Reen sedih kediaman mak ayah nyaris dihempap pokok kelapa, air melimpah. Dek kerana angin kencang, rumah ibu bapa pelakon terkenal Reen Rahim nyaris dihempap pokok kelapa.

Bukan itu saja, atap rumah yang bocor juga menyebabkan rumah tersebut dilimpahi air.

Musim hujan yang mengakibatkan banjir begitu membimbangkan. Kejadian yang ditakuti iaitu hujan yang lebat diiringi ribut berlaku malam tadi hingga mengakibatkan sebuah pokok kelapa hampir menghempap kediaman ibu ayah Reen Rahim.

Sebagai anak sememangnya kejadian itu menyedihkan. Namun paling penting dalam kejadian tersebut ibu dan ayahnya terselamat.

Reen Sedih Kediaman Mak Ayah Nyaris Dihempap Pokok Kelapa, Air Melimpah “Kena Kerja Kuat Simpan Duit”

Reen Sedih Kediaman Mak Ayah Nyaris Dihempap Pokok Kelapa, Air Melimpah “Kena Kerja Kuat Simpan Duit”

Reen Sedih Kediaman Mak Ayah Nyaris Dihempap Pokok Kelapa

Seperti yang diluahkan pemilik nama sebenar Noreen Ashikin Abdul Rahim atau Reen hatinya luluh melihat kejadian yang menimpa. Sememangnya dirinya berniat untuk lakukan ubahsuai di kediaman mak ayah tahun ini namun tidak menyangka kejadian tersebut menimpa keluarga.

IKLAN

Namun Allah segala perancangan, selepas ini Reen akui kena bekerja lebih kuat mengumpul duit untuk baiki dan lakukan ubahsuai rumah tersebut.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun Instagramnya air menitis memasuki ruang tamu dan dapur.

“Allahu akbar, hancur nya hati. Niat tahun ni memang simpan duit nak renovate rumah umi sebab paling takut jadi macam ni. Tapi dah tertulis jadi macam ni. Mungkin ini buat aku lagi keja kuat nk simpan duit untuk buat rumah umi elok-elok, doa kan umi abah kuat k…

“Patut hari ni reen bawak dia jalan-jalan shopping-shopping, tapi confim lah balik ni reen bersialat kemas umah,” ujarnya.

Reen Sedih Kediaman Mak Ayah Nyaris Dihempap Pokok Kelapa, Air Melimpah “Kena Kerja Kuat Simpan Duit” Reen Sedih Kediaman Mak Ayah Nyaris Dihempap Pokok Kelapa, Air Melimpah “Kena Kerja Kuat Simpan Duit”

IKLAN

Baca Disini : Shah Alam Banjir Lagi, Ramai Resah Paras Air Sungai Klang Melepasi Tahap Bahaya

“Kami Dipermudahkan Segala Urusan Keluarga Reen” Netizen

Menerusi ruangan komen ramai yang mendoakan agar segala urusan keluarga Reen dipermudahkan.

Reen Sedih Kediaman Mak Ayah Nyaris Dihempap Pokok Kelapa, Air Melimpah “Kena Kerja Kuat Simpan Duit” Reen Sedih Kediaman Mak Ayah Nyaris Dihempap Pokok Kelapa, Air Melimpah “Kena Kerja Kuat Simpan Duit” Reen Sedih Kediaman Mak Ayah Nyaris Dihempap Pokok Kelapa, Air Melimpah “Kena Kerja Kuat Simpan Duit”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Reen Rahim (@reenrahim)

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

IKLAN

Mingguan Wanita :  Allahu sekarang ni musim hujan, masing-masing jagalah keselamatan ya terutama apabila berlakunya bencana banjir. 

Sumber : Instagram Reen Rahim

RAHSIA CANTIK NASHA AZIZ

Fazura Pesan Wahai Wanita Sayangi & Hargailah Diri Anda! 

Tip Cantik Isteri, Ibu & Selebriti Datin Elvina

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI