Sumber: myMetro

Covid-19 berada di mana-mana sahaja. Oleh itu berikutan kes yang meningkat di beberapa tempat, kerajaan mengambil keputusan untuk melaksanakan  Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sandakan, Tuaran, Papar dan Klang bermula 9 Oktober ini.

PKPB Akan Dilaksanakan

Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sandakan, Tuaran, Papar di Sabah dan Klang di Selangor selama 14 hari bermula 9 Oktober ini.

Langkah itu diambil susulan terdapat lebih 40 kes positif di semua kawasan terbabit, selain membolehkan pengesanan kes secara bersasar dilakukan sepanjang tempoh berkenaan.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pergerakan masuk dan dari kawasan itu tidak dibenarkan.

Hanya perkhidmatan perlu termasuk kilang dan rantaian yang berkaitan perkhidmatan perlu adalah dibenarkan.

“Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) akan menyenaraikan jenis perkhidmatan perlu atau perkhidmatan lain di kawasan itu,” katanya pada sidang media khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) secara langsung menerusi Facebook hari ini.
Baca Juga Di Sini:
Untuk info lebih menarik klik saja di sini. 

Hanya 2 Orang Saja Dibenarkan Keluar Sepanjang PKPB

Menurut Ismail Sabri, antara prosedur operasi standard (SOP) ialah hanya dua orang saja dibenarkan keluar memberi barang keperluan.

“Semua perniagaan bukan keperluan ditutup, restoran, kedai runcit, kedai serbaneka dibuka bermula 6 pagi hingga 6 petang, manakala pembelian makanan secara pandu lalu, kaedah penghantaran dan bungkus saja dibenarkan.

IKLAN

“Waktu operasi stesen minyak adalah antara 6 pagi hingga 6 petang, manakala operasi pasar harian antara 6 pagi hingga 2 petang, sementara pasar malam, pasar tamu serta pasar tani tidak dibenarkan,” katanya.

Penduduk Tidak Dibenarkan Bekerja

Beliau berkata, klinik dan hospital dibenarkan beroperasi 24 jam manakala farmasi dan kedai ubat-ubatan dibenarkan beroperasi dari 6 pagi hingga 6 petang.

Katanya, kenderaan yang membawa barangan keperluan dibenarkan keluar masuk dengan kebenaran polis terlebih dulu.

Selain itu, perkhidmatan e-hailing dibenarkan membawa hanya dua penumpang dan beroperasi dari 6 pagi hingga 8 malam saja.

IKLAN

“Perkhidmatan bas ekspres dan bas henti-henti, tidak dibenarkan,” katanya.

Menurutnya, penduduk di kawasan terbabit tidak dibenarkan keluar untuk bekerja sepanjang tempoh itu dan meminta majikan tidak mengambil tindakan kepada pekerja.

Rumah Ibadat Ditutup

Beliau berkata, masjid, surau, rumah ibadat bukan Islam serta institusi pengajian tinggi awam dan swasta, pusat jagaan kanak-kanak, pusat tahfiz, sekolah dan tadika juga ditutup.

IKLAN

Selain itu, semua aktiviti sukan, sosial dan budaya juga tidak dibenarkan di kawasan itu.

“Bagi memastikan pelaksanaan perintah ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), pihak berkuasa tempatan dan pegawai diberi kuasa untuk mengawal seluruh kawasan terbabit,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, mesyuarat khas MKN hari ini juga bersetuju PKPD Bersasar di Rumah Pangsa Tongkang Yard di Seberang Perak ditamatkan berkuat kuasa 12.01 tengah malam ini.

“Terima kasih kepada KKM dan barisan depan atas kejayaan melandaikan Covid-19 di kawasan itu,” katanya.

MW: Selagi Covid-19 masih menghantui semua, diharap mak-ayah sentiasa memantau ahli Keluarga. Elakkan diri daripada keluar rumah jika tidak berkeperluan dan elakkan tempat-tempat yang sesak. Biasanya diri kita dengan kehidupan normal baharu. #kitajagakita.

Sumber: myMetro 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI