Status WhatsApp yang dimuat naik Rohani Abdullah, 47, menunjukkan keindahan Taman Negeri Royal Belum, Perak ketika melalui kawasan itu menjadi menjadi status terakhir sebelum dia terkorban bersama suaminya dalam kemalangan semalam.
Dalam kemalangan di Kilometer 76 Jalan Raya Timur Barat, Gerik-Jeli berdekatan Hentian Rehat dan Rawat (RnR) Titiwangsa, Gerik, jam 6.45 petang, Rohani dan suaminya, Azmi Imas, 46, maut di tempat kejadian.
Manakala dua anak mereka, Nur Aina Fatiha, 18, dan Muhammad Adam Darwish, 14, cedera.
Status WhatsApp
Anak saudara Rohani, Wan Rubiah Wan Sulaiman, 40, berkata, dia ada membalas status dimuat naik arwah ibu saudaranya pada 6.15 petang semalam.
“Arwah ibu saudara memuat naik status itu ketika melalui kawasan berkenaan dan saya sempat komen bagi tahu pemandangan di sana (Taman Negara Royal Belum) cantik.
“Pada masa sama, saya sempat berpesan kepadanya supaya berhati-hati, namun panggilan diterima daripada sepupu (Muhammad Arif Haiqal, 20,) yang juga anak kepada arwah tidak lama kemudian memang mengejutkan saya.
“Arif beritahu adiknya (Nur Aina Fatiha) telefon memaklumkan mereka kemalangan dengan ibu bapanya masih berada dalam kereta, sementara mereka pula berada di luar,” katanya.
“Saya tidak tahu bagaimana keadaan mereka, tetapi Aina minta kami berdoa sambil minta kami datang ke sana segera.
“Saya cuba tenangkan Aina dan minta dia jaga adiknya sebelum dimaklumkan mereka dibawa ke Hospital Jeli, Kelantan untuk rawatan manakala ibu dan bapanya pula dibawa ke Hospital Gerik,” katanya.
Kereta Hilang Kawalan
Katanya, arwah ibu saudaranya ada berpesan kepadanya untuk membawa neneknya, Semek Abdul Rahman, 80, yang menghidap penyakit darah tinggi ke Hospital Hulu Terengganu, semalam.
“Biasanya, arwah yang akan bawa nenek (Semek) dan dia bersungguh-sungguh minta tolong kerana dia tak sempat pulang ke Terengganu.
“Saya memintanya supaya tidak risau dan minta dia sekeluarga berhati-hati,” katanya.
Jenazah yang tiba dari Hospital Gerik disembahyangkan di Masjid Felda Tersat selepas solat Isyak sebelum dikebumikan dalam satu liang lahad.
Jenazah suami isteri ini telah selamat dikebumikan. .
Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan apabila anak pasangan terbabit, ahli keluarga dan kenalan tidak dapat menahan sebak ketika pengebumian dijalankan dan selesai jam 10.30 malam, semalam.
Nahas mengorbankan pasangan suami isteri di Kilometer 76 JRTB Gerik-Jeli, berdekatan RnR Titiwangsa, Gerik berlaku selepas kenderaan mereka hilang kawalan semasa melalui selekoh.
Terbabas Ke Laluan Bertentangan
Nahas jam 6.45 petang semalam itu mengorbankan pemandu Nissan Latio, Azmi Imas, 46, dan Rohani Abdullah, 47, manakala dua anak mereka cedera.
Ads
Siasatan awal mendapati nahas dipercayai berlaku apabila Nissan Latio dinaiki pasangan itu dari arah Gerik dipercayai hilang kawalan semasa melalui selekoh lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan.
Akibat pelanggaran itu, pasangan suami isteri disahkan meninggal di tempat kejadian manakala tiga lagi mangsa dibawa ke Hospital Jeli untuk mendapatkan rawatan.
Mingguan Wanita : Semoga keluarga arwah tabah berdepan ujian berat ini apatah lagi anak-anaknya yang kehilangan kedua ibu bapa serentak. Al-Fatihah.
Pemergian adik Rayqal Mohd Sufi Naeif di rumah pengasuhnya dekat Batu Caves selasa lalu memberi impak yang besar kepada ramai pihak terutama mak-mak yang bekerja dengan agensi kerajaan.
Kesedihan dan peristiwa besar itu mendapat respons segera daripada Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh yang kemudiannya mengumumkan semua agensi kerajaan akan dilengkapi pusat penjagaan kanak-kanak berkuatkuasa 1 Januari 2019.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh
Tentunya ia memberi satu kelegaan yang besar buat mak-mak yang bekerja. Yang mana, waktunya banyak dihabiskan di pejabat mahupun tempat kerjanya.
Sebenarnya, bukan saja agensi kerajaan seharusnya perkara yang mengundang kebaikan terutama pekerja wanita ini perlu disambut baik oleh syarikat-syarikat swasta. Dan tidak memandang penyediaan taska mahupun cuti bersalin mak-mak sebagai satu beban kepada mereka.
Berkongsi pandangan mengenai kewujudan taska di premis kerja ini turut disuarakan oleh Abdul Muiez Ruslee, Guru Bimbingan dan Kaunseling, SMK Sungai Besar dan penulis buku Pantang Menyerah (Galeri Ilmu).
“Lama dahulu, saya telah menyarankan agar diwujudkan taska di premis kerajaan. Saya pernah menghantar mesej kepada timbalan menteri, juga membuat hantaran di Facebook agar kerajaan memberi peluang kepada pejabat kerajaan untuk mengendalikan taska mereka sendiri.”
4 Sebab Taska Di Tempat Kerja Akan Mudahkan Ibu Bekerja
“Beberapa tahun lalu, saya juga pernah meminta kepada pengetua agar rumah guru yang tidak diguna supaya ditukar menjadi taska.”
Atas sebab-sebab tertentu, saranan saya dipandang sepi.
Dalam konteks guru, kewujudan taska berbayar di sekolah sedikit sebanyak mampu menyelesaikan banyak perkara.
1. Antara alasan guru datang lewat ialah menghantar anak. Dengan mewujudkan taska di tempat kerja, isu lewat dapat diminimakan.
2. Bagi sekolah 1 sesi, kebiasannya pentadbir akan gunakan masa petang untuk aktiviti mesyuarat, taklimat, program latihan dalam perkhidmatan, urusan sukan dan sebagainya. Jika wujud taska di sekolah, saya yakin, guru tidak keberatan untuk pulang sedikit lewat kerana tidak perlu lagi runsing untuk mengambil anak mereka lambat.
3. Jimat. Bagi taska swasta, mereka akan mencaj bagi setiap jam tambahan. Hal ini menyebabkan guru-guru tergesa-gesa untuk pulang bagi elak dikenakan bayaran lebih. Jika menjaga hujung minggu, lain pula harganya. Ini menjadikan guru agak keberatan untuk bertugas pada hari Sabtu dan Ahad kerana tidak ada orang yang boleh menjaga anak.
4. Memudahkan guru baru lepas bersalin untuk memantau anak mereka. Bagi guru-guru yang baru masuk kerja selepas cuti bersalin, mudah bagi mereka untuk memantau anak. Apa yang lebih penting, jika ada masa terluang, mereka boleh menyusukan anak mereka secara terus tanpa mengepam dan simpan stok susu di sekolah.
Ini hanya sedikit, mungkin banyak lagi alasan yang boleh diutarakan.
“Saya berharap agar pentadbir atau pihak-pihak di PPD mahupun JPN memandang isu taska berdaftar ini sebagai satu keperluan insani kepada para guru.”
Beri kebenaran kepada PIBG untuk menguruskan taska berbayar ini. Malah pihak Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat juga boleh memainkan peranan dengan memberi latihan kepada penjaga untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.
*Saya menulis dalam konteks guru di sekolah kerana saya seorang guru. Cadangan ini iuga boleh diguna kepada jabatan kerajaan lain mengikut kesesuaian mahu pun pihak swasta.
Di tik tok lagu Sikok Bagi Duo sangat popular bahkan menjadi viral. Dapat dilihat tidak kira lelaki mahu pun perempuan akan berjoget sakan selepas mereka menjatuhkan dompet sebelum barang itu diambil dan dikembalikan oleh orang yang memegang kamera di belakangnya.
Lalu pemilik barang itu akan berkata, “oh iya jatuh, aku lagi dengarin dj Sikok Bagi Duo. Viralnya lagu ini sampaikan ianya turut menarik perhatian Ustaz Ebit Lew. Walau dirinya tidak menari beriya seperti orang lain tetapi ternyata lagu ini menjadi trending di Tik Tok.
Apa sebenarnya maksud di sebalik lagu dari Palembang, Sumatera Selatan ini yang dinyanyikan oleh Meli Dedi dan bagaimana lirik ini tercetus?
Penyanyi lagu popular ini dinyanyikan oleh Meli Dedi yang berasal dari Lubuklinggau.
Lagu ini tercetus ketika dirinya menjadi pengacara di sebuah acara pernikahan.
“Ia berlaku secara spontan di mana saya mula menari dan diikuti oleh ibu-ibu lagi. Siapa pencipta liriknya, saya tak tahu kerana lagu ini banyak dinyanyikan oleh penyanyi lain dalam majlis kenduri-kenduri sebelum ianya menjadi viral di Tik Tok dan YouTube.
Dipanggil Badan Narkotika Nasional (BNN)
Di sebalik lagu rancak ini, penyanyi ini telah dipanggil oleh Badan Narkotika Nasional (BNN) Lubuklinggau, Sumatera Selatan termasuk dirinya harus menjalani ujian air kencing. Ini kerana ada liriknya dikatakan mengajak pengguna mencuba najis dadah.
Meli akui dirinya bingung tetapi tahu ia berkaitan lirik lagu yang agak negetif. Walau hasil ujian negetif namun Meli akui suaminya turut kecewa dipanggil pihak berkuasa.
Penjelasan dari pihak Meli berkaitan isu dadah berikutan lirik lagu Sikok Bagi Duo ini
Apa makna di sebalik lagu ini dalam Bahasa Indonesia? Penulis mencuba liriknya berdasarkan Google translate dalam bahasa Melayu perkataan yang susah kita fahami dan inilah hasilnya.
Sikok bagi duo
Sikok bagi duo
Idak naik jugo tekan galo-galo
Idak pecayo rasokelah
Idak pecayo rasokelah
Idak pecayo rasokelah
Sikok bagi duo
Sikok bagi duo
Sikok bagi duo
Sikok bagi duo
Kito goyang samo-samo
Digoyang lagi disini
Tembak pocok
Tembak pocok bawah basah
Tembak pocok bawah basah
Tembak pocok basah galo
Tembak pocok bawah basah
Tembak pocok basah galo
Jangan ditahan BB mahal
Jangan ditahan BB mahal
Jangan ditahan BB mahal
Kecapi Makanan Kero
Belum mati belum jero
Kecapi Makanan Kero
Belum mati belum jero
Lirik dalam bahasa Indonesia dan sedikit dalam bahasa Melayu
Satu bagi dua
Satu bagi dua
Satu bagi dua
Satu bagi dua
Tidak naik juga kita teken sama-sama (Ia tidak naik, kita menandatanganinya bersama)
Satu bagi dua
Satu bagi dua
Tidak naik juga kita teken sama-sama
Satu bagi dua
Satu bagi dua
Tidak naik juga kita teken sama-sama
Gak percaya rasain aja (tak percaya cuba saja)
Gak percaya rasain aja
Gak percaya rasain aja
Satu bagi dua
Satu bagi dua
Satu bagi dua
Satu bagi dua
Kita goyang sama-sama
Kita goyang lagi disini
Tembak di atas
Tembak di atas bawah basah
Tembak di atas bawah basah
Tembak di atas kena semua
Tembak di atas dibawah basah
Tembak di atas kena semua
Kecapi makanan kera
Belum mati belum jera (belum mati lagi terhalang)
Walau dikatakan liriknya agak negatif, secara bahasa, jika satu dibahagi dua tak boleh, maka boleh diusahakan bersama-sama. Dan jika ingin memperayai sesuatu, sebaiknya dicuba.
Moralnya, hiburan mungkin menyeronokkan bagi sesetengah orang walau liriknya tidak kita fahami betul-betul. Moga Allah pelihara diri kita dan seluruh keturunan kita dari perkara-perkata lagha.
Semalam anak tiri kepada penyanyi nombor satu Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid berkongsi satu tulisan yang positif di laman Instagram miliknya selepas keretanya dilanggar lari.
Baginya, ujian itu satu peringatan dari Allah buatnya untuk baiki ibadahnya.
Kenapa bila kita di landa musibah, orang kata rezeki akan masuk?
Baru-baru ni, saya dilanda musibah, kereta kesayangan saya dilanggar lori dan lori tersebut lari tanpa kami sempat ambil plate number. Bila saya post gambar di story saya, ramai yang cakap, inshaallah ada rezeki akan masuk. Betul ke?
Bagi saya, ianya bergangung pada bagaimana kita ambil musibah tersebut dan interepetasi kita terhadap situasi tersebut.
Bila saya di uji, benda pertama yang saya akan fikir, automatic dalam fikiran saya, ujian ni datang dari Allah, dan mungkin saya kurang ingat pada Allah atau infak ke jalan Allah atau mungkin saya tak jaga waktu solat saya.
“Bila kita ambil ujian Allah ini sebagai satu peringatan, kita akan kembali ke jalan yang lurus, dan bila kita di Jalan yang lurus, inshallah Allah akan redho dengan perbuatan kita dan dari situlah datangnya rezeki yang lebih besar tersebut.”
“Sebaliknya, kepada yang melihat masalah itu sebagai satu ‘bad luck’ mereka akan terus lagi dapat ‘bad luck’ kerana mereka tidak ambil musibah tersebut sebagai peringatan dari Allah dan terus lupa pada Allah dan perintah-Nya.”
Ustaz saya selalu mengingatkan kami, kalau kita punyai masalah dengan sesiapa pun, itu adalah ujian dari Allah. Pulihkan hubungan dengan Allah, dan hubungan kita sesama manusia akan jaga oleh Allah.
Saya bukan lah seorang ustaz atau seorang ‘scholar’. Sekadar berkongsi buah fikiran untuk di fikirkan bersama. Have a good day ahead everyone!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Inkues Zara Qairina bermula 3 September 2025, seramai 195 saksi dirakam percakapan. Mahkamah Koroner Kota Kinabalu menetapkan prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian pelajar...