Sedapnya makan pecal mangga, boleh kecur air liur. Tambah-tambah mangga berbuah sepanjang tahun kan? Tak ada musimnya sentiasa ada buahnya kat pokok.
Bila dah banyak sangat mangga, sayang dibiarkan begitu saja. Kadang-kadang jemu juga makan dengan asam atau ‘colek’. Daripada membazir, bolehlah cuba buat pecal mangga.
Inilah resipi yang dikongsikan Fauziah Gamal, pecal mangga yang menjadi pembuka selera. Tak perlu lauk lain dan nak makan begitu saja pun boleh.
4 biji buah mangga kampung
2 ulas bawang merah
Sedikit lada hitam
Santan segar
½ sudu kecil garam
1 sudu kecil sudu gula
2 ekot ikan sardin – rebus dan ambil isinya.
Cara Membuat:
Ads
1. Buang kulit mangga dan cincang atau sagat. Sebaiknya cincang untuk rasa yang lebih padu.
2. Tumbuk bawang merah bersama dengan lada hitam. Asingkan.
3. Kemudian, tumbuk pula isi ikan rebus tadi.
Ads
4. Campurkan kesemua bahan tadi ke dalam mangkuk yang berisi mangga cincang dan bawang serta lada hitam yang ditumbuk itu.
5. Gaul sebati dan masukkan bahan perasa, garam serta gula.
6. Kemudian, masukkan sedikit santan segar.
Ads
7. Siap. Bolehlah dihidang bersama nasi serta lauk lain.
Tip: 1. Bagi buat resipi ini, kena guna mangga yang masam atau putik lagi. Baru sedap. 2. Isi ikan sardin – Rebus dahulu dengan air, garam dan asam gelugur. 3. Buat untuk sekali makan sebab ia guna santan segar.
Mingguan Wanita : Sedapnya. Nak makan dengan nasi pun boleh. Ratah pun sedap juga ni. Memang padu!
Buat sendiri Sos Putih Arab (Thoumiah), cicah ayam atau daging bakar, memang sedap dan puas hati makan. Bukan apa, jika selalu makan di restoran makanan arab, mesti selalu jumpa sos putih Arab (Thoumiah) ni.Terutamanya jika kita beli shawarma. Rasanya memang sedap, lemak masam dan wangi bawang putih.
Namun bila beli memang tak puas makan sos ni, selalu dapat sikit je. Lebih puas hati makan bila kita buat sendiri je. Nak buat pun mudah.
Ikut resipi dan cara yang dikongsikan oleh Hazieq Azie ini.
Sos Putih arab(Thoumiah). Biasa kalau beli shawarma mintak add extra 2 benda. Pickle dan sos Putih ni. Disebabkan 1 bekas 4oz yang kecil tu, agak mahal. Maka version sis buat ni..Puas makan. Buat ratah-ratah.
Bahan-Bahan:
2 biji Putih telur
9 ulas Bawang Putih
Garam 1/2 sudu teh (ikut Masin Masing-masing)
Lemon separuh (perah ambil jus)
Minyak masak @minyak sayur 1 1/2cawan
Cara Membuat:
1.Blend semua bahan. Cuma masukkan minyak masak sedikit demi sedikit untuk kegebuan yang memuaskan.
2.Dah sebati semua, sedia untuk dimakan.
3.Tak habis, simpan dalam peti ya. Cicah ayam dging bakar, halah… Lazezzz.
Sedapnya Sambal Gesek ni, bahan-bahannya ringkas dan nak buat pun senang tak perlu dimasak.Makan dengan nasi putih, kuah lemak memang boleh menambah-menambah.
Ikut resipi Sambal Gesek yang cukup popular bagi orang Negeri Sembilan ni seperti yang dikongsikan oleh Khabbab Jamalludin ini.
Orang kita memang tak boleh dipisahkan dengan “penambah selera”.
Kalau orang Kelantan dengan budunya, orang Melaka dengan cencaloknya, orang Pahang dengan tempoyaknya, orang utara dengan air asam/belacannya…
Bagaimana pula dengan orang Negeri Sembilan ?
Memperkenalkan…. SAMBAL GESEK !
Bahan dia mudah, nak sediakan pun ringkas.
Bahan-bahan:
Ikan bilis (kopek dan bersihkan).
Cili Padi
Bawang merah kecil (kalau tak suka rasa bawang mentah tak payah bubuh)
Limau kasturi
Garam
Ada beberapa variasi dengan tambahan bahan masam yang beraroma seperti bunga kantan atau kundang muda.
Bahan bahan di atas di tumbuk atau digiling(gesek) sampai separa hancur dan kemudian diaduk.
Tak perlu dimasak.
Tips :
Pilih ikan bilis yang cantik, dikopek supaya senang dibersihkan.
Rendam sekejap dalam air untuk lembutkan sedikit ikan bilis tu.
Bersihkan lesung betul betul, tak nak ada bau tak sedap.
Kalau tak habis boleh tumis atas minyak sekejap supaya tahan lama.
Limau kasturi banyak dia sampai seluruh sambal macam lembab lembab sikit.
Macam rencah nasi goreng kampung saja?
Saya pun rasa asal usul dia macam tu. Ada yang dah tumbuk bahan nak goreng nasi tapi kayu api basah/gas dah habis. Terpaksa la makan dengan nasi.
Kosan eh sodap pulak.
Agak eh lah. Hehehe..
Sambal ni walaupun ‘simple’ tapi kalau dengan nasi panas, memang boleh hancur berkecai program diet korang.
Pertama kali saya rasa masa pergi kenduri tahlil yang tuan rumah hidang
nasi putih dengan ini sahaja, itu pun berpinggan makan.
Cekodok Pisang antara resipi yang mudah disediakan untuk hidangan minum petang. Namun walaupun mudah nak buat, jika sukatannya salah, adunannya akan jadi keras sebab terlebih tepung mahupun terlembik dan berminyak-minyak. Cekodok pisang yang sedap mestilah manis rasa pisang, lembut, lembik dan sedikit garing pada kulitnya.
Jika selalu buat tak jadi, boleh cuba resipi, tip dan sukatan cekodok pisang yang dikongsikan oleh Selebriti Media Sosial dalam bidang masakan yang cukup terkenal, Yatie Kitchen ini. Gerenti jadi!
Bahan-Bahan:
1 cawan pisang berangan (dilenyek)
setengah cawan tepung gandum
3 sudu kecil gula perang
1 sudu kecil tepung beras
secubit garam
Cara Membuat:
1. Kupas kulit pisang dan leyekkan.
2. Masukkan semua bahan ke dalam satu mangkuk dan gaulkan sebati.
3. Panaskan kuali berisi minyak. Cedok adunah sedikit demi sedikit menggunakan sudu atau tangan dan goreng dengan api sederhana.
4. Masak hingga keperangan dan angkat. Sedia untuk dimakan.
MW: Semoga perkongsian resipi cekodok pisang ini bermanfaat bagi mak-mak yang nak mencuba buat sendiri di rumah. Ikut resipi mudah ni dan tau sukatan serta tipnya, memang gerenti cekodok pisang kita menjadi. Tak terlalu lembik dan berminyak, mahupun terkeras sebab terlebih tepung.
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...