Shah Alam banjir lagi, ramai resah paras air sungai klang melepasi tahap bahaya. Pengalaman buruk dilalui warga Shah Alam diuji banjir besar awal tahun ini masih menjadi igauan ngeri. Tidak setakat kerosakan harta benda tapi juga melibatkan kematian.

Sejak semalam hujan yang tidak berhenti meresahkan ramai warga Shah Alam. Dalam laporan terkini dari laman web rasmi public info banjir banyak sungai dilaporkan telah dinaiki air hingga paras bahaya.

Dilaporkan setakat jam 7.15 pagi tadi, paras air sungai Klang di Taman Sri Muda, Klang telah melebihi tahap BAHAYA dan trendnya air masih menaik berikutan hujan masih renyai-renyai.

Shah Alam Banjir Lagi, Ramai Resah Paras Air Sungai Klang Melepasi Tahap Bahaya
Beginilah keadaan paras air sungai Klang yang sudah melepasi tahap bahaya sekitar jam 7.15 pagi tadi
Shah Alam Banjir Lagi, Ramai Resah Paras Air Sungai Klang Melepasi Tahap Bahaya
Air sudah mulai naik di kawasan perumahan sejak malam tadi berikutan hujan lebat

Tidak hanya Sg Klang tetapi banyak sungai-sungai lain sudah melepasi tahap bahaya di mana penduduk sudah mula mengangkat barangan ke tempat tinggi mulai malam tadi dan mengalihkan kenderaan di lokasi selamat.

Memetik Sinar Harian, hujan lebat di sekitar Klang, Shah Alam, Puchong dan Kajang sejak tengah malam tadi mengakibatkan beberapa kawasan dinaiki air dan satu kejadian tanah runtuh.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, antara kawasan yang dinaiki air adalah di Jalan Kampung Landasan Bukit Kuda dan Taman Sentosa, Klang; Kampung Sri Aman dan Putra Height Harmoni 1, Puchong; Taman Chi Liung, Teluk Pulai dan Taman Maznah.

“Air turut dikesan naik di Taman Pasir Mas, Jalan Seroja, Jalan Reko dan Taman Teknologi Kajang, Kajang; Bukit Lanchang, Taman Sri Muda dan Jalan Kebun, Shah Alam serta Kampung Sungai Pening dan Sungai Lalang, Semenyih,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

IKLAN

Norazam berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, menerima beberapa panggilan banjir pada jam 12.26 tengah malam.

“Seramai 130 pegawai dan anggota Bomba dan Penyelamat dengan aset logistik membabitkan 20 bot, empat lori, 10 utiliti dan lapan jentera digerakkan ke semua lokasi banjir dan tanah runtuh,” katanya.

Shah Alam Banjir Lagi, Ramai Resah Paras Air Sungai Klang Melepasi Tahap Bahaya
Ramai rungsing dan risau dengan situasi ini kerana awal tahun lalu keadaan cukup buruk
Shah Alam Banjir Lagi, Ramai Resah Paras Air Sungai Klang Melepasi Tahap Bahaya
Kerosakan harta benda menjadi taruhan dalam banjir begini
Shah Alam Banjir Lagi, Ramai Resah Paras Air Sungai Klang Melepasi Tahap Bahaya
Penduduk sudah mula dipindahkan dengan bantuan pihak berkuasa

Norazam berkata, sehingga jam 3.30 pagi, lebih 31 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kediaman mereka dinaiki air.

“Tiga PPS berkenaan dibuka di Masjid Kampung Johan Setia, Bandar Bukit Tinggi 2 dan Sekolah Kebangsaan Ulu Semenyih,” katanya.

IKLAN

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Digelar Switzerland Of Pakistan, SWAT Lokasi Pelancongan Cantik Di Dunia Musnah Dalam Banjir Besar

BANJIR BALING: Ajal Bersama, Jasad Menantu Hamil & Mak Mentua Ditemui Berpelukan!

Terduduk! Bila DiBeritahu Rumah Sudah DiHanyut Banjir.” Dunia Terasa Gelap Seketika

IKLAN

Beliau berkata, kenaikan air yang paling dalam dikesan di pada paras 0.6 meter di Jalan Landasan Kampung Bukit Kuda, Klang, manakala bacaan air terendah dikesan pada paras 0.3 meter di sekitar Taman Sri Muda, Jalan Kebun dan Kampung Bukit Lanchong.

“Kita turut memberi tumpuan kepada golongan warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) dan operasi pemindahan mangsa banjir masih dilaksanakan sehingga jam 4 pagi tadi.Kita turut mengesan trend air mula menurun di beberapa lokasi selepas hujan lebat mulai reda,” katanya.

Norazam berkata, anggota dan pegawai dari Balai Bomba Penyelamat Kajang turut membantu mengeluarkan empat mangsa dalam kejadian tamah runtuh di belakang rumah teres dua tingkat, Taman Sri Jelok, Kajang.

“Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu,” ujarnya.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI