Resipi mudah Cendawan Inoki guna Air Fryer, anak-anak suka makan macam ni. Buat mak-mak yang ada air fryer di rumah boleh cuba resipi mudah menggunakan cendawan inoki ni. Memang sedap, bahan-bahan tak banyak malah nak buat pun mudah. Nak buat kudapan, atau bekal sekolah untuk anak-anak pun boleh sangat.

Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Azie Saleh ini sebagai panduan.

Anak-anak suka makan macam ni.

Bahan-Bahan:

sebungkus Cendawan Inoki
1 batang Tauhu telur
Cili flakes
1 biji Telur
1 sudu besar Butter

Cara Membuat:

1. Potong sikit bahagian bawah cendawan Inoki.
2. Susun dalam bekas/kertas dan taburkan dengan Cili flakes. Ikut tahap kepedasan masing-masing.

Resipi Mudah Cendawan Inoki Guna Air Fryer, Anak-Anak Suka Makan Macam Ni3. Masukkan pula tauhu telur, telur dan butter.

Resipi Mudah Cendawan Inoki Guna Air Fryer, Anak-Anak Suka Makan Macam Ni

IKLAN

4. Butter tu just letak je kat mana-mana bahagian. Letak dalam beberapa potong kecil. Anggaran 1 sudu besar macam tu.

Resipi Mudah Cendawan Inoki Guna Air Fryer, Anak-Anak Suka Makan Macam Ni5. Kemudian masukkan dalam air fryer dengan suhu 250°C selama 20 minit. Suhu boleh adjust ikut kesesuaian yang suka.

Resipi Mudah Cendawan Inoki Guna Air Fryer, Anak-Anak Suka Makan Macam Ni

IKLAN

Siap! Selamat mencuba.

Mesti Baca:Cendawan Celup Tepung Super RANGUP, Masuk Sikit Air Kapur, Goreng Garing!
Baca Lagi Di Sini:Buat Sendiri Sup Cendawan Berkrim Lagi Sedap Dari Guna Instant, Jimat!
Artikel Menarik:Tanam Cendawan Volvariella Guna Tandan Sawit,Selepas 9 Hari Dah Boleh Tuai

IKLAN

Mingguan Wanita: Menarik juga resipi cendawan inoki ni. Mudah je guna air fryer. Anak-anak mesti suka boleh bawa bekal ke sekolah.

Sumber: Azie Saleh

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI