Setiap kali cuti persekolahan tiba, suasana rumah berubah serta-merta. Anak-anak bangun lebih awal, rancangan kanak-kanak silih berganti menghidupkan suasana pagi di rumah dan soalan yang sama akan berulang tanpa henti “Ibu, nak buat apa hari ni?”
Di saat suami mahu berehat dan anak-anak menuntut perhatian, ibu sering menjadi ‘pengurus utama’ yang memastikan suasana rumah kekal teratur dan menyeronokkan. Dengan Astro One yang kini menawarkan akses kepada lebih banyak kandungan kanak-kanak termasuk Disney+, ramai ibu mengakui cuti persekolahan kini terasa lebih mudah dan tenang.”
Dengan satu langganan hiburan lengkap, Astro One memudahkan rutin harian ibu tanpa perlu pening kepala memikirkan aktiviti baharu setiap hari. Anak-anak boleh tenggelam dalam dunia animasi kegemaran seperti Bluey, SpongeBob SquarePants atau The Wonderfully Weird World of Gumball, sementara ibu boleh menyelesaikan kerja rumah hakiki, bekerja dari rumah atau sekadar menikmati secawan kopi panas tanpa gangguan.
Hiburan Seisi Keluarga
Bukan sekadar hiburan untuk anak-anak, Astro One turut memenuhi selera seluruh anggota keluarga. Waktu malam pula, rumah bertukar menjadi ‘pawagam mini’ apabila seisi keluarga berkumpul sambil menonton filem dan rancangan pilihan bersama.
Daripada filem aksi seperti The Fantastic Four: First Steps, program hiburan popular Muzikal Lawak Superstar 2025 dan Gegar Vaganza 2025, hinggalah drama dan siri cinta seperti Mutiara Dalam Debuan Kabus dan Would You Marry Me, semuanya tersedia dalam satu platform.
Ads
Bagi ramai ibu, detik inilah yang paling berharga. Duduk bersebelahan anak-anak, ketawa bersama, mengulas jalan cerita dan melihat reaksi mereka. Perkara kecil yang sering terlepas pandang di hari-hari biasa.
Astro One bukan sekadar mengisi masa tetapi menjadi penghubung yang mencipta momen kekeluargaan yang lebih bermakna sepanjang cuti persekolahan. Semua hiburan ni boleh dinikmati bermula hanya RM69.99 sebulan, siap dengan pemasangan percuma. Sangat mudah untuk mula, sangat berbaloi untuk keluarga.
1 of 6
Mesra Bajet Paling Utama, Pek Entertainment Dengan Pilihan Lebih 90 Saluran
Dengan satu langganan saja, Astro One terus bagi seisi keluarga akses ke pelbagai hiburan termasuk saluran kanak-kanak dan Disney+. Semua dalam satu tempat, tak payah pening.
Ads
Jangan tunggu hingga cuti sekolah berlalu! Tawaran ini terhad sehingga 31 Januari 2026. Langgan Astro One sekarang dan jadikan setiap cerita keluarga anda lebih bermakna musim cuti ini. Layari astro.com.my atau ke premis Astro untuk maklumat lanjut.
Ads
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
“Rezeki anak ramai ini Allah SWT yang atur jadi siapa kita nak menidakkan pemberian-Nya…” Itulah ungkapan penuh syukur Shamsuri Shafie, 40, seorang bapa kepada 13 cahaya mata, yang melihat setiap kelahiran anaknya bukan beban, tetapi amanah dan kurniaan yang membuka pintu rezeki.
Dalam masyarakat hari ini, tidak semua mampu melihat anak ramai sebagai nikmat. Ada yang mempersoal kemampuan, ada yang bimbang dengan masa depan. Namun bagi Shamsuri, setiap kelahiran adalah tanda kasih sayang Allah SWT kepada dirinya dan isteri, Rosnaida Ismail, 39, yang baru melahirkan bayi lelaki mereka pada 23 November lalu dinamakan Muhammad Uwais Al Abbas, membawa maksud pemberian, pemimpin, berani serta sahabat Nabi. Baginya, rezeki anak ramai bukan sekadar ungkapan, tetapi sesuatu yang benar-benar dirasai dalam kehidupan seharian.
Menurut Shamsuri, keluarga besar bukan perkara asing baginya kerana dia sendiri datang daripada keluarga yang mempunyai 13 adik-beradik. Maka menguruskan rumah tangga besar bukan sesuatu yang menggusarkan, malah sudah sebati. Beliau melihat bahawa setiap anak membawa karakter dan keunikan tersendiri yang menambah warna dalam kehidupan mereka sebagai keluarga besar.
Kini isterinya dalam tempoh berpantang, dan seperti selalu, Shamsuri mengambil alih hampir semua urusan rumah serta anak-anak. Katanya, tiada istilah kekok kerana pengalaman membesarkan 12 anak sebelum ini menjadikannya lebih cekap dan matang. Anak-anak yang lain dengan yang sulung berusia 20 tahun turut ringan tulang membantu menjaga adik mereka, mencerminkan nilai kebersamaan yang menjadi akar kekuatan keluarga berprinsip rezeki anak ramai.
Mengulas komen warganet yang ‘simpati’ terhadap isterinya, Shamsuri menjelaskan bahawa apa yang dilihat di media sosial tidak menggambarkan kehidupan sebenar mereka. Sering kali, persepsi luar dipengaruhi oleh tekanan hidup zaman moden, yang membuatkan sesetengah orang menganggap keluarga besar sebagai beban.
Hakikatnya, isterinya sendiri gembira memiliki anak ramai, malah sifat keibuan dan kasih sayang yang Allah kurniakan padanya menjadikan setiap kelahiran itu disambut dengan rasa syukur, bukan tekanan. Baginya, setiap anak melengkapkan kehidupan mereka, dan keyakinan terhadap rezeki anak ramai memberi kekuatan emosi sepanjang proses membesarkan keluarga besar.
Sebagai suami, Shamsuri sentiasa memastikan isterinya tidak pernah melalui proses kehamilan dan bersalin sendirian. Mereka sentiasa bersama ke mana pergi sekalipun, keluarga tetap nombor satu. Sokongan ini bukan sekadar kata-kata, tetapi diamalkan sejak anak pertama hingga anak ke-13.
Bagi Shamsuri, anak adalah sumber keberkatan hidup. Setiap kelahiran membawa rezeki tersendiri, dan dia serta isteri tidak menolak jika Allah ingin mengurniakan cahaya mata lagi pada masa depan. Prinsip menerima rezeki anak ramai ini menjadi asas kekuatan keluarga mereka yang sentiasa memandang kehidupan dengan hati yang lapang.
“Orang kata nanti dapat anak ke-14, saya ambil itu sebagai doa,” katanya sambil berharap rezeki keluarganya terus diluaskan dengan kelahiran mujahid kecil mereka. Bagi Shamsuri, setiap doa yang baik adalah simbol harapan bahawa keluarga besar ini akan terus hidup dalam keberkatan.
Kisah Shamsuri dan Rosnaida mengajar kita bahawa rezeki setiap manusia sudah ditentukan oleh Allah. Ramai atau sedikitnya anak bukan ukuran, kerana yang paling penting ialah kesyukuran, usaha dan saling membantu dalam keluarga. Nilai ini bukan sahaja membina hubungan kasih sayang, tetapi juga membentuk kekuatan mental dalam menghadapi cabaran hidup.
Dalam dunia yang semakin materialistik, kisah keluarga besar ini mengingatkan kita bahawa bahagia tidak semestinya datang daripada kesempurnaan, tetapi daripada redha, kasih sayang dan keyakinan bahawa Allah tidak pernah silap dalam aturanNya. Konsep rezeki anak ramai memberi perspektif bahawa setiap kelahiran membawa peluang, keberkatan dan ruang untuk membina masa depan yang lebih bermakna.
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, sekali lagi membuktikan keperibadian mulianya apabila sanggup meluangkan masa menziarahi seorang peminat setia yang kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital. Kehadiran Siti Nurhaliza itu nyata menyentuh hati ramai, khususnya dalam kalangan ahli kelab peminat Sitizoners.
Peminat berkenaan, Fadzil yang lebih dikenali sebagai Fadzil Sitizoner, difahamkan sedang berada dalam keadaan yang memerlukan pemantauan rapi oleh pihak perubatan. Tindakan Siti Nurhaliza menziarahi peminatnya itu dilihat sebagai satu bentuk penghargaan yang sangat bermakna buat seorang peminat setia yang telah lama menyokong perjalanan kerjaya seninya.
Perkara tersebut mula menjadi perhatian ramai selepas pemilik akaun TikTok, Rara Nurhaliza, berkongsi satu hantaran memaparkan foto Siti Nurhaliza bersama pengurus peribadinya, Rozi Abdul Razak, ketika menziarahi Fadzil di hospital.
Hantaran itu pantas mendapat reaksi daripada warga maya, khususnya Sitizoners yang meluahkan rasa sebak dan terharu melihat keprihatinan penyanyi kesayangan negara itu terhadap peminatnya.
Menerusi kapsyen yang ditulis, Rara Nurhaliza turut mengajak orang ramai, khususnya mereka yang mengenali Fadzil, agar sama-sama menitipkan doa buat kesembuhan peminat setia berkenaan yang kini masih dirawat di ICU.
“Mohon semua doakan Fadzil Sitizoner. Buat masa sekarang, Fadzil berada di ICU dan memerlukan pemantauan rapi oleh pihak hospital.
Kita Sitizoner sebagai keluarga sangat mengharapkan doa daripada semua agar Fadzil diberikan kekuatan, kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan rawatan.
Terima kasih atas doa dan sokongan semua. Sayang Sitizoners semua,” tulis Rara dalam hantaran tersebut.
Walau bagaimanapun, punca sebenar Fadzil dimasukkan ke ICU tidak diperincikan kepada umum. Setakat ini, tiada sebarang maklumat lanjut dikongsikan berhubung penyakit atau keadaan kesihatannya.
Situasi itu membuatkan ramai ahli Sitizoners terus mendoakan agar Fadzil diberikan kesembuhan segera dan dipermudahkan segala urusan rawatan yang sedang dijalaninya.
Untuk rekod, Fadzil merupakan antara individu penting dalam kelab peminat Sitizoners. Dia dikenali sebagai seorang yang ramah, mudah mesra serta sangat aktif membantu menjayakan pelbagai aktiviti kelab peminat tersebut.
Selain terlibat dalam penganjuran program hiburan, Fadzil juga sering memainkan peranan dalam aktiviti kebajikan, majlis amal dan pelbagai program sosial yang dianjurkan oleh Sitizoners.
Tindakan Siti Nurhaliza menziarahi Fadzil di hospital jelas menyentuh hati ramai pihak. Rata-rata menyifatkan kehadiran penyanyi itu sebagai bukti hubungan erat yang terjalin antara artis dan peminat, yang bukan sekadar hubungan profesional semata-mata.
Hubungan istimewa tersebut juga membuktikan bahawa kejayaan dan kelangsungan kerjaya seni Siti Nurhaliza sehingga kini bukan hanya bergantung kepada bakat semata-mata, tetapi turut diperkukuhkan dengan keikhlasannya dalam menghargai serta menyantuni para peminat.
Dalam dunia hiburan yang penuh cabaran, sikap rendah hati dan keprihatinan yang ditunjukkan oleh Siti Nurhaliza ini terus menjadikan beliau bukan sahaja disegani sebagai seorang artis, malah disayangi sebagai seorang insan.
“Aifat sempat mengucap di hadapan saya sebelum menghembuskan nafas terakhir.”
Demikian luahan penuh sebak Ahmad Hamada Ayueman, 29, suami kepada seorang wanita penghidap kanser yang disahkan meninggal dunia pada awal pagi tadi selepas mengalami sesak nafas.
Menurut Ahmad Hamada, isterinya Siti Nuraifat Bueraheng, 25, yang lebih dikenali sebagai Aifat, menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.
“Isteri tercinta bidadari saya telah kembali ke rahmatullah. Semoga Allah mengampunkan dosanya, merahmatinya dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman,” katanya.
Mengimbau detik-detik akhir bersama arwah, Ahmad Hamada berkata, saat itu masih segar dalam ingatannya apabila isterinya tetap menghadiahkan senyuman walaupun berada dalam keadaan sangat sukar bernafas.
“Ketika saya sampai di zon merah kecemasan, dia nampak sangat letih dan nafasnya pendek-pendek. Tapi dia masih pandang saya dan senyum. Itu senyuman paling perit pernah saya lihat,” katanya.
Beliau turut mendedahkan bahawa Allahyarhamah sebenarnya telah mengetahui tentang tahap penyakit yang dihidapinya dan sedar bahawa jangka hayatnya semakin singkat.
“Dia cakap perlahan, katanya doktor beritahu hidupnya tak lama. Masa itu hati saya hancur. Saya sebenarnya tahu lebih awal, tapi saya tak pernah sanggup beritahu dia,” katanya.
Ahmad Hamada berkata, dalam keadaan menahan emosi, beliau cuba menenangkan isterinya dengan mengingatkan bahawa soal hidup dan mati adalah ketentuan Allah SWT.
“Saya genggam tangan dia dan cakap, itu kata doktor, bukan penentuan Allah. Kita ini hamba, hidup dan mati semuanya di tangan-Nya,” ujarnya.
Menurutnya lagi, selepas doktor memberikan suntikan morfin bagi mengurangkan kesakitan, beliau setia duduk di sisi isterinya sambil membaca surah Yasin serta beberapa ayat al-Quran sekadar yang mampu dilafazkan ketika itu.
“Itu sahaja yang saya mampu buat ketika itu. Bukan untuk tunjuk apa-apa, cuma itulah satu-satunya harapan yang saya ada,” katanya.
Tidak lama selepas itu, beliau dimaklumkan oleh doktor mengenai perkembangan terkini keadaan isterinya.
“Waktu itu saya sedar, ujian ini bukan lagi soal kuat atau tidak, tetapi sejauh mana kita benar-benar berserah kepada takdir Allah,” katanya.
Menurut Ahmad Hamada, solat jenazah arwah dijadualkan dilaksanakan selepas solat Asar hari ini di Masjid Tok Guru, Bukit Cina, Kelantan.
Terdahulu media pernah melaporkan pengorbanan Ahmad Hamada yang sanggup menjual hampir semua barangan peribadi termasuk sebuah kereta BMW demi mengumpul dana rawatan isterinya yang menghidap kanser sarcoma tisu lutut tahap empat sejak tahun lalu.
Penderitaan arwah bermula apabila beliau mengalami pembengkakan kecil di bahagian lutut kanan selepas terlibat dalam kemalangan motosikal pada tahun 2021, setahun sebelum pasangan tersebut mendirikan rumah tangga.
Kisah Aifat menyentuh hati ramai kerana perjuangannya melawan kanser sarcoma berlangsung dalam keadaan yang sangat mencabar. Penyakit ini antara kanser tisu yang paling agresif, menyebabkan kesakitan berpanjangan dan perubahan besar kepada kualiti hidup. Dalam situasi seperti ini, sokongan keluarga memainkan peranan besar, dan bagi Aifat, suaminya menjadi sumber kekuatan sehingga ke akhir hayat.
Kanser sarcoma tahap empat selalunya memberi simptom yang semakin teruk dari semasa ke semasa, termasuk keletihan melampau, kesukaran bergerak serta sesak nafas seperti yang dialami arwah pada hari terakhirnya. Inilah antara faktor yang memerlukan rawatan kecemasan secepat mungkin.
Kisah perjuangan Ahmad Hamada menjaga isterinya pernah tular sebelum ini apabila beliau sanggup menjual kereta BMW serta barangan peribadi lain demi membiayai rawatan isterinya. Tindakannya bukan sekadar pengorbanan material, tetapi simbol kesetiaan dan cinta yang luar biasa terhadap wanita yang digelar bidadarinya.
Sepanjang rawatan, beliau sentiasa berada di sisi isterinya dan tidak pernah memberi peluang kepada Aifat merasa berjuang seorang diri. Ramai yang mengikuti perjalanan mereka menyifatkan hubungan ini sebagai contoh ketabahan dan pengorbanan dalam sebuah perkahwinan.
Kisah ini turut membuka mata masyarakat tentang bahaya kanser sarcoma yang masih kurang dikenali berbanding jenis kanser lain. Penyakit ini sering dikesan lewat kerana simptomnya mirip kecederaan biasa seperti bengkak atau sakit tisu. Kes seperti Aifat menunjukkan pentingnya pemeriksaan awal terutama selepas kecederaan yang berlarutan.
Bagi masyarakat, kisah ini menjadi peringatan bahawa sokongan emosi kepada pesakit kanser sangat penting. Setiap pesakit memerlukan kekuatan mental dan rohani, selain rawatan perubatan.
Aifat meninggalkan kisah perjuangan yang penuh ketabahan serta suami yang setia sehingga ke akhir hayatnya. Bagi ramai yang mengikuti perjalanan mereka, kisah ini bukan hanya tragedi, tetapi juga cerminan cinta, iman dan redha terhadap ketentuan Allah SWT.
Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman, serta semoga suaminya terus diberi kekuatan dalam menempuh kehidupan mendatang.
Rendam muka dalam air sejuk, bukan hanya kurangkan mata sembap tapi reset emosi. Masih ramai yang pandang remeh dengan tip ini tetapi sebenarnya merendam muka dalam air sejuk waktu pagi banyak manfaat.