Sekeluarga disahkan positif Covid-19, kesemua jalani kuaranti kendiri di rumah, hanya isteri sahaja kritikal hingga akhir hayatnya. “Saya perlu kuat demi anak, jika saya tumbang anak-anak ikut tumbang.”

Setelah Shuib kehilangan Siti Sarah Raissudin, seorang lagi selebriti iaitu Badrol Shah juga berdepan dengan ujian berat ini. Dia juga kehilangan isteri tersayang akibat virus Covid-19.

Menurut pelakon kerdil, Badrol Shah, memberitahu isterinya, Farah Sheila Mazlan, 37, telah kembali ke rahmatullah, pada petang selasa selepas lapan hari arwah isterinya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur akibat virus berkenaan.

Isteri Sudah Tiada

“Isteri saya, Farah Shila sudah tiada. Allah lebih sayang kamu. Masuklah kamu ke dalam syurga bersama anak kita,” tulisnya ringkas di Facebook.

Dalam pada itu, beberapa kenalannya serta rakan selebriti turut mengucapkan takziah kepadanya dan berharap dia tabah dalam menghadapi dugaan berkenaan.

Nafi Isteri Hamil

Walau bagaimanapun Badrol menafikan isterinya sedang hamil ketika meninggal dunia seperti yang telah tersebar di media sosial.

Menurut doktor, arwah isterinya telah dijangkiti vitus Covid-19 varian Delta pada 20 Julai lalu dan sejak itu isterinya ditempatkan di CAC Titiwangsa sebelum keadaanya menjadi lebih teruk sehingga terpaksa di bawa ke ICU HKL.

“Sekarang saya hanya tunggu panggilan doktor bila jenazah isteri akan dilepaskan dan dikebumikan sebab memang ramai pesakit Covid-19 meninggal dunia setiap hari.
“Saya juga nak betulkan info yang tersebar di media sosial, isteri saya tidak mengandung ketika meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi.

Dijangkiti Ketika Keluar Rumah

Allahyarham isteri Badrol merupakan seorang guru agama di Sekolah Rendah Agama Lembah Keramat, Kuala Lumpur yang telah dijangkiti Covid-19 ketika berada di sekitar kawasan rumah mereka iaitu di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Setapak.

“Arwah isteri dijangkiti virus masa keluar rumah nak sampaikan wang khairat kematian kepada penduduk perumahan dan lepas itu kami satu keluarga disahkan positif.

“Saya dan anak-anak jalani kuarantin kendiri di rumah sehingga gelang dipotong pada 1 Ogos lalu.

IKLAN

“Cuma keadaan isteri sahaja yang kritikal sehingga akhirnya dia menghembuskan nafas terakhir,” ujarnya lagi.

Sekeluarga Positif, Isteri Saja Kritikal Hingga Akhir Hayatnya. “Saya Perlu Kuat Demi Anak.”Baca Juga Di Sini:

“Shuib Datang Berjumpa Melutut Di Depan Saya, Katanya, Siti Sarah Dah Tak Ada” Raisuddin

‘Bergembiralah Di Syurga Bidadariku Siti Sarah’ Rezeki Solat Ghaib Di Makkah

Mulianya Cara Pemergian Almarhumah Siti Sarah, Amalan Bersedekah, Subuh, Dhuha & Surah Al-Waqiah

Kematian Isteri KEHILANGAN Paling Perit Buat Suami, Bukan Mudah Padamkan MEMORI Hidup Bersama

IKLAN

‘The Other Half’, TIADA LAGI Isteri Yang Sentiasa Ada Saat Jatuh, Bangun Bersama

Dikurniakan Seorang Cahaya Mata

Badrol berkahwin dengan allahyarham pada 2017 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Da’aiyatul Insyirah yang kini berusia dua tahun.
Sebelum itu, pasangan ini juga pernah kehilangan anak sulung mereka yang keguguran ketika kandungan isteri memasuki bulan kelima pada tahun 2018.

Tiga anak perempuan hasil perkahwinan pertama allahyarham kini turut dijaga Badrol iaitu Putri Farah Nordina Dania, 12, Putri Farah Nordian Zawana, 11, dan Putri Farah Norhaziqah, 7.

Kini Arwah Bersatu Dengan Anak Sulung

“Dalam perkongsian Facebook, saya titipkan kata-kata yang arwah isteri kini dapat kembali bersatu dengan anak sulung kami yang meninggal dunia selepas isteri keguguran pada tiga tahun lalu.

“Sekarang saya perlu kuat demi anak-anak, kalau saya tumbang, pasti anak-anak pun ikut tumbang.

“Sekarang tidak boleh berlakon, saya buat kerja sebagai pemandu Grab, dapat RM20 hingga RM30 sehari pun saya sudah bersyukur asalkan dapat beli susu untuk anak,” katanya.

IKLAN

Badrol sebelum ini pernah muncul dalam filem Busat Bonang, Senario Pemburu Emas Yamashita serta drama bersiri One Two Hantu.

Mingguan Wanita : Salam takziah buat Badrol sekeluarga, semoga mereka terus kuat menghadapi ujian berat ini. Al-Fatihah.

Sumber : mStar Online / Facebook Badrol Shah

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI