronok membuat isteri susah hati ketika hamil. Seronok sentiasa bermasalah dalam hubungan rumah tangga selepas kaya, sebelum kaya tidak berperangai begitu pula. Entah apa tujuan suami begini? Jahat.
Kesilapan ramai wanita adalah berkongsi syarikat dengan suami. Lantik suami jadi pengurus syarikat, CEO dan sebagainya jawatan yang lebih besar dari si isteri walaupun suami tak buat kerja apa pun. Letak suami di atas sekali atas dasar hormat tetapi suami lupa diri.
Lelaki dalam bab syarikat yang sudah maju dan berkembang dengan wang mengalir masuk setiap hari bukan dengan usahanya memang akan mudah lupa diri. Bukan duit dia, jadi dia peduli apa dalam berbelanja, itu yang beli lamborghini sampai dua buah.
Terutamanya apabila dia tahu wang terkumpul sudah lebih RM1 Juta selain wang rolling mencecah ratusan ribu ringgit setiap bulan serta isteri mula menukar status syarikat kepada Sdn. Bhd. atau Holding.
Alangkan lelaki yang sudah bercerai bertahun-tahun pun dengan muka tak tahu malu meniru nama syarikat bekas isteri yang sudah berjaya tanpa penglibatan dia sedikit pun selama ini.
Dan menipu isteri baru dengan mengaku nama syarikat bekas isteri yang berjaya itu ideanya, sedangkan kalau sesiapa yang kenal bekas suami itu tahu. suami tiada SPM itu tak akan mampu memikirkan hal besar-besar apatah lagi menguruskan syarikat hingga ke peringkat antarabangsa.
Setakat curang di belakang isteri bolehlah. Apabila ditunjukkan di mahkamah bukti pendaftaran nama syarikat adalah tandatangan dan tulisan tangan bekas isteri serta bekas isteri sahaja yang boleh menjawab perihal syarikat, bekas suami yang ternganga-nganga dimarahi hakim, mulalah sawan biawak “abang ingat idea abang. Bukan eh..” dan dia pun sengih syaitan di situ. Jijik.
Ini banyak berlaku dalam kalangan orang melayu.
Apakah tindakan yang isteri perlu ambil?
1) Suami buang you sebagai shareholder dari syarikat secara khianat dengan menukar nama asal atas saham 40 peratus atas nama you hingga pegangan saham you 0 peratus, you ambil peguam tuntut hak you dari mula syarikat ditubuhkan hingga tarikh dibuang sama seperti shareholder lain. Sudah tersilap meletak suami lupadiri sebagai bos, so you tiada pilihan.
2) Sudah dibuang, jangan datang kerja dan jangan respon jika suami minta bantuan berkaitan syarikat. Biar lantak suami itu menguruskannya. You fokus dengan membina syarikat baharu. Bermula dari bawah semula.
Hubungi semua pembekal syarikat lama, hubungi semua agen marketing lama you dan tawarkan harga sedikit tinggi dengan label dan brand baharu. Potong harga syarikat lama. You know better because you yang buat kerja selama ini.
3) Mohon kaunseling atau sulh perbincangan di pejabat agama yang terdekat dengan rumah you. Jangan sebut pasal syarikat. Sebut pasal hubungan suami isteri di hadapan kaunselor. Bagi suami jaga anak pada weekdays dan you cuma ambil semasa weekend.
Anak-anak masih kecil, anak tak akan ingat kemelut ini. Mohon sesi kaunseling setiap minggu. You sedang mengandung, kelebihan you di situ. Tiada pihak berkuasa mahu you tertekan. Permintaan you akan dipenuhi. Suami you kena bantu jaga anak kerana you sedang mengandung.
Kaunseling setiap minggu, buat perangai tak nak jaga anak setiap minggu tak kiralah apa urusan suami, sehingga suami tak tahan lagi dibasuh kaunselor dan dia sendiri yang ceraikan you.
4) Suami sah ceraikan you, bayar peguam buat tuntutan berikut (ada peguam, kes you di Mahkamah Syariah lebih mudah):
a. Nafkah isteri dalam edah RM 5K – RM10K sebulan. Isteri sedang hamil, kos nafkah akan difahami hakim memang tinggi.
b. Harta sepencarian. Mohon dalam bentuk wang kesemuanya. Lamborghini 2 biji tu biarkan suami simpan. You minta wang harga sebuah lamborghini sahaja. Cakap you tak nak kereta tu. Bagi you wang nilai harga kereta. Kereta ini liabiliti bukan aset.
Mohon 50% harta semuanya dalam bentuk wang. Suami kena jual syarikat kerana syarikat perlu dibahagi dua dan dia tak cukup wang cash, itu masalah dia. You fokus syarikat baharu milik you seorang. Berhenti kasihan kepada orang yang tak pernah kasihan kepada you.
c. Tuntutan Mutaah (Hadiah Perkahwinan), you tahu dalam akaun syarikat ada berapa jumlahnya. Tuntut 60% darinya sebagai hadiah perkahwinan kerana sumbangan you sebagai isteri dalam perkahwinan. Tuntut lebih supaya you dapat lebih.
d. Tuntut hak penjagaan anak. You ibu, anak-anak masih kecil. Suami you yang ceraikan you bukan you yang minta cerai. Confirm you dapat hak penjagaan anak.
e. Tuntut nafkah anak-anak RM2ribu sebulan setiap seorang anak berdasarkan status suami sekarang dia mampu.
f. Tuntut bekas suami tanggung kos melahirkan anak dalam kandungan. Pergi bersalin di Hospital swasta. Semua kos hospital caj atas nama bekas suami you dan syarikatnya. Suruh dia bayar awal siap-siap.
Anak dia kot tak akan nak suruh lelaki lain bayarkan. Dayus kalau dia tak bayar kos melahirkan anak kandungnya sendiri. Bercuti mewah mampu, bayar kos kelahiran anak dia tak mampu. Tak ada maruah lelaki begini.
5) Berhenti menangis. You janda cantik kaya sekarang. Then you will see berapa ramai lelaki beratur nak dapatkan you. Istilah janda itu hina is bullshit. Hakikat sebenarnya ialah janda itu sentiasa dipandang wangi oleh lelaki.
Janda cantik ada status dan ada wang seperti you paling menjadi perhatian lelaki. Terpulang pada you nak jaga diri you bagaimana. Berkahwin dengan suami kedua, jangan ulangi kesilapan dengan suami pertama. Jangan lantik suami dalam syarikat sendiri.
6) Kalau rajin you sudah boleh mula call LHDN laporkan tentang syarikat bekas suami. Now you sudah dibuang dari syarikat itu. Nama you sudah tiada kaitan. You sudah diceraikan. Malah you outsider yang melaporkan salah laku kewangan dan cukai kepada LHDN.
You sepatutnya happy. LHDN takkan babitkan hutang cukai syarikat, hutang sewa gudang dan hutang cukai dua biji lamborghini atas nama you lagi. As a former owner, only you know where is the mistake for LDHN to look at. Senyum.
Belajarlah untuk bangkit mempertahankan diri apabila dianiaya suami sendiri. Ada manusia yang memang tidak-layak untuk dimaafkan.
Kepada wanita-wanita usahawan lain yang sedang meletakkan nama suami lebih tinggi jawatannya dalam syarikat yang anda usahakan. Anda boleh mula membuat perjanjian hitam putih di hadapan peguam.
Seandainya anda diceraikan suami atas apa sebab sekalipun. Suami automatik akan hilang semua hak dalam syarikat serta perlu memulangkan semua harta seperti rumah, tanah, kereta, motor besar, basikal mahal dan sebagainya kepada bekas isteri iaitu anda.
Semua harta ini tulis satu persatu tidak boleh dimasukkan dalam tuntutan harta sepencarian oleh suami kerana pembeliannya menggunakan wang hasil dari syarikat diusahakan isteri. Suami hanyalah pekerja yang dilantik. Suruh suami tandatangan di hadapan peguam.
Ingat. Suami boleh kahwin empat terutamanya jika anda sendiri yang letakkan suami di posisi syarikat yang menunjukkan dia mampu untuk berpoligami. Anda isteri yang teruk bekerja untuk syarikat tidak boleh kahwin lain selagi suami itu menjadi suami anda.
Sebelum anda dibuang maka jadilah isteri bijak sepertimana bijaknya anda dalam perniagaan.
Kayra, Putrajaya.
Mingguan Wanita : Bila perkara seumpama ini berlaku, jangan terus-terusan bersedih. Sebaliknya cari jalan penyelesaian yang terbaik untuk mak-mak dan anak-anak. Biarkan saja bekas suami jika itu pilihannya.
Mak ayah mohon elakkan sakat dan takutkan anak-anak ya! Bimbang kesan tidak sihat pada emosi dan psikologi hingga mereka dewasa kelak.
Perbuatan menyakat dan menakutkan anak memang nampak kelakar dan menyeronokkan pada mak ayah, namun ketahuilah kesannya pada anak-anak.
Kongsi Puan Wawa Shauqi, jangan suka takutkan anak.
“Pergilah situ. Nanti momok (hantu) ambil!”
Memang mudah disiplinkan anak dengan takut-takutkan mereka ni. Kelakar pun ada. Tapi ketahuilah, kesan jangka masa panjangnya lebih buruk.
Kita mungkin fikir, sepanjang anak dewasa, ketakutan tu akan hilang. Hakikatnya, ia ibarat highway yang kita dah bina pada otak anak.
Yang tak bestnya, tanpa kita sedar, highway yang dibina itu menghubungkan cabang jalan yang banyak.
Contohnya, bila kita takutkan anak dengan hantu. Ketakutan tersebut boleh pergi ke beberapa cabang :
– takut gelap
– takutkan orang berwajah luar biasa
– takut perempuan yang berambut panjang
– takutkan bila tengok kotoran pada dinding yang ada bentuk macam ‘hantu’
Apa yang menyedihkan, ia takkan hilang begitu sahaja. Memori ketakutan tersebut akan terbawa sampai ke anak besar.
Dan ia akan menjadi punca mudahnya anak-anak trigger, fobia dan anxiety apabila dewasa.
Kesan yang sama juga berlaku bila kita biasakan anak tengok cerita seram dan ganas.
Seorang psikologis dalam rancangan dokumentari di Netflix (Brain Explained) ada berkongsi.
Waktu kecilnya, dia terjebak tonton cerita Jaws. Memori trauma yang dia dapat dalam filem tu, menyebabkan dia diserang panik setiap kali berada dalam air, terutamanya laut.
Baru-baru ni juga ada seorang ibu yang berkongsi dengan saya. Seorang anaknya yang baru berusia 3 tahun menangis sambil menggigil bila masuk ke stesen minyak. Disebabkan terlalu takut dengan inflatable maskot yang melambai-lambai depan stesen minyak.
Rupanya si kakak selalu menakutkan adik dengan patung dalam siri cerita Squid Game.
Kelakar bila bayangkan. Benda macam itu pun boleh takut. Tapi tidak bagi yang menanggung ketakutan.
Saya sendiri pernah melalui episod panik nak buka ensiklopedia. Nafas jadi laju dan dada berdebar-debar bila nak buka buku gambar dinosaur, gambar hutan, dan sebagainya.
Padahal saya dah masuk sekolah menengah waktu tu. Pelik bagi orang lain.
Tapi itulah cara otak saya proses benda yang pernah ditakut-takutkan pada saya masa kecil.
Jadi ibu ayah mithali sekalian.
Mohon elakkan sakat dan takutkan anak-anak. Walaupun pada kita, senang nak disiplinkan anak. Dan lucu tengok mereka menangis.
Sedangkan, kesan jangka masa panjangnya sangat tidak sihat dari segi emosi dan psikologi anak.
Mingguan Wanita : Banyak lagi perkara yang boleh dibuat kelakar daripada menakutkan anak-anak dengan hantu atau benda-benda yang menyeramkan. Fikirkan kesannya pada anak-anak, kasihan mereka.
Kegembiraan sebuah keluarga bertukar tragedi menyayat hati apabila empat daripadanya, termasuk seorang bayi perempuan berusia setahun, maut selepas kereta yang dinaiki mereka dihempap sebuah lori treler dalam satu kemalangan ngeri.