Roti boleh dijadikan pelbagai juadah. Selalunya roti digunakan untuk membuat roti telur goreng, roti sardin atau roti sandwic. Hmm..bosan juga kalau yang sama je kan? Apa kata anda cuba pulak resipi ini, untuk kelainan. Tapi insya-Allah rasanya konfim sedap!
Anak-anak pun ada dah mula bersekolah. Boleh jadikan roti goreng ini sebagai bekal anak ke sekolah dan anak tak perlu ke kantin sekolah waktu rehat. Bukan anak-anak saja, mak ayah pun boleh bawa bekal ke tempat kerja. Selamat dah bajet untuk minum pagi kan?
Ha..apa lagi. Jom cuba resipi ini.
ROTI GORENG BERINTI
Bahan-Bahan Kulit:
Roti Telur Breadcrumbs / serbuk roti
Minyak masak – untuk menggoreng
Bahan Inti:
4-5 biji bawang merah 2 ulas bawang putih 4-5 ketul ayam dicencang halus (blender pun boleh) 1bungkus sayur campur Sedikit sos tiram Sos cili cap arnab (jenama lain pun boleh) Serbuk lada putih dan hitam
Ads
Cara Membuat:
Mula-mula, tumis bawang merah dan putih ssehingga naik bau, masukkan ayam cencang dan biar sekejap. Kemudian apabila nampak daging ayam dah bertukar warna menjadi putih, masukkan sayur campur, masak lagi sehingga air kering.
Setelah itu barulah masukkan bahan perasa seperti lada hitam, lada putih, sos cili. Masukkan lebih sedikit dan sos tiram dalam dua sudu sahaja. Masak sampai inti itu tidak berair. Boleh ditambah garam dan gula jika perlu, saya dah tak tambah sebab cukup rasa. Inti siap. Ketepikan.
Untuk membuat roti goreng berinti; ambil sekeping roti. Letak sedikit inti di bahagian tengahnya. Lapis dengan satu keping lagi roti. Kemudian bentukkan bulat (rujuk gambar). Boleh guna permukaan cawan, mangkuk kecil dan sebagainya. Ulangi langkah hingga selesai.
Dalam satu mangkuk, sediakan serbuk roti. Dalam satu mangkuk lain, pecahkan telur dan pukul sedikit. Ambil roti yang telah dibentukkan bulat tadi, celup ke dalam larutan telur dan kemudian masukkan ke dalam bread crumb (lihat gambar di atas).
Dalam masa yang sama, panaskan minyak dan goreng secara deep fried roti tadi. Balik-balikkan dan gunakan api sederhana agar tak rentung.
Angkat dan toskan. Siap untuk dinikmati! Sedapnya!!
Tip Tambahan: Untuk elakkan roti berminyak ketika digoreng, pastikan minyak betul-betul panas dan goreng sekejap sahaja. Jangan biar terlalu lama. Bila dah nampak garing terus angkat sebab semua bahan inti dah cukup masak. SELAMAT MENCUBA!
Setiap kali hari raya, cornflakes madu menjadi salah satu hidangan kuih raya yang mesti ada atas meja. Mungkin ia juga jadi pilihan utama setelah banyak kali makan biskut raya yang ‘berat-berat’.
Bolehlah hilangkan rasa muak dan cornflakes madu yang ranggup ini boleh jadi penyelamat untuk mulut terus menerima juadah ini. Buat kita ralit makan.
Caranya pun memang sangat mudah dan senang. Boleh dikatakan kena buat minggu-minggu akhir, bimbang bila buat awal takut tak sempat raya dah habis.
Perkongsian daripada Muhammad Ali, conflakes madu resipi dari maknya. Sangat mudah dan senang. Pastikan kena bakar 10 minit atau lebih supaya conflakes tu melekat dan taklah terburai bila makan nanti.
Bahan-bahan: ( 1 adunan dapat dalam 100+ mini paper cups)
3/4 cawan madu
3/4 cawan planta (nak pakai butter pun boleh)
2 sudu makan gula
300 gram cornflakes (dihancurkan sedikit)
-1 cawan kacang tanah yang DIBAKAR
1 cawan bijan
.
.
Cara Membuatnya:
1. Cairkan 3/4 cawan planta dengan menggunakan api perlahan.
3. Selepas itu, masukkan 2 sudu makan gula. Biarkan mendidih dalam 10-15 saat. Tutup api. Jangan lama sangat bagi mendidih nanti ia akan rasa pahit
.
4. Biarkan suam dalam 15-20 minit, baru tuang ke atas cornflakes.
.
5. Bakar pada suhu 180 darjah selsius selama 10 minit. Ataupun ikut suhu oven masing-masing
.
.
.
.
Info:
Tujuan bakar ni sebab nak pastikan bijan masak kacang dan conflakes melekat dan tak mudah terburai.
Jika bakar 10 minit tapi masih lagi terburai, tambah selama lebih kurang 10 minit lagi.
Mingguan Wanita : Kalau nak sedap lagi, boleh letak campuran ceri. Tapi kalau yang macam ni pun dah sedap sangat ni.
Memang senang rupanya nak buat kek coklat 4 sudu yang kian viral ini. Kukus dalam 20 minit sahaja dah boleh hasilkan kek yang gebu. Bukan apa, ada masa memang tekak teringin nak makan kek coklat, tapi nak buat sebiji kek besar sayang takut tak habis atau tak jadi. Jadi sebagai alternatifnya mak-mak bolehlah cuba resipi dengan sukatan adunan yang kecil ini. Rasanya sedap, nak makan pun senang, sekali ngap je!
Berikut perkongsian resipi Kek Coklat 4 Sudu oleh Puteri Shahidah yang dikongsikan didalam grup Masak Apa Hari Ni (MAHN):
“Terima kasih kepada yang kongsi resepi Kek 4 sudu ni.Memang power, gebu gebass.Rasa pun elok je.Kalau nak lagi sedap boleh gabungkan dengan topping coklat diatasnya. Topping tu saya main agak je bahan-bahannya, Tapi Alhamdulillah rasa ngam dengan kek.”
Bahan-Bahan:
1 biji telur
4 sudu gula
4 sudu tepung gandum
½ sudu teh baking powder
½ sudu teh soda bikarbonat
2 sudu makan serbuk koko
4 sudu makan minyak masak
Cara Membuat:
1. Pukul telur dan gula sampai kembang.(guna garfu sahaja)
2. Satukan tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat).
3.Campurkan adunan tepung tersebut ke dalam adunan telur dan gula yang telah dipukul kembang tadi.
4.Kemudian, masukkan pula minyak masak dan kacau sebati.
5.Kukus dalam 20 minit, siap!
Topping
4 sudu serbuk koko
50ml air @ susu cair
250 susu pekat(Ikut rasa manis masing-masing)
3 sudu Minyak masak
2 sudu besar Tepung jagung (nk bg pekat sedikit)
Cara Membuat:
1.Campurkan semua dalam periuk, kemudian masak atas api perlahan sehingga berkilat.
2.Biarkan sejuk sedikit, tapiskan jika ada sisa ketulan. Siap!
3.Bolehlah curahkan diatas kek coklat tadi.
Resipi biskut telur, menu kudap-kudap sedap makan panas-panas. Sememangnya biskut kering menjadi pilihan kudapan yang cukup popular dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.
Enak dinikmati bila-bila masa sama ada untuk sarapan pagi, minum petang dan minum malam, biskut kering sering dihidangkan bersama kopi dan teh ‘O’ panas. Pendek kata biskut kering sangat sesuai dijadikan makanan untuk mengalas perut sebelum waktu makan utama.
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Adizul Semerbak berkongsi menu biskut telur. Mungkin ramai tidak menyangka biskut kering yang biasa dicicah bersama kopi dan teh ini boleh dijadikan satu menu yang cukup unik.
Menurut AdiZul, hidangan tersebut enak dinikmati begitu sahaja tanpa perlu dimakan bersama nasi atau roti. Biskut telur ini sangat sedap dimakan ketika masih panas.
Berikut resipi biskut telur seperti yang dikongsikan oleh Adizul Semerbak
BAHAN-BAHAN:
10 biji telur
1/2 kg biskut petak kecil
Bawang besar/bawang merah
Cili hijau/merah
Sedikit garam
4 sudu makan minyak masak
Sedikit marjerin
LANGKAH DEMI LANGKAH:
1. Hiris bawang dan cili.
2. Pukul telur dalam mangkuk. Masukkan sedikit garam. Campurkan dengan bawang dan cili yang telah dihiris tadi.
3. Seterusnya masukkan biskut, gaul-gaul dan biarkan seketika.
4. Panaskan kuali, masukkan minyak masak. Apabila minyak telah panas, kecilkan api dan masuk biskut tadi.
5. Balik-balikkan supaya semua biskut masak sekata. Boleh juga tambah sedikit marjerin di dalam kuali semasa membalik-balikkan biskut. Siap untuk dihidangkan.
Ada warga maya memaklumkan bahawa ibu bapanya biasa memasak menu itu untuk dinikmati seisi keluarga. Rupa-rupanya ramai juga warga maya yang pernah makan menu istimewa berasaskan biskut kering ini.
Sumber: Adizul Semerbak ( Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official)
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Arwah Nurhazwani, pensyarah UiTM yang hamil 3 bulan, bukan meninggal dunia akibat lemas tetapi pengsan secara tiba-tiba ketika mandi di kolam renang. Suaminya cuba menyelamatkan, namun takdir Allah mendahului.