Semakin Berusia,Kesuburan Wanita Menurun.Kena Cepat Jika Mahu Tambah Anak!
Gambar sekadar hiasan

Tanya diri sendiri dan pasangan, berapa orang anak yang dimahukan dalam hidup ini. Sebab perlu diingat, kesuburan wanita akan menurun apabila usia bertambah!

Ikuti perkongsian Dr Salleha Khalid, Pakar Fertiliti dan Sakit Puan ini.

Pernah atau tidak kita bertanya pada diri sendiri berapa orang anak yang diimpikan? Seorang, dua atau empat orang? Atau mungkin persoalan ini tidak pernah terlintas di dalam fikiran. Malah ianya mungkin soalan yang tidak relevan dan tidak diberi perhatian.

Rata-rata kebanyakan lelaki dan wanita mempunyai tanggapan atau harapan akan berumah tangga pada satu ketika akan datang dan memiliki cahaya mata. Ada yang mungkin akan impikan keluarga yang besar iaitu memiliki anak yang ramai.

Mungkin ada yang menyatakan dalam hati kecilnya mungkin beberapa orang anak. Namun tidak pasti berapa kerana ini semua rezeki masing-masing.

Sekiranya inilah yang berlaku atau mungkin ini merupakan kali pertama anda memikirkan isu berapa orang anak, anda tidak perlu risau.

Kebanyakan kajian yang dijalankan ke atas lelaki dan wanita dewasa menunjukkan bahawa ramai yang tidak pasti bilakah mereka akan berumah tangga dan berapa ramai anak yang mereka impikan.

Semakin Berusia,Kesuburan Wanita Menurun,Kena Cepat Jika Mahu Tambah Anak!
Dr Salleha Khalid

Mula Menurun Di Awal Usia 30-an

Percaya atau tidak jika dinyatakan bahawa terdapat satu kajian yang menarik melihat kepada jumlah berapa orang anak, peratusan berjaya mengandung serta umur yang digalakkan mulakan keluarga bergantung kepada bilangan anak yang diinginkan.

Seperti yang diketahui, kadar kesuburan terutamanya bagi golongan wanita menurun dengan usia. Ianya mula menurun di awal usia 30-an. Penurunan yang ketara pada usia 35 tahun dan seterusnya pada usia 40 tahun.

Kebarangkalian untuk berjaya hamil secara semulajadi bagi wanita sebelum usia 30 tahun adalah setinggi 20%. Namun kebarangkalian ini menurun mendadak bagi mereka yang berusia 40 tahun, iaitu sebanyak 5%.

Ramai yang bertanya bilakah patutnya seseorang itu mula cuba mengandung. Apakah peratusan kejayaan untuk mendapat anak pada usia tertentu? Berapa bilangan anak yang diidamkan dan bilakah sepatutnya seseorang itu mula mencuba?

Umur Berapa Wanita Patut Berusaha Mengandung?

Jika dilihat pada kajian yang dilakukan, terdapat satu hasil kajian yang melihat kepada peratus kejayaan mengandung, bilangan anak yang diidamkan dan berapakah umur seseorang wanita patut mula berusaha mengandung.

Kajian ini dijalankan oleh Habbema dan juga pasukan penyilidiknya pada tahun 2015. Di dalam kajiannya yang bertajuk Realizing a desired family size: when should couples start? yang diterbitkan di dalam jurnal kesuburan iaitu Human Reproduction.

Ianya menunjukkan bilakah wanita perlu mencuba bagi mendapatkan 50, 75 dan 90 peratus kejayaan bagi memiliki seorang, dua orang dan tiga orang anak sama ada apabila cuba hamil dengan cara semulajadi dan apabila menggunakan rawatan kesuburan dengan kaedah IVF (In-Vitro Fertilization).

Sebagai contoh, untuk mendapat peratus kejayaan 90% berjaya hamil bagi yang ingin memiliki 3 orang anak, seseorang wanita itu digalakkan untuk mencuba sejak usianya 23 tahun atau ketika usianya 31 tahun bagi peratus kejayaan 75% berjaya hamil dan pada usianya 35 tahun bagi peratus kejayaan 50% tanpa menggunakan teknik rawatan IVF.

Bagi yang memerlukan rawatan IVF dan inginkan 3 orang anak, maka usia semuda 28 tahun perlu memulakan rawatan IVF bagi mendapatkan peratusan berjaya sebanyak 90%, atau pada usia 33 tahun dengan peratusan 75% atau pada usia 36 tahun dengan kadar 50% berjaya bagi mendapatkan 3 orang cahaya mata.

Semakin Berusia,Kesuburan Wanita Menurun,Kena Cepat Jika Mahu Tambah Anak!

IKLAN

Purata Bilangan Bayi Yang Dilahirkan Tidak Mencukupi

Jika dilihat pada hasil daripada kajian, ianya memberi saranan, bagi pasangan yang ingin memiliki lebih bilangan anak sebagai contoh tiga orang anak, umur seawal 23 sudah dinasihatkan untuk memulakan keluarga.

Namun, pada umur 23 tahun rata-rata wanita baru menamatkan pengajian di menara gading atau baru memulakan kerjayanya di sektor awam mahupun swasta.

Agenda memulakan keluarga atau menimang cahaya mata tidak berada antara yang tertinggi dalam senarai perkara yang perlu dilakukan bagi mereka yang berusia 23 tahun.

Jika dilihat pada perangkaan penduduk di Malaysia pada tahun 2019, umur penegah bagi wanita berumah tangga adalah pada usia 26 tahun dan lelaki pada usia 28 tahun. Manakala purata usia ibu pada kelahiran pertama adalah pada usia 27.8 tahun.

Manakala kadar kesuburan adalah pada 1.8 bayi (iaitu 1 atau 2 bayi) bagi setiap wanita dalam tempoh reproduktifnya.

Dalam erti kata lainnya, purata bilangan bayi yang dilahirkan oleh seorang wanita sepanjang tempoh kesuburannya tidak mencukupi untuk menggantikan dirinya dan pasangannya

Bergantung Pada Setiap Pasangan Bila Mahu Mencuba

Dijangkakan kadar kesuburan dan pertumbuhan masyarakat akan terus menurun pada masa akan datang. Maka kita perlu melihat semula perkara ini dengan lebih serius lagi.

Ini termasuklah penstrukturan masyarakat, nilai-nilai yang perlu diserapkan serta tanggapan masyarakat yang rata-rata berfikir bahawa teknik rawatan kesuburan yang serba canggih adalah sentiasa ada dan boleh menjaminkan kejayaan yang tinggi.

Oleh itu untuk menjawab soalan di atas, bilakah pasangan sepatutnya mula mencuba untuk mendapatkan cahaya mata, ianya bergantung pada setiap pasangan dan juga bilangan anak yang diidamkan.

Namun begitu setiap pasangan suami isteri perlu mengetahui bahawa tahap kesuburan akan merosot dengan usia. Umur dan kesuburan lebih terkesan bagi golongan wanita. Kerjaya, ijazah, wang dan harta boleh dicapai bila-bila masa dan tiada hadnya dengan usia. Namun kesuburan mampunyai had usia yang terbatas.

IKLAN

Usia yang berlalu tidak dapat diperolehi semula selepas ianya berlalu. Maka merancang dan bertindaklah dengan bijak. Jangan tunggu lama- lama. Mulakanlah keluarga anda pada usia muda.

Artikel ini ditulis oleh Dr Salleha Khalid. Beliau merupakan Pakar Fertiliti Dan Sakit Puan di Pusat Kesuburan Sophea. Pada masa yang sama turut menulis berkenaan isu kesuburan di www.kernamu.com

Baca ini juga:

Nak Anak, Suami Isteri Kena Komited, Sama-Sama Buat Ujian Saringan Kesuburan!

“Miss V” Tidak Terjaga Boleh Sebabkan Radang Pelvis,Jejaskan Kesuburan Wanita

Isteri Tomok Amal Makan Asid Folik, Usia 40-an Rezeki Dapat Khadijah

APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.

Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?

IKLAN

Teringin ikut jejak mereka?

Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!

Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.

Daftar sekarang di
https://toko.ideaktiv.com/…/webinar-eksklusif-ceo…/

atau scan QR Code pada posterSemakin Berusia,Kesuburan Wanita Menurun,Kena Cepat Jika Mahu Tambah Anak!

 

Atau sertai grup telegram WEBINAR EKSKLUSIF CEO BISNES : https://t.me/bangkitwanitaMW

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI