Kecur air liur bila tengok somtam mangga ni. Biasa kita dengar somtam betik je, makanan yang cukup popular di negara Thailand dan Kelantan. Ratah saja pun sedap.
Tapi, kalau mak-mak tak ada selera nak makan nasi, bolehlah masukkan somtan mangga ini dalam menu. Boleh bangkitkan selera dan kecur air liur dibuatnya.
Cara nak buat pun tidaklah terlalu sukar dan kalau kebetulan musim mangga buat somtam mangga ini. Fuh! Sedap sangat ni.
Nak tahu bahan yang digunakan mudah dan senang nak buatnya. Boleh ikut cara perkongsian daripada Ameera ini.
Buat sendiri kek memang jauh menjimatkan daripada beli di kedai. Antara kek yang digemari ramai ialah kek New York Cheese di Secret Recipe. Peh! Rasanya memang sedap lebih-lebih lagi bagi penggemar cheese, boleh tak tidur malam dibuatnya!
Tapi, biasanya, kalau beli di kedai bakeri berjenama itu, harganya hampir mencecah RM100. Jadi, apa kata cuba buat sendiri di rumah? Bajet tak sampai RM60! Wow! Memang lebih menjimatkan kalau buat sendiri kan? Tak gitu?
Resipi untuk Kek New York Cheese ala Secret Recipe ini dikongsikan oleh puan Azura, sempena ulang tahun kelahiran suami tersayang. Katanya, suaminya yang request buat kek kegemarannya itu.
Nak Tahu Cara Buat?
Jom kita teliti, apa bahan-bahannya. Lepas ni bolehlah buat untuk majlis-majlis atau sebagai buah tangan bila balik kampung raya haji nanti. Tak pun boleh dijadikan penyeri hidangan di hari raya. Memang tak rugi mencuba. Sangat sedap!
Apa Resipi Buat Kek New York Cheese Ni?
Bahan-bahan:
*500 gram Cream cheese
* 500 gram Sour cream
Biskut digestive
Mentega buttercup (guna separuh)
*4 Sudu besar gula halus
* 4 sudu besar tepung gandum
* 2 biji telur
* ½ biji lemon – parut kulit dan perah ambil jus
1 sudu kecil esen vanila
Bahan Untuk Topping:
4 sudu besar gula perang
10-15 biji blueberi
**Bersihkan buah dan masukkan dalam periuk untuk dimasak, Tambahkan gula perang, boleh kurangkan jika tidak suka manis. Sebab buah tu dah ada manisnya. Reneh di atas api sehingga buah dan gula larut dan pekat. Sejukkan seketika. Simpan di dalam bekas kedap udara. Keluarkan bila hendak guna.
CARA MEMBUAT:
Hancurkan biskut digestive sampai lumat kemudian rata kan Di dalam loyang bersama butter yang dah sedia cair. Masukkan di dalam peti ais supaya ia keras. Ketepikan.
Gunakan Mix hand untuk semua yang bertanda (*) sampai kembang cantik. Kemudian masukkan bahan yang dah sebati ke dalam loyang. Dalam masa yang sama, panaskan oven selama 10 minit dalam suhu 160 darjah celsius.
Masukkan Loyang ke dalam oven dan sedia untuk bakar kek sehingga 1 jam 20 minit. Setelah kek masak, keluarkan dan sejukkan.
Akhir sekali, barulah letak jem blueberi sebagai topping di bahagian atasnya. Siap!!
MW: Nak beli memang kek ni harganya boleh tahan mahal juga Bila buat sendiri, bolehlah berjimat. Resipi dah dikongsi ni…jangan tak cuba tau!
Kuih Peneram antara kuih tradisional kesukaan ramai. Bahan-bahan yang digunakan pula cukup mudah, hanya guna 4 bahan. Namun nak buat kuih ini perlu cara yang betul. Jika tak kuih ni akan jadi keras dan tak sedap rasanya. Rupanya antara tip nak buat kuih Peneram ni, kena perap bancuhan selama 6 jam. Malah kuih perlu digoreng dalam minyak yang banyak dan betul-betul panas.
Ada peminat kuih peneram @ denderam. Kalau ada kak yong up resepi dan video cara bancuhan kuih peneram versi kak yong. Semoga bermanfaat untuk semua.
Resepi Peneram By Kak Yong
Bahan-Bahan:
1 peket @ 500gm tepung beras cap 1@3 gajah
2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
Minyak untuk menggoreng
Cara Membuat:
1. Masukkan gula merah, gula pasir dan air ke dalam periuk dan masak sehingga larut, mendidih dan meruap.
2. Kemudian, tapis air gula panas-panas ke dalam mangkuk berisi tepung beras dan kacau dengan senduk hingga sebati.
3. Bancuhan perlu nampak bertali ye.
4. Setelah sebati adunan tadi, perapkan selama 6 jam @ semalaman.
** Saya perapkan 6 jam dan perap luar peti sejuk je.
5. Setelah perap selama 6 @ semalaman boleh lah terap ye. Sediakan plastik dan sapu minyak. Gelekkan sederhana nipis dan terap dengan acuan donut paling kecil.
** Saya bulat-bulatkan kecil. Tekan di tapak tangan dan buat lubang dengan jari je.
6. Dah siap goreng dalam minyak yang banyak dan betul-betul panas, guna api sederhana.
Info Ekstra!
Pastikan minyak betul-betul panas tau, kuih akan timbul selepas di masukkan dalam kuali. Kalau tak, kuih lambat timbul dan akan jadi keras nanti. Bila dah timbul, terbalikkan kuih selepas itu boleh lah angkat.
Aneka Resipi Berasaskan Sayur, Mudah Dan Cepat Disediakan
Aneka resipi berasaskan sayur dan sayur kampung ini memang sedap. Kadang-kadang memang tidak dapat dinafikan mak-mak ketandusan idea menu untuk dimasak.
Semua resipi ini pastinya memikat selera. Boleh makan bertambah-tambah dibuatnya. Jomlah mak-mak kita cuba buat!
RESIPI 1
RESIPI SAYUR MERANTI MASAK LEMAK KELEDEK
BAHAN-BAHAN:
Secekak sayur meranti
1 biji ubi keledek (siap dipotong)
Udang secukupnya
Ikan bilis/udang kering
Bawang besar (dihiris)
Bawang putih (dihiris)
Cili merah (dihiris)
Garam secukup rasa
Santan kelapa
CARA MEMBUAT:
1. Celurkan sayur meranti kemudian ketepikan.
2. Campurkan keledek dan semua bahan lain kecuali sayur meranti ke dalam periuk. Renihkan.
3. Apabila kuah mula mendidih, masukkan sayur meranti. Kacau biar sebati.
4. Apabila sudah hampir masak, barulah masukkan udang. Biarkan seketika cukup untuk bagi udang masak (dalam 3/4 minit). Perasakan dengan garam secukupnya. Siap. Bolehlah hidangkan.
½ biji kubis
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
½ batang lobak merah
1 sudu teh halba campur
1 inci halia
6 tangkai cili kering
2 biji cili padi
2 tangkai daun kari
1 sudu teh serbuk kunyit
½ sudu teh biji jintan putih
Sedikit serbuk lada sulah/putih
Garam secukup rasa
BAHAN TUMISAN YANG PERLU DISEDIAKAN:
*halia potong mancis
*bawang merah potong mayang
*cili padi potong kasar
*bawang putih racik halus
*cili kering gunting 2 atau 3
*daun kari
*halba campur
CARA-CARA MEMBUAT:
1. Potong kubis halus, cuci bersih dan toskan dan lobak merah potong mancis.
2.Panaskan 1 senduk minyak, tumis kesemua bahan ini sehingga naik bau.
3.Tumis sehingga semua bahan naik bau atau jadi layu.
4. Bila bahan tumisan sudah layu masukkan ¼ cawan air.
5. Kemudian masukkan 1 sudu teh serbuk kunyit kacau sebati.
6. Terus masukkan sayur kubis dan lobak merah.
7. Kacau semua bagi sebati.
8. Masukkan ½ cawan air. Sayur ini tidak perlu kuah yang banyak.
9. Taburkan ½ sudu kecil biji jintan putih jika suka.
10. Perasakan dengan sedikit garam secukup rasa.
11. Taburkan sedikit lada sulah/putih. Sayur ini tidak terasa pedas, tapi rasa dari bahang lada sulah dan herba campurannya.
12. Sudah siap sayur kubis goreng ala mamak. Sayur ini memang terkenal di restoran-restoran nasi kandar sekitar Pulau Pinang.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...