Kuih tradisi masih jadi pilihan ramai. Apa kata cuba kuih lapis ubi kayu atau ada yang mengenalinya sebagai bingka kukus atau talam ubi. Bahan utama kuih ini sudah pastinya ubi kayu.
Buat kuih ini agak remeh kerana perlu kukus setiap satu persatu adunan 3 warna itu. Namun setelah siap, segala usaha ini berbaloi kerana kuih lapis ubi kayu ini sedap apabila dimakan.
Cuba Buat Resipi Kuih Lapis Ubi Kayu (Bingka Kukus/Talam Ubi) yang dikongsi oleh Muhamad Muktamin Abdul Karim (Amin Hasibuan) ini.
Resipi Kuih Lapis Ubi Kayu (bingka kukus/talam ubi kayu)
“Mulakan dengan bismillah, niatlah memasak kerana Allah, In Shaa Allah dipermudahkan, kuih dapat pahala pun dapat bagi orang makan.
“Selamat mencuba!
“Boleh juga follow saya di Instagram: MUHAMAD MUKTAMIN BIN ABDUL KARIM @muhamadmuktaminabdulkarim.”
BAHAN-BAHAN
Ads
1 kg ubi kayu yg disagat (diperah)
300 ml atau lebih santan (1 kotak santan + 100ml air)
1 cawan gula pasir
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil garam
3 jenis pewarna pilihan
Sedikit emulco/pewangi kelapa pandan (Ini hanya untuk warna hijau). Nanti kalau letak semua lapisan, takde pulak haruman ubi kayu.
Kelapa parut secukupnya
1-Campurkan, gaul rata kesemua bahan di dalam sebuah mangkuk besar. Kalau nampak agak kering, tambah lagi santan. *Lihat dalam gambar.
Ads
2-Bahagikan kepada 3 bahagian dan warnakan. Emulco letak di lapisan hijau sahaja.
3-Oleskan loyang berukuran 8″ dengan minyak. Lapik dengan kertas minyak seperti dalam gambar. Ratakan adunan,kukus lapisan hijau (bawah) dan merah jambu (tengah) dalam 10 minit. Lapisan dah masak jika ditekan-tekan dah mula anjal, ubi dah agak kering.
Ads
4-Lapisan kuning (atas) dikukus selama 30 minit untuk pastikan keseluruhan lapisan kuih benar-benar masak sempurna. Jika nampak lapisan ubi belum cukup masak, boleh tambah masa.
*Jika menggunakan pengukus elektrik, isi air ke paras maksimum, dah cukup untuk mengukus selama 1 jam.
*Jika menggunakan pengukus di atas api gas, api tidak perlu terlalu besar.
5-Sejukkan kuih lapis (sedikit basah ketika baru masak) sebelum dipotong dengan pisau pemotong kek plastik.
6-Kukus sebentar campuran kelapa parut (bahagian putih sahaja) dan sedikit garam. Kemudian gaulkan dengan kuih lapis ubi kayu yang telah siap dipotong.
7-Untuk mendapatkan 6 lapisan seperti dalam gambar, potong dengan ukuran sama, cantumkan saja 2 potongan menjadi satu atau biarkan saja 3 lapisan.
Bila nak makan masakan ala chinese style, mesti nak kena cari restoran chinese muslim. Sudah tentulah cara masakan mereka pun kena dengan tekak dan selera kita yang memang suka masakan cina.
Tapi kalau kena cara dan tahu resipi, boleh saja mak-mak cuba resipi chinese style ini. Kue tiau thng, salah satu resipi yang mudah dan sedap.
Nak tahu macam mana cara masak kue tiau thng ala chinese style, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Fatyn Zamry ini.
1 ekor ayam (potong besar-besar)
Fishball & fishcake
Serbuk lada putih
Lada putih biji ditumbuk
1 biji sengkuang (saiz sederhana)
Gula batu / gula biasa
2 batang serai – diketuk
Batang Saderi (optional)
2 kiub pati ayam
Garam & serbuk hilal
Taugeh daun bawang
Cabai kicap
Mee/Koey Teow/Maggie/Bihun
Cara Masak Kuah:
1) Campur sekali ayam dibasuh bersih, serai diketuk, sengkuang dibelah 4, serbuk lada putih, lada putih biji yang telah ditumbuk, batang saderi diketuk dan kiub ayam.
2) Rebus hingga mendidih, masuk serbuk hilal, gula batu dan garam. Rebus lagi hingga ayam empuk.
3) Bila dah empuk ayam, angkat dan asingkan ayam. Carikkan isi ayam untuk topping dalam th’ng nanti. Tulang ayam tu masukkan balik dalam kuah, biar merebus sekali. Siap part kuah!
4) Fishball and fishcake boleh dicelur atau goreng. Saya suka goreng, lebih wangi. Jadi gorengkan sekejap, toskan. Potong nipis-nipis untuk dijadikan bahan topping.
5) Minyak bawang putih :
Bawang putih 10 ulas dicincang halus, goreng dengan minyak hingga tukar warna kekuningan dan naik bau. Tutup api. Tunggu sejuk, masukkan bawang sekali minyak tu ya. Biar je, nak makan cedok sesudu.
6) Cili kicap:
Goreng cili padi 20 tangkai, cili merah 3 batang & bawang putih 5 ulas. Goreng sampai naik bau & tutup api. Tunggu sejuk sekejap, blend cili bersama minyak yang ditumis tadi serta kicap. Saya guna campuran kicap mudim + kipas udang habhal warna merah. Siap!
Dah boleh dihidang dengan pilihan mee, taugeh celur serta taburan daun bawang.
Try laa, serius sedap!
Mingguan Wanita : Cara nak buat pun tak adalah susah sangat. Simple tapi sedap ya amat.
Selain kuih dan biskut raya, kudap-kudapan juga antara kegemaran ramai masa hari raya.Seperti kerepek, kekacang dan popia nestum ni. Nak buatnya cukup mudah dan pastinya memang sedap.
Cuma bab yang agak ‘renyah’nak buat popia nestum ni, waktu nak menggulungnya. Jika salah gulung, hujungnya terbuka dan gulungan pun tak cantik sekata.
Rupanya ada cara senang nak gulung kulit popia ni, hanya guna batang straw. Ia membuatkan kulit popia lebih mudah digulung, kemas dan cantik apabila digunting nanti.
Berikut perkongsian daripada Puan Shaiela Ehin sebagai rujukan;
“Buat popia nestum hari ni.Saya lebih suka gulung guna straw je.Semua step ada pada gambar ye.Sesiapa nak cuba buat boleh lah buat. Saya halalkan siapa yang ambil resepi ni”
Bahan-Bahan:
Kulit popia
Nestum
Minyak untuk menggoreng
3 senduk Nestum (dikisar halus)
1 senduk gula (dikisar halus)
1 senduk susu tepung
Tepung gandum
air
Straw
Cara Membuat:
Gulung kulit popia dan letak straw. Hujung tu sapukan bancuhan tepung gandum.Bancuh jangan cair, sedang-sedang je macam buat cucur tu.
2. Gulung sampai habis dan tarik straw perlahan-lahan.
3. Buat banyak-banyak seperti ini.
4. Guntingkan popia secara menyerong dengan gunting yang tajam.
5. Gorengkan popia dalam kuali dengan api sederhana sehingga kekuningan.
6. Angkat, tos dan biarkan seketika.
7.Gaul sebati nestum, gula dan susu tepung selepas itu bolehlah taburkan pada popia yang telah digoreng tadi. Pastikan popia telah betul-betul sejuk.
Siap!
Info Ekstra!
1. Popia yang telah digunting tak perlu dijemur. Biarkan bawah kipas sekejap agar keras dan terus digoreng.Barulah rangup.
2.Jika nak senang letak popia yang dah digoreng dalam besen.Tabur nestum tu, goncang-goncang sikit, siap!
3.Kena cari straw yang keras skit, senang nak tarik.Kalau tak nak melekat sapu tepung gandum dekat straw tu, bila dah gulung senang nak tarik.
4. Goreng api sederhana, kalau api kecil sangat nanti popia tu makan minyak.
Selamat Mencuba!
MW: Buat mak-mak yang nak kudapan sampingan masa hari raya nanti boleh cuba resipi ni. Memang senang sangat nak buat dan terbukti sedap!
Bila musim panas dapat makan dadih sejuk yang lembut dan cair dalam mulut memang nikmat! Kalau beli dadih ni memang agak mahal dan tak puas makan. Elok mak-mak buat sendiri di rumah lebih menjimatkan!
Berikut perkongsian resipi dadih yang dibuat oleh Puan Afieyza Isahak sebagai rujukan;
“Dah lama viral, baru nak cuba.Sungguh, sangat-sangat sedap!Macam dadih yang dimakan masa kecil-kecil dulu. Teksturnya yang lembut. Bila masuk mulut, percikan dia tu buat kita imbau kembali kenangan masa lalu. Rasa sejuk yang turun ke tekak perlahan-lahan. Perghh, syahdu baq hang!”
Okey, Cik Fieyza salin resipi di sini andai ada yang belum pernah buat. Tak rugi cuba! ❤️
Bahan-Bahan:
1 liter susu kotak
Agar-agar tali 20g (Guna 1/3 saja)
Gula ikut kemanisan sendiri
Garam secubit rasa
1 liter air masak/tapis – untuk masak agar-agar
Cara Membuat:
1.Masak agar-agar bersama air masak sehingga larut.
2.Masukkan gula, garam dan susu kotak. Kacau sebati dan suaikan dengan citarasa. Cukup sampai naik wap dah boleh tutup api. Cik Fieyza tunggu mendidih sikit baru tutup api.
3.Biarkan sejuk sedikit kemudian tapis ke dalam bekas dan simpan dalam peti ais.
4.Siap untuk ditelan!!
MW: Mudah je nak buat dadih susu ni, bahan-bahan pun tak banyak. Teksturnya lembut, makan sejuk-sejuk memang sedap! Kena cuba pencuci mulut ni.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...