Pilihan Suami Ustazah Asma Harun “Peringkat Awal Mulanya Mak Ayah Tak Setuju”. Dalam perkahwian pilihan calon suami atau isteri, serta mendapat persetujuan restu ibu ayah amatlah penting agar perkahwinan mendapat keberkatan dan kebahagiaan.

Bukan mudah rupanya untuk meyakinkan mak ayah mengenai calon suami pilihan Ustazah Asma Harun ketika itu.Pada mula membuat pilihan calon suami, ternyata mak ayah pendakwah bebas ini tidak bersetuju.

Pilihan Suami Ustazah ASMA HARUN “Peringkat Awal Mak Ayah Tak Setuju”

Pada ketika itu, mak ayah pendakwah ini mengharapkan calon menantunya juga dalam bidang agama, ustaz di dalam pengajian Islam.

“Asma,pilihlah ustaz. Pergilah belajar dulu sampai Mesir, manalah tahu jumpa Ustaz Pengajian Islam” ujarnya.

Ini yang dikongsikan oleh Ustazah Asma mengimbas ‘kisah cinta’ sebelum mendirikan rumahtangga dalam video pendek di Instagram.

Pilihan Suami Ustazah ASMA HARUN “Peringkat Awal Mak Ayah Tak Setuju”

Kisah Cinta Unik

Menyifatkan kisah cinta mereka unik. Bermula tempoh istikharah, siasatan latar belakang dan berdoa Ustazah Asma menerima untuk bernikah tanpa mengetahui bagaimana orangnya. Hati mula suka dan jatuh cinta, walaupun tak pernah berjumpa dan tak pernah tengok rupa.

Pilihan Suami Ustazah ASMA HARUN “Peringkat Awal Mak Ayah Tak Setuju”

IKLAN

Ustazah Asma juga mengakui bahawa dirinya yang mengusulkan pada suami untuk bernikah. Walaupun suaminya ketika itu agak risau kerana masih dalam pengajian sarjana.

“Kalau betul serius, masuklah meminang, kalau serius datanglah berjumpa mak ayah”

 

“Tak apa rezeki lain Allah akan bagi selepas nikah,” jelas Ustazah Asma Harun.

Restu Mak Ayah

Keberanian suami Ustazah Asma ketika itu, datang seorang diri naik bas dari Johor untuk datang berjumpa dengan mak ayah pendakwah ini bagi meluahkan hasrat hati untuk berkahwin. Ia sekaligus bagi meyakinkan kedua orang tua pendakwah ini yang kurang setuju pada mulanya dengan pilihan Ustazah Asma.

“Bila dah nak sesuatu, kena bersungguh-sungguh,” ujar Fazli mencelah.

Namun usaha bersungguh-sungguh untuk bernikah, melembutkan hati kedua mak ayah pendakwah ini untuk menerima sekaligus merestui perkahwinan mereka.

IKLAN

Pilihan Suami Ustazah ASMA HARUN “Peringkat Awal Mak Ayah Tak Setuju”

Ketika berumur 22 tahun, Ustazah Asma mendirikan rumahtangga dengan suaminya, Tengku Fazli Tengku Yahya yang ketika itu masih merupakan pelajar Sarjana di Universiti Teknologi Malaysia dan bidang Kejuruteraan Kimia.

“Selepas berkahwin, memang Allah uji susah. Rumah kecil tiada dapur, tiada kereta naik motor ketika sarat mengandung, basuh baju guna tangan, beli mesin basuh selepas ada anak.

“Ketika itu bukan mak ayah tak nak bantu, sebaliknya kami ingin berdikari,”

“Memang mengimbau kenangan, suami masih belajar waktu itu dan saya masih baru balik Mesir, memang takde kerja dan hidup seadanya,”

IKLAN

“Alhamdulillah, ada ahli keluarga yang bagi pinjam duit untuk berbelanja. Semua barang adalah second hand orang bagi, peti ais, perabot,” ujar Ustazah Asma yang seronok apabila mengenang semula saat susah ketika membina keluarga.

Kini pasangan bahagia ini memilki 7 orang cahayamata iaitu Atikah, Luqman, Maisarah, Imran, Sofwan, Raihanah dan Fatimah.

Pilihan Suami Ustazah ASMA HARUN “Peringkat Awal Mak Ayah Tak Setuju”

Mesti Baca:‘Mengaji, Makan, Berjalan, Tengok TV Pun Berjemaah’ Rahsia Harmoni 10 Beradik
Baca Lagi Di Sini:“Tidak Salah Ingin Menjadi Kaya, Namun Jadilah Orang Kaya Yang Beriman Dan Bertaqwa” Ustazah Asma’ Harun
Artikel Menarik:“SEJAK KECIL DAH BIASA DIDIDIK MENYANTUNI ASNAF” Ustazah Asma’ Dedah 39 Kisah Sempena Hari Lahir

Mingguan Wanita: Semoga berkekalan perkahwinan Ustazah Asma dan suami, dan berbahagia bersama anak-anak hingga ke syurga.

Sumber: Ustazah Asma Harun

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI