Cekodok Pisang antara resipi yang mudah disediakan untuk hidangan minum petang. Namun walaupun mudah nak buat, jika sukatannya salah, adunannya akan jadi keras sebab terlebih tepung mahupun terlembik dan berminyak-minyak. Cekodok pisang yang sedap mestilah manis rasa pisang, lembut, lembik dan sedikit garing pada kulitnya.

Jika selalu buat tak jadi, boleh cuba resipi, tip dan sukatan cekodok pisang yang dikongsikan oleh Selebriti Media Sosial dalam bidang masakan yang cukup terkenal, Yatie Kitchen ini. Gerenti jadi!

Bahan-Bahan:

1 cawan pisang berangan (dilenyek)
setengah cawan tepung gandum
3 sudu kecil gula perang
1 sudu kecil tepung beras
secubit garam

CEKODOK PISANG Cantik Sukatan Cawan, Tak Terlembik Atau Terkeras Resipi Yatie Kitchen!

Cara Membuat:

1. Kupas kulit pisang dan leyekkan.
2. Masukkan semua bahan ke dalam satu mangkuk dan gaulkan sebati.
3. Panaskan kuali berisi minyak. Cedok adunah sedikit demi sedikit menggunakan sudu atau tangan dan goreng dengan api sederhana.
4. Masak hingga keperangan dan angkat. Sedia untuk dimakan.

IKLAN

CEKODOK PISANG Cantik Sukatan Cawan, Tak Terlembik Atau Terkeras Resipi Yatie Kitchen!

Tip Sukatan Cekodok Pisang

  • 1 cawan pisang = 1/2 cawan tepung gandum! Jadi kalau 4 cawan pisang = 2 cawan tepung gandum.Insyallah cantik cekodok pisang!
  • Pisang yang sedap buat cekodok – pisang emas , pisang berangan.
  • Basahkan tangan dengan air dan bulat-bulatkan cekodok tadi.(Supaya adunan tidak melekat di tangan semasa menggoreng)
  • Jangan lupa bubuh tepung beras sikit.Selalu sukatan kita kadang terlembik la , terkeras la, ini tips dia.

So petang ni boleh la buat kan!

IKLAN

Selamat Mencuba!

Baca Lagi Di Sini;

IKLAN

Cekodok Pisang Bulat-Bulat. Nak Cantik Kejadiannya, Inilah Caranya!

Resipi Bancuhan Goreng Pisang Sedap, Serdak Halus Rangup Krup Krap!

MW: Semoga perkongsian resipi cekodok pisang ini bermanfaat bagi mak-mak yang nak mencuba buat sendiri di rumah. Ikut resipi mudah ni dan tau sukatan serta tipnya, memang gerenti cekodok pisang kita menjadi. Tak terlalu lembik dan berminyak, mahupun terkeras sebab terlebih tepung.

Sumber: Yatie Kitchen

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI