Ada macam-macam sos yang boleh mak-mak cuba untuk penambah selera hidangan. Salah satunya sos mayo yang sangat mudah dan boleh dicicah dengan apa jua jenis hidangan terutamanya Vietnam Roll.
Mungkin ada antara mak-mak suka sediakan sos mayo untuk anak-anak. Inilah mayonis yang anak-anak suka. Tambah-tambah kalu diletakkan dalam sandiwich.
Kalau mak-mak nak buat stok untuk sos mayo pun boleh juga. Dengan hanya kisarkan beberapa bahan, terus siap untuk dicicah dengan Vietnam Roll.
Ini antara resipi mudah sos mayo yang dikongsikan oleh Siti Masyitah Mortaza. Nak lagi sedap dan rasa masam-masam, perah jus lemon. Memang menyengatlah!
Saya nak kongsi resipi sos vietnam roll. Makan dengan Vietnam roll pun okey atau makan ala-ala sandwich pun boleh. Memang layannn.
Caranya:
1. Mayo separuh blender
Ads
2. Daun ketumbar kalau besar (1 pokok) kalau kecil (2 pokok)
3. 10 tangkai cili api merah – Boleh kurangkan kalau tak nak pedas.
4. 7 ulas bawang putih
5. Secubit garam
6. Secubit secukup rasa
7. 2 cubit gula – kalau nak manis boleh tambah, ikut selera masing-masing.
8. 1 ½ sudu nampla
9. Perahan lemon/limau nipis.
10. Kisar semuanya.
11. Siap.
Ads
Mingguan Wanita : Mudah sangat nak buatnya. Selamat mencuba!
Puding lumut mentega antara juadah pencuci mulut yang enak dinikmati sejuk-sejuk. Rasanya yang manis dan berlemak pastinya membuatkan seisi keluarga menggemarinya. Paling penting nak buat pun senang!
Puding Lumut Mentega, Manis & Berlemak
Bentuk kejadiannya betul-betul membuka selera. Nampak macam lumut asli. Kalau berhajat nak cuba buat puding lumut mentega, berikut resipi seperti yang dikongsikan oleh Mas Cotek.
RESIPI PUDING LUMUT MENTEGA
Bahan Puding Lumut:
1 paket serbuk agar-agar (10gm)
150 gm gula pasir
125 gm santan pekat
550 ml air
100 ml jus pandan dari 10 helai pandan
2 biji telur (pecahkan, kacau lebih kurang sahaja menggunakan garpu)
1/4 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh pewarna hijau
Cara membuat:
1. Satukan kesemua bahan, kacau sebati. Tapis jika perlu.
2. Didihkan dengan api perlahan, kacau sesekali sahaja
3. Apabila lumutnya timbul di permukaan, tutup api dan biarkan wap panasnya hilang
4. Tuang ke dalam acuan/loyang, sejukkan.
Info: Untuk loyang brilliance nordicware ni opah buat 1 1/2 adunan puding lumut
Syok Makan Sejuk-sejuk
Bahan Puding Mentega
Bahan A
3 biji kuning telur
100 gm mentega dicairkan
1 sudu teh esen vanilla
1/2 tin susu pekat manis
(kacau sebati menggunakan whisk/ketepikan)
Bahan B
1 paket serbuk agar-agar
4 sudu besar gula pasir
550 ml air
Cara membuat:
1. Masak bahan B sehingga larut dan meruap.
2. Kemudian masukkan Bahan A, kacau sebati
3. Biarkan mendidih/tutup api
4. Tunggu sehingga wap panasnya hilang, tuang ke atas puding lumut dan sejukkan
5. Cakar-cakar sedikit permukaan puding lumut baru tuang adunan puding mentega supaya melekat. Sejukkan.
Ada cara mudah untuk mak-mak buat sendiri kek ikan atau ‘fish cake’ sendiri di rumah.Fish cake ini, selalu digunakan sebagai rencah didalam masakan seperti mee goreng, nasi goreng, mee kari, Yong Taufu dan sebagainya.Bila buat sendiri fish cake ini lebih puas hati, terjamin kebersihan, kesucian dan status halalnya.Malah lebih menjimatkan!
Berikut perkongsian resipi membuat ‘Fish Cake’ yang dikongsikan oleh Puan Tahrunnisah Jali sebagai rujukan;
“Assalamualaikum..Sebelum ni saya ada berkongsi resepi fishball, sekarang saya kongsikan resepi fishcake pula..Memang ia sangat kenyal dan seperti dijual dikedai-kedai yang diusahakan oleh bukan bangsa melayu…Insyaallah semua yang saya kongsikan bersih, suci halal dan sangat menjimatkan kita..”
Bahan-Bahan:
500gm isi ikan tenggiri segar
3 sudu kecil (menggunung) tepung jagung
1 sudu kecil garam (nanti masa dah siap blend, rasa jangan masin sangat ye sebab nanti masa sejuk lagi masin)
Sedikit ajinomoto (terpulang nak letak atau tidak)
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 cawan air sejuk (dari air batu)
** Anda boleh menggantikan dengan fish fillet tapi abaikan/jangan letak air ye sebab dalam fillet tu dah ada kandungan air dah.So abaikan sukatan air tu.
Cara Membuat:
1. Isi ikan tenggiri diambil (kulit takmau ye) dan diblend halus saya guna food prosessor.
2.Kemudian masukkan sedikit air ais, kisar lagi masukkan garam serta serbuk lada putih (siapa yang nak letak ajinomoto letak sikit waktu ini).
3.Kisar lagi dan masukkan 3 sudu tepung jagung dan kisar lagi.
4.Sebelum itu panaskan periuk kukusan dan loyang 4 segi.loyang tu biarla boleh masuk dalam periuk kukusan atau kalau takde guna je tupperware tahan panas.
5.Masukkan adunan ikan tadi dalam bekas/loyang yang diletakkan plastik terlebih dahulu supaya nanti senang nak keluarkannya..(macam buat serimuka).Ratakan ia serta padatkannya menggunakan minyak yang disapu dijari anda untuk licinkan permukaan ikan tadi.
6.Kukus hingga masak dalam 15 minit atau sehingga masak.
7.Terbalikkan isi ikan yang dah masak tadi potong seperti mana bentuk fishcake. (Segi empat tepat).
8.Panaskan minyak terendam dan goreng sekejap hingga ia kekuningan.Angkat dan toskan minyak siap.Alhamdulillah..
Nak makan kaya roti yang sedap ikut tekak sendiri, kenalah raji buat sendiri. Tak susah pun dan bagi anda yang nak cuba, boleh ikut resepi yang dikongsikan oleh Puan Anie Kue…
Kaya roti kak Nie dibuat dengan menggunakan lebihan air gula jalamas, jom kita kacau kaya roti.
Cara-caranya:
1. Masukkan satu setengah kilo santan ke dalam periuk yang dah sedia ada air gula. Kak nie guna santan kotak, kalau santan segar lagi sedap.
2. Pukul 5 bji telur dan masukkan dalam periuk yang sama.
3. Secubit garam, pewarna kuning dan daun pandan.
4. Kacau di atas api yang perlahan sehingga pekat, angkat dan sejukkan. Simpan dalam bekas dan letak dalam peti ais. Kemudian bolehlah disapu pada roti.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...