Punyalah banyak kegunaan Limau Purut baik daun mahupun buahnya. Kebiasaannya kita gunakan daun mahupun jus buah limau purut dalam masakan seperti Tomyam, paprik dan sebagainya. Namun sebenarnya banyak lagi kegunaan limau purut ni secara semulajadi untuk merawat kesihatan dan kecantikan diri.
Limau Purut atau nama saintifiknya “C. Paeda Miq”. Sedikit perkongsian berkaitan dengan limau purut. Setiap kejadian ada kebaikan alami yang Allah jadikan, patut kita bersyukur dan kagumi.
1. Daun Limau Purut:
a) Badan Letih, Lemah
Boleh merawat badan letih atau lemah, serta badan berbau.
Bagi badan yang lemah atau letih, ambil dua genggam daun limau purut dan direbus di dalam tiga liter air. Biarkan mendidih selama sepuluh minit. Selepas itu, ambil dan masukkan ke dalam air mandian untuk digunakan semasa mandi.
b) Badan Berbau
Bagi badan yang berbau pula, boleh ambil tujuh helai daun dan ditumbuk lumat, gaulkan dengan sedikit madu lebah, jadikan bulat-bulat kecil satu biji waktu pagi, dan satu biji waktu malam sehingga bau badan hilang.
2. Buah Limau Purut:
Boleh merawat selsema, amandel, demam campak, ruam, batuk, kelemumur dan rambut berbau.
a)Kurangkan Selsema/Demam
Bagi mengurangkan selsema atau demam, boleh ambil sebiji limau purut lalu dipotong dan diperah airnya, masukkan ke dalam air sederhana panas atau suam dan terus minum.
b) Tongsil
Ads
Bagi amandel (tongsil bengkak), boleh ambil buah limau dan diperah airnya dan dicampur dengan air perahan kunyit (kunyit dari rizom). Kunyit kena tumbuk lumat untuk dapatkan airnya. Kemudian, campur air perahan limau, air kunyit dengan sesudu madu. Amalkan sekali sehari.
c) Demam Campak
Bagi demam campak, boleh ambil sebiji buah limau dan dipotong dua, dibakar hingga kulitnya berwarna hitam. Setelah buah sejuk, gosok pada bahagian yang sakit dengan buah tadi.
d) Batuk
Bagi yang kerap batuk, boleh perah air limau purut dan campur dengan sedikit madu dan terus diminum.
e) Rambut Berbau
Ads
Dan bagi yang bermasalah rambut berbau, boleh ambil kulit buah limau dan parut, perahkan airnya lalu disapu pada kulit kepala. Biarkan lima belas minit, dan bilas dengan air biasa.
f) Kelemumur
Jika kelemumur pula, ambil sedikit air perahan buah nenas, sedikit perahan air buah limau purut dan sedikit santan segar, campurkan. Jadikan sebagai syampu dua hingga tiga kali seminggu.
Kaedah Penanaman:
Bagi saya yang tiada ruang yang besar atau lebih tepatnya rumah taman, saya hanya menggunakan pasu yang dibeli dari Mr. DIY. Penggunaan tanah hitam sawit dicampur dengan cocopeat serta sekam padi bakar sebagai medium.
Pembajaan saya menggunakan baja TPF atau boleh guna BAJA NLEYGROW (organik). Seminggu sekali akan disembur dengan BIO BOOSTERuntuk menggalakkan pertumbuhan pokok. Lihat sahaja pada setiap hujung tangkai pokok saya akan dipenuhi dengan buah limau purut walau ditanam di dalam pasu.
Ads
Kawalan serangga pula, saya menggunakan cuka kayu dan strex secara berselang seli dan berkala. Ingat, daun limau purut sangat digemari oleh ulat.
Jom, tanam pokok limau purut di tepi rumah. Walaupun ianya mengambil masa untuk membesar, tapi memudahkan kita bila perlukannnya.
Mingguan Wanita: Banyak khasiat pokok limau purut ni untuk kesihatan dan kecantikan diri, baik daun mahupun buahnya. Seeloknya kita tanam sendiri di rumah untuk manfaatkan kegunaannya.
Bagi mak-mak yang suka masak lala ada cara mudah untuk pastikan lala ini mudah terbuka dan senang untuk dicuci bagi mengelakkan lala yang busuk mahupun berpasir. Ada pelbagai tip dan cara yang boleh dicuba. Namun ini tip yang paling mudah dan berkesan, malah lebih yakin untuk makan bila dicuci bersih satu persatu begini.
Saya ingin berkongsi cara saya untuk senang cuci Lala supaya dapat elakkan yang busuk atau berpasir hitam. Bagi saya cara ni sangat berkesan. Dulu pernah cuba cara rendam dengan cili kering, tapi tangan saya jadi pijar. Cara ni insha Allah cepat dan mudah.
Caranya-caranya ada di gambar:
1. Lala yang dibeli dari pasar terus keluarkan tanpa cuci dan letak dalam bekas besar supaya ada ruang untuk lala. Biarkan dalam freezer dalam masa 20 minit. Letak kejap je, jangan sampai frozen. Bagi dia sejuk. Nanti dia auto terbuka, yang hidup semua terbuka.
2. Lepas dah 20 minit nanti semua akan terbuka sendiri.
3. Sekarang boleh check, memang 80% terbuka. Mana yang terkatup rapat tu confirm busuk atau berpasir.
4. Dah boleh cuci bawah air paip macam ni. Kita puas hati cuci sebab boleh nampak isi dia mana yang kotor, makan pun tak was-was.
Mingguan Wanita:Begini rupanya cara mudah untuk bersihkan lala, elak berpasir mahupun busuk. Boleh cuba untuk makanan laut jenis bercengkerang yang lain juga nanti.
Ada sampai satu tahap, mak-mak akan rasa stres dengan kerja-kerja rumah yang sentiasa tak habis. Mulalah cari masa nak ‘me time’ tanpa perlu gangguan daripada orang sekeliling. Nak bercuti atau shopping dengan kawan-kawan atau mungkin seorang diri.
Kononnya dengan ‘me time’ ini hilang segala stres. Dalam fikiran, nak bercuti dengan kawan-kawan atau shopping pun ssalah satu cara ‘me time’.
Nak ‘me time’ bukan nak kena ambil masa nak bercuti atau bershopping. Tapi, ‘me time’ lebih kepada bersendirian dan masa untuk mak-mak nimati masa itu. Ikuti penjelasan daripada Dr Ahmad Rostam Md Zin ini.
Ramai antara kita pada zaman ini tercari-cari ruang untuk bersendirian. Bukan bertujuan untuk melarikan diri dari tanggungjawab sedia ada tetapi lebih kepada ruang untuk bertenang dan kembali melaksanakan apa yang perlu dilakukan.
Kita semua tahu kita perlukannya tetapi pada masa yang sama kita tak tahu bagaimana mahu melakukannya. Ramai juga yang mengakui begitu susahnya untuk ber’me time’ kerana kekangan masa dan kesibukan seolah-olahnya ‘me time’ itu sendiri adalah agak menyusahkan dan rumit
Namun begitu, berdasarkan pengalaman saya bersama pesakit, saya mendapati ada begitu banyak salah faham/kesalahan berkaitan ‘me time’ yang menyebabkan ia tidak bermanfaat pada individu tersebut. Saya senaraikan di bawah cara yang lebih baik untuk panduan anda semua:
1. Konsep utama ‘me time’ ialah ‘to be with silent’: Bersendirian dengan diri anda sendiri dan apa sahaja yang ada dalam lingkungan deria anda pada ketika itu.
2. Ia tidak sepatutnya ‘rigid’ kepada masa tertentu, situasi tertentu atau perbuatan tertentu semata. Boleh ubah ikut selesa kita
3. 5 minit pun cukup, 10 minit pun tidak apa, setengah jam pun boleh, sehari dua pun boleh. Ikutlah.
4. ‘Putuskan’ sementara dengan segala hal dunia. Nikmati detik tersebut sebaiknya
5. OFFLINE!! ‘Me Time’ sambil tengok dan ‘update’ pelbagai status sosial media bukan ‘me time’ namanya. Sebenarnya, zaman sekarang ini kalau boleh offline itu sendiri dah macam satu nikmat hidup yang berlainan dah. Aman damai
6. Jadikan ia rutin dan juga rawak. Waktu makan boleh jadi ‘me time’. Waktu ibadah adalah ‘me time’. Waktu menung juga ‘me time’. Ber’me time’ dengan perkara biasa yang kita memang buat hari-hari lebih mudah berbanding mencari benda baru
7. Tidak perlu tunggu stress baru mahu cari masa untuk diri sendiri. Masa untuk diri sendiri ini penting untuk kita berefleksi, muhasabah, kerehatan jiwa dan minda. Kalau sudah muka stress baru nak mencari ‘me time’, saya yakin ia akan menambah stress sahaja
8. ‘Me time’ ini sifatnya ringan dan longgar, jangan beratkan dan susahkan
Ok. Setakat itu sahaja. Dah boleh mula dah kalau mahu cuba-cuba ‘me time’.
Mingguan Wanita : Kita pulak fikir nak berme time kena ambil masa dan waktu tertentu untuk bercuti. Sebeanrnya ½ jam pun boleh. Jangan beratkan dan susahkan diri nak fikir tentang me time pula.
Perkara yang paling merisaukan mak-mak bila salah seorang ahli keluarga mula batuk, demam atau selesema. Mesti lepas ini berjangkit pada anggota keluarga yang lain. Pulak tu, nak sembuh pun ambil masa yang lama juga terutamanya batuk dan selesema.
Tak ada cara lain selain daripada mengambil ubat klinik untuk mengurangkan masalah kesihatan yang dialami ini. Sampaikan untuk elak berjangkit pun ada mak-mak yang siap ada ubat ‘spare’ di rumah.
Sebenarnya, boleh juga mak-mak guna petua orang dulu, elak msaalah kesihatan ini berjangkit dengan guna bahan dapur saja.
Dikatakan dengan bawang merah saja boleh membantu untuk elak berjangkit satu rumah. Boleh cuba perkongsian daripada Dari Dapur Tokma ini. Mungkin boleh membantu sebelum mengambil ubat klinik.
PETUA ELAK DEMAM/SELSEMA/BATUK BERJANGKIT SATU RUMAH
Pernah dengar tak petua orang tua-tua dulu.
“Kalau anak demam/selsema/batuk, ambil bawang merah, kupas dan hiris. Letak bawah bantal dia tidur, Insya Allah sehari dua dah sembuh.”
Kebetulan, anak ke 2 selsema berjangkit dengan abahnya. Lepas ada batuk-batuk sikit. Jadi cuba praktikkan petua ni.
Letak bawang merah ni kat bawah bantal dia, atas meja solek dalam bilik, ruang tamu dan di dapur.
Lepas tu tumbuk bawang putih (bawang merah pun boleh), lepas tu campur minyak masak dan sapu kat dada, kaki dan atas hidung (sikit je).
Esoknya, tengok hidung anak tak berair dah. Kering. Batuk yang baru nak menjadi tu pun dah tak kedengaran. Syukur alhamdulillah.
Tak sempat berjangkit ke kakaknya. Bukan anak je sembuh, selesema abahnya yang dah 3 hari asyik makan ubat selesema tapi tak baik-baik tu pun dah sembuh..
Apa yang ada pada bawang ni ye agaknya??
Berdasarkan sumber dari seorang rakan Fb yang beliau terima dari sahabatnya yang bekerja di makmal, rupa-rupanya:
Bawang adalah sejenis sayuran yang mengandungi kandungan antioxidant yang tinggi dan ada kimia anyg bersifat asidik juga antibakteria.
Jadi apabila kita potong bawang dan rasa nak menangis, sebenarnya bawang tu LEPASKAN GAS yang bersifat antibakteria.
Sebab tu bila kita letak di tepi katil orang demam/selesema dia “nampak” membantu sebab bawang LEPASKAN gas antibakteria.”
Jadi kepada anda, yang anak kerap demam/selsema/ batuk tu, bolehlah cuba petua ni ye.
Seeloknya bila salah seorang dari ahli keluarga dah terkena tu, terus buat. Insya Allah cara ni dapat elakkan dari satu rumah berjangkit. Semuanya dengan Allah juga. Insya Allah.
Mingguan Wanita : Kalau anak kerap alami masalah ini, boleh cuba buat. Mudah-mudahan membantu.
Ibu ayah risau keselamatan di sekolah. Susulan kejadian pagi tadi tiada siapa menyangka hari persekolahan biasa itu akan berakhir dengan tragedi yang meragut nyawa...