
Isi Kandungan
ToggleResipi udang memang sedap dan boleh dipelbagaikan cara memasaknya. Jika inginkan kelainan dan mudah cara memasaknya, boleh cuba resipi udang yang ringkas ni. Memang sedap, kuah pekat melekat hanya gunakan 4 bahan sahaja. Satu lauk je, namun makan dengan nasi putih panas sahaja pun dah cukup.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Mazlina Haji Ismail ini.
Resipi ini tak ada nama. Ringkas dan sedap rasanya.
Bahan-Bahan:
Udang sekilo(bersihkan) – goreng garam kunyit
2 biji Bawang besar – potong roda/bulat
20 biji Cabai burung – potong serong
Satu mangkuk kecil Cili Sos Kimball – (Jika nak kuahnya lebih, hanya tambahkan sos dan kicap)
1 sudu Kicap manis
Cara Membuat:
1.Udang digaul garam kunyit.
2.Kemudian goreng udang tersebut.
3.Tumis cili sos menggunakan minyak gorengan udang.
4.Tambahkan kicap manis.
5.Kacau dua tiga kali.
5.Masukkan bawang dan cabai burung.
6.Kacau sebentar dan gaul sebati.

7.Akhir sekali masukkan udang goreng. Gaul sebati. Siap.
TIP EKSTRA!
- Boleh gantikan udang dengan ayam yang dipotong kecil.
- Jangan masukkan garam.
Baca Lagi Di Sini:
Ini Caranya Buat CUCUR BADAK Sedap, Lembut, Padat Inti Udang Fresh!
MW:Mudahnya resipi udang ni. Sangat ringkas, sedap pekat melekat guna 4 bahan utama sahaja.Kena cuba resipi ni nanti.
Sumber:Mazlina Haji Ismail
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mi Kuning Tanpa Mesin, Bebas MSG Dan Sesuai Untuk Orang Yang Ada Kolestrol Tinggi

Isi Kandungan
ToggleKalau buat mi kuning tanpa mesin, rupanya nampak tak sama macam dijual di kedai tetapi rasanya memang sedap. Resepi mi yang dikongsikan oleh Puan Sheila Fendy ini juga sesuai untuk golongan yang ada kolestrol tinggi, jadi jom godek cara nak buat!
Ini cara saya mencuba buat mi kuning sendiri. Di sebabkan emak saya kolestrol tinggi, lepastu emak teringin nak makan mee kuning. Jadi saya ambil langkah untuk cuba buat sendiri. Bebas bahan-bahan yang tak diingini dan bebas MSG serta tahap kebersihan terjamin. Sihat InsyaAllah.
Boleh refer gambar dan resepi di bawah. Dah siap buat mi kuning, saya terus buat mee goreng daging versi saya. Boleh la cuba juga kalau mahu.
Mi kuning tanpa mesin:
2 cawan tepung gandum
50ml air
1 biji telur
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam
1 sudu minyak masakan
Gaul sebati semua bahan. Uli lebih kurang 15 minit. Potong kepada 5 bahagian doh tersebut. Start mengelek atas chopping board. Gelek sampai mendapat tahap ketipisan yang sesuai. Potong guna pisau.
(Boleh refer gambar)
Lepas potong tu boleh la letak dalam pinggan yang lebar supaya mee terduduk elok dan jangan lupa letakkan taburan tepung agar tidak melekat satu sama lain.
Panaskan air sehingga mendidih. Letak minyak masakan sikit. Bagi tak melekat bila merebus mi. Rebus 1-2 minit. Angkat tapiskan dan terus alir kan air paip pada mi tersebut utk mengelakkan mee terlebih masak.
Siap. Selamat mencuba.
1. Ni rupa yang di potong-potong tu.
2. Chopstick tu buat guide je. Potong tak lurus sangat pun.
3. Rebus 1-2 minit je. Angkat dan toskan air.
4. Terus alirkan dengan air paip agar mee tadi tak terlalu masak. Nanti lembik pula mee kite tu. Nampak macam kue teow sikit rupa kejadian.
Resepi mi goreng daging ada pada gambar ye.
Bahan-bahan rencah macam biasa :
Bawang merah
Bawang besar
Bawang putih
Cili api – sejenis suka pedas lidas
Cili kering
Masukkan rempah kari. Kari pilihan saya babas. Takde babas, ape2 jenis rempah kari kesukaan anda pun boleh.
Haaa gini rupanya lepas masuk kari. Tumis sehingga agak2 sempah kari sebati. Masuk garam dan gula sesedap tekak.
Masukkan sos cili.

Masukkan daging.
Masukkan kicap.
Masukkan telur.
Telur ni kena tunggu dia kering dan masak sikit. Baru golek-golek dia.
Masukkan mi kuning yang anda dah buat dengan penuh kasih sayang tu.
Masukkan sayur.
Siap!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kuah Rojak Pekat, Boleh Cicah Macam-Macam Buah, Nak Pedas Tambah Cili!

Isi Kandungan
ToggleSetiap orang ada cara untuk buat kuah rojak. Kuah rojak yang sedap adalah kuah yang pekat dan cukup rasanya. Kalau nak pedas boleh tambah cili ikut citarasa masing-masing.
Hendak buat kuah rojak ini tidaklah sesusah mana. Asalkan ikut resipi yang betul, rasa kuah rojak itu tak akan lari seperti rasa kuah rojak jenama popular yang kita beli di kedai.
Kepada Pembaca Yang Rajin Buat Kuah Rojak Sendiri, Apa Kata Boleh Cuba Buat Resipi Kuah Rojak Perkongsian Mim Yusof Ini.
Resipi Kuah Rojak
“Sahabat dapo kak mim dah tido ke? Kak mim baru abis masak kuah rojak ni haa. Mesti ramai yang dah pandai buat kan!
“Tak pe kak mim nak share kuah rojak versi kak mim ni. Tengok kat gambar ye.”
Bahan-bahan
1 keping gula gerek (menisan)
2 cawan gula putih
1/2 cawan kicap
2 sudu tepung ubi (bancuh ngn air)
Sedikit belacan
Sedikit garam
10 tangkai cili kering (dalam gambar tu kak mim dah rebus dan blend/kisar)
Sedikit cili sos
2 sudu besar bijan
1 cawan kacang tanah (goreng tanpa minyak dan blend/ kisar kasar)
1 gelas air
Artikel Berkaitan:
Buat Sendiri Kuah ROJAK BUAH. Rasa Sekali Mesti Nak Makan Berkali-Kali
Resipi Serbuk Colek Kering Hanya Guna 4 Bahan Pedasnya Boleh Tahan
Buat Sendiri Kuah Rojak Buah Sedap, Tak Letak Petis Udang
Cara Buat
1-Mula mula cairkan gula gerek dengan segelas air tadi. Bila dah cair, masukkan kicap, cili kering yang di blend / kisar tadi, cili sos, belacan, garam dan gula.
2-Masak sampai mendidih. Dah masak betul, masukkan tepung ubi yang dah dibancuh tadi.
3-Kacau sampai dia pekat lagu ni, jangan tinggal ye, sentiasa kacau. Dah pekat masukkan bijan dan kacang tanah tadi.

4-Masak sekejap, tutup api. Sejukkan dalam bekas.
5-Boleh laa dicicah dengan mangga muda atau apa pun buah yang anda suka. Nahhh! Malam malam kak mim menyicah. Segar biji mata.
MW: Buat sendiri lagi bersih dan lagi menjimatkan. Boleh buat banyak mana yang kita suka.
Sumber / Foto : Mim Yusof
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
7 Tip Pilih Buah Tembikai Manis & Juicy, Barulah Tak Menyesal Bila Beli Nanti!

Isi Kandungan
ToggleBuah Tembikai antara buah kegemaran ramai dan mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri.Namun bukan mudah untuk memilih buah tembikai yang rasanya segar, manis dan juicy.Seringkali ramai yang menyesal dan kecewa membeli buah ini, akibat tersalah pilih. Buahnya tawar, tak segar dan kurang berair.Sebenarnya ada beberapa tips tertentu yang boleh mak-mak jadikan panduan sebelum membeli buah ini.
Tips Pilih Buah Tembikai
1. Kenali Jantina
Ramai yang tidak tahu sebenarnya tembikai mempunyai jantina. Contohnya tembikai jantan ukurannya lebih besar, bentuknya lonjong dan mengandungi banyak air serta biji.Ia lebih sesuai dibuat jus berbanding tembikai betina yang berbentuk bulat, kurang biji dan rasanya pun lebih manis, yang sedap dimakan begitu sahaja.
2.Tompokan Kuning
Pilih tembikai yang mempunyai tompokan kuning krim dan kadangkala oren.Ia menunjukkan tembikai tersebut telah berada lama atas tanah dan semestinya telah masak sempurna dan manis. Jika tompokan tersebut berwarna putih, itu bermaksud tembikai masih belum matang sempurna.
3.Tompokan ‘Jaringan Lebah’
Jika sebelum ini kita pilih tembikai yang ‘bersih’ tanpa cacat cela, selepas ini pilihlah yang mempunyai tompok-tompok gelap seperti jaringan labah-labah ni. Sebenarnya lagi banyak tompok-tompok gelap ni lagi bagus buahnya. Sebab ia menunjukkan yang buah ini banyak kali dihinggapi sang lebah. Lebah kan suka buah-buah manis.
4.Tekstur Licin
Rasa tekstur permukaan kulitnya, jika licin seakan berkilat menunjukkan buah tembikai tersebut sudah matang. Manakala jika permukaan luarnya agak kasar, itu menunjukkan buah tersebut masih mentah.
5. Timbangan Berat
Pilih tembikai yang mempunyai timbangan berat berbanding dengan saiznya. Walaupun kecil saiznya tapi berat bila ditimbang. Ini menandakan isi tembikai segar berair.
6. Tangkai Kering
Pilih tembikai yang mempunyai tangkai kering dan kecut, bermakna tembikai tersebut telah masak sempurna. Jika ianya masih hijau, kemungkinan besar tembikai dipetik terlalu awal dan belum masak ranum sepenuhnya.
7.Tepuk Tembikai
Tepuk-tepuk atau jentik-jentik dengan jari sedikit buah tembikai itu, sekiranya ia mengeluarkan bunyi yang seakan-akan kosong, menandakan ia sudah masak dan elok isinya.
Antara Khasiat Buah Tembikai pula;
1. Kandungan Air Yang Tinggi
Buah tembikai sangat kaya dengan air. Lihat sahaja teksturnya yang lembut dan berair. Memakan buah ini seolah-olah sedang minum jusnya. Lebih-lebih lagi semasa cuaca sedang panas, buah tembikai adalah pilihan yang terbaik untuk menghidrat badan.
2. Baik Untuk Jantung
Kaya dengan sejenis bahan kimia yang digelar lycopene, ia membantu melindungi sel-sel badan dari kecederaan serta merendahkan risiko penyakit jantung. Fakta ini telah disahkan oleh kajian oleh Purdue University.

Kajian yang dimuatkan di dalam American Journal of Hypertension menemui bahawa tembikai membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan menurunkan berat badan dalam kalangan obes.
3. Anti-Radang
Selain baik untuk jantung, lycopene juga berfungsi sebagai anti-radang. Ia membantu dengan mengurangkan keradangan di dalam badan. Semasa anda sakit disebabkan apa-apa penyakit, radang berlaku di bahagian-bahagian tertentu di dalam badan anda. Buah tembikai secara amnya membantu badan anda melawan radang tersebut, seterusnya membantu proses pemulihan dengan lebih baik.
4. Penghadaman
Kandungan serat di dalam tembikai merangsang saluran penghadaman yang lebih sihat.
5. Baik Untuk Kulit Dan Rambut
Vitamin A adalah penting untuk kulit dan rambut anda. Ia membantu mengekalkan kelembapan kulit dan merangsang pertumbuhan kolagen. Secawan buah tembikai mengandungi hampir satu perempat dari keperluan harian vitamin A anda.
Semoga tips dan info yang dikongsikan ini bermanfaat, mak-mak bolehlah amalkan makan buah tembikai selalu dan ikut panduan ini sewaktu nak beli buah tembikai nanti.
Sumber: Hello doktor
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI