
Isi Kandungan
ToggleRupanya perap ikan bilis dengan cuka makan seketika adalah petua bagi jadikan ia lebih garing dan kerangupannya bertahan lebih lama.Bukan apa, walaupun hanya sekadar goreng ikan bilis, jika tak kena cara ia akan jadi liat, lembik dan tak rangup seperti yang diinginkan. Bagi mak-mak yang suka goreng ikan bilis boleh cuba petua yang dikongsikan oleh Nur Hazwanie Ishak ini.
“Ikan bilis yang digoreng garing memang sedap dimakan dengan pelbagai cara. Boleh dimakan bersama nasi lemak, bubur nasi dan juga boleh dijadikan rencah dalam nasi goreng. Tapi tahukah cara untuk mendapatkan ikan bilis goreng yang sedap dan kerangupannya tahan lama? Jom cuba petua ini.”
Bahan-Bahan:
Ikan bilis
Cuka makan
Cara-Caranya:
1. Bersihkan ikan bilis dan masukkan ke dalam bekas.
2. Masukkan cuka dan gaulkan rata bersama ikan bilis.
3. Perap selama 5 minit.
4. Goreng ikan bilis seperti biasa.
Insya-Allah ikan bilis akan lebih garing dan kerangupannya mampu bertahan lama.
Tips Elakkan Minyak Agar Tidak Terpercik Ketika Menggoreng
- Masukkan sedikit garam ke dalam minyak yang telah dipanaskan. Kemudian teruskan menggoreng.

2.Masukkan sekeping asam gelugur ke dalam minyak. biarkan sekejap. Keluarkan asam gelugur ketika hendak menggoreng.
Selamat Mencuba!
Sumber:Nur Hazwanie Ishak
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Elak Jadi Mangsa Kepala Air, Kena Tahu 5 Tanda Awal Sebelum Kejadian

Isi Kandungan
TogglePertengahan Februari lalu, sekumpulan pemancing tak sedar kehadiran kepala air dan menjadi mangsa lemas kepala air di Sungai Gasi, Sungai Buloh. Kejadian membabitkan kepala air ini bukan yang pertama di negara ini.
Kalau layari Internet memang ramai dah jadi mangsa. Malah ada beberapa tempat yang dilarang jejak kerana kejadian-kejadian kepala air yang membimbangkan boleh terjadi di situ.
Seperti yang dilaporkan Berita Harian Oktober tahun lalu, antara lokasi berbahaya termasuklah Lubuk Semilang, Kedah. Temurung, Telaga Tujuh dan Durian Perangin, Langkawi. Titi Hayun dan Batu Hampar di Yan, Kedah.
Bukit Wang, Jitra, Sungai Kilim, Sungai Sedim dan Lata Junjung Kulim, Tupah di Bedong, Batu Pahat di merbok dan Puncak Janing di Padang Terap.
Menerusi perkongsian pemancing sungai pergunungan, Iznan Saad, 41 yang aktif dengan aktiviti masuk hutan, meredah belantara dan perkhemahan sejak 5 tahun yang lalu, ada cara sebenarnya nak elak jadi mangsa Kepala Air.
“Saya biasa main trecking di kawasan sungai pergunungan. Hiking ni hobi sampingan. Ada dua ke tiga kali berdepan situasi kepala air. Alhamdulillah kami dah ambil langkah berjaga-jaga. Buat tapak kehmah jauh dari tebing sungai. Dan perhatikan juga keadaan paras air.”
Beliau berpengalaman dan menawarkan perkhidmatan profesional untuk perkhemahan, trekking dan memancing di hutan hujan Royal Belum.
Antara lokasi yang melibatkan aktiviti melintas sungai dan berkhemah di tepi sungai yang pernah dijelajahinya adalah Kuala Koh, Kelantan dan Royal Belum Grik Perak.
Kepala air atau sumber sungai ini berpunca dari aliran air dalam kuantiti yang besar. Ia mengalir dari hulu sungai atau air terjun ke sungai utama.
Lazimnya, ia berpunca daripada hujan lebat yang berlaku di hulu sungai.
Sebab itulah, menurut Iznan, baik pemancing atau anda yang mahu berkhemah di tepian sungai kena tahu tanda-tanda awal berlakunya KEPALA AIR.
“Saya share sedikit info yang mungkin sedikit sebanyak membantu kita untuk mengenal tanda-tanda awal sebelum kejadian kepala air terutamanya di kawasan air terjun.”
5 Tanda-Tanda Awal Kejadian Kepala Air
1. Tengok Keadaan Langit Du Hulu Sungai
Keadaan langit gelap di bahagian hulu sungai (kawasan puncak bukit) disertai dengan bunyi guruh yang kuat.

2. Bunyi Dentuman Gerakan Batu Dari Hulu Sungai
Bunyi dentuman gerakan batu-batan atau air dari hulu sungai. Air sungai berbuih dan meningkat secara tiba-tiba (kelodak, daun reput atau ranting kayu muncul dengan banyak di permukaan air).
3. Bunyi Siren Amaran
Siren amaran berbunyi (di sesetengah tempat sahaja, seperti di kawasan Air Terjun Sekayu dan Kota Tinggi.
4. Perubahan Arus Sungai
Perubahan arus sungai dan keadaan air sungai itu kena perhatikan juga. Kalau ada tanda-tanda gelap di kawasan hulu.
Tanda gelap itu macam nak hujan. Contohnya kita dekat Bangsar, tapi langit dekat Puchong dah gelap. Takut dekat Puchong dah hujan bangsasr tak lagi, cerah elok (ini analogi mudahnya)
5. Prihatin Dengan Perubahan Cuaca
Keperihatinan terhadap perubahan cuaca ketika seronok bermain air, juga perlu kita tahu. Walaupun di tempat kita mandi tak hujan tapi di hulu sungai dah gelap dengan bunyi guruh berdentum itu pun kita perlu tahu.
Kerana bila terjadinya kepala air ini kita hanya ada lebih kurang 10 – 15 minit saja nak menyelamatkan diri itu pun bergantung kepada saiz sungai. Bahaya aliran air ini apabila hujan sangat besar dan deras dan boleh membawa segala macam kelodak, batu dan kayu balak.
Selain itu, ia akan merempuh apa sahaja halangan di hadapannya. Oleh itu pengetahuan tentang fenomena ini sedikit sebanyak mungkin dapat mengurangkan kemalangan dan kematian akibat daripada kepala air ini.
Beringat sebelum terkena.
Sumber/Foto : Iznan Saad
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Ustazah, Doakan Saya Jadi Orang Baik..’ Mohon Fathia Latiff Dalam Sebak Tangis

Isi Kandungan
ToggleBila mana pelakon Fathia Latiff memilih untuk kembali bertudung sebelum Ramadan lalu, dia sudah bersedia untuk terima segala kemungkinan. Malah, keputusannya kali itu, benar-benar disertai dengan azam yang kuat untuk kekal bertudung.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga memberi ruang untuknya lebih dekat dengan keluara. Bergaul sentiasa, bersolat terawih bersama, sedikit sebanyak membuka pintu hidayah untuknya.
Kongsi pendakwah terkenal Ustazah Asma Harun, beliau cukup terharu apabila galerinya dikunjungi pelakon manis ini yang mahu mendengar ceramahnya. Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff sanggup menunggu lama untuk bertemunya. Malah, dalam pertemuan itu ada air mata gugur kerana keterujaan yang mendalam.
Sejam Lebih Fathia Dan Kawan-kawan Tunggu Nak Jumpa Ustazah
“SubhanAllah, fathiya ke ni.. ustazah dah perasan tadi, macam pernah tengok.. maaf sangat dik lama menunggu, terima kasih sudi hadir ceramah dan datang galeri ya.”
Sejam lebih fathiya dan kawan-kawannya sabar menanti saya selesaikan beberapa urusan usai ceramah.
“Ustazah, doakan saya ya, jadi orang baik, terima kasih banyak-banyak atas ilmu ustazah, rasa teruja sangat dan tak sangka dapat jumpa ustazah.. Rasa nak peluk-peluk je“, tak semena-mena kami sama-sama mengalirkan air mata.
“Fathiya, ustazah doakan kamu istiqamah, terus kuat dan tabah, menjadi wanita yang solehah, berjaya dalam perniagaan dan apa jua yang kamu buat.. Juga dikurniakan suami yang soleh..”
“Ustazah sayang kamu dik, jaga diri baik-baik, kamu ni baik dan cantik, terima kasih ya datang daripada jauh, terima kasih sudi tunggu walau lama, rezeki ustazah dapat jumpa fathiya..”
Saya Jumpa Dan Raikan Semua Orang – Ustazah Asma
Kami teruskan perbualan sambil saya menuliskan autograf, fathiya ada hadiahkan tudung daripada jenamanya. Semoga lebih ramai wanita menutup aurat dengan baik.

SubhanAllah, saya sangat mengalu-alukan kehadiran rakan artis sekalian, saya nak berkawan dan berkenalan, siapapun anda, bagaimanapun penampilan anda, janganlah segan dan malu dengan saya.. Saya baik je, nampak je macam tegas garang, tapi ok je sebenarnya.. done claim .
Jemputlah datang ke galeri kami di Senawang, Negeri Sembilan, insyaAllah pejabat saya ada di bahagian atas, ada rezeki dapatlah kita jumpa. Boleh kita saling tolong menolong di dunia, lagi-lagi kita nak tolong menolong di Akhirat sana.
Kalau bukan artis ustazah nak jumpa ke?, subhanAllah.. Saya jumpa dan raikan semua orang, sedaya upaya saya cuba. Cuma mungkin kadang-kadang masa tak mengizinkan. Ada rezeki saya suka bina ukhuwah.
Sumber/Foto : Asma’ Harun
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rider Meninggal Nahas Pesawat Terhempas Dikenali Sebagai Apit, Sempat Sebut Allahuakbar Ketika Terbakar

Isi Kandungan
ToggleRider meninggal nahas pesawat dikenali sebagai Apit, sempat sebut Allahuakbar ketika terbakar. Rider food panda yang terlibat dalam tragedi nahas pesawat yang terhempas di Elmina, Seksyen U16 petang tadi yang mengorbankan seramai 10 orang mangsa dikenali sebagai Apit atau nama sebenarnya Muhamad Hafiz Muhamad Salleh, 32 tahun.
Di sebalik lapan mayat sudah dikenal pasti pada petang kejadian kerana berada dalam pesawat ringan itu, identiti dua lagi mangsa iaitu pemandu p-hailing dan pemandu kereta hanya dapat disahkan sebelah malam.
Rider Meninggal Nahas Pesawat Terhempas Dikenali Sebagai Apit
Sempat Sebut Allahuakbar Ketika Terbakar
Berasal dari Sungai Petani, Kedah, arwah yang masih bujang dikatakan bakal pulang ke kampung dua hari lagi iaitu pada 20hb ini bagi menghadiri majlis perkahwinan saudara kandung perempuannya yang bakal berlansung 26 Ogos akan datang (bukan dirinya sebagaimana yang tular di media sosial sebelum ini). Namun sudah tertulis takdir buatnya apabila terlibat dalam nahas pesawat ini ketika keluar mencari rezeki petang semalam.
Dalam pada itu, kakak sepupu kepada arwah yang dikenali sebagai Nurul Nazihah di facebooknya berkongsi, rider yang terlibat nahas itu adalah adik sepupunya yang dikenali sebagai Apit.
Allahuakbar. Patut la dok sedih sangat-sangat, simpati dengan rider yang terbakar excident dgn Pesawat dekat Elmina petang ni. Rupanya adik sepupu sendiri weyh..Allahh Allah. Awat laa kena dekat orang yang kukenal ni..
Ku tak kuat nak hadap benda ni. Polis baru dapat detect Apit mangsa yang terlibat.
Zie mohon ampa tolong doakan Allah ampunkan dosa2Nya, di tempatkan dalam golongan orang beriman & diberi kekuatan untuk keluarga kami. Al-Fatihah untuk Apit. Orang baik Allah sayangkan. Ampa tolong doa Allah kurniakan syurga buat-Nya.
Dalam pada itu, memetik laporan Berita Harian, adik kepada arwah meminta pertolongan dari rakan p-hailing yang mengenali abangnya untuk pergi ke hospital bagi membuat pengecaman mayat sementelah mereka baru bertolak dari Sungai Petani.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Take Off & Landing, Juruterbang Hanya Ada MASA 4 MINIT Kendali Pesawat. Selamat Atau Terhempas
Sriwijaya Air Terhempas Selepas 4 Minit Berlepas, Serpihan Tubuh, Bangkai Pesawat Dijumpai Di Laut
Mengenang Tragedi 15 September, Terhempasnya Pesawat Fokker 50 MAS Di Tawau
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

“Kalau ditakdirkan, biar saya pergi dulu..” kata Zarina Zainuddin. Kasih ibu yang tidak pernah ada hujungnya.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI