Sesetengah mak-mak, minum ais kosong atau minuman berais boleh segarkan badan kembali. Maklum saja dalam sehari-hari, tentu badan mak-mak penat dengan kerja rumah yang tak pernah habis. Kadang-kadang tak sempat nak makan pun.

Nak segarkan badan, jangan sesekali amalkan minuman berais. Tak baik untuk kesihatan. Aada cara lain yang boleh membuatkan mak-mak kembali segar. Tak perlu ambil minuman berais pun. Yelah, sejuk kan!

Sebenarnya, ada cara nak segarkan badan, plus untuk mak-mak nampak awet muda dan kulit cantik. Tak perlu nak ke pusat rawatan, dengan hanya guna bahan di dapur saja. Boleh amalkan setiap hari.

Inilah yang dikongsikan oleh No Or tentang bagaimana nak segarkan badan yang lemah dan rasa macam nak demam. Amalkan minuman campuran biji selasih, kayu manis dan limau kasturi saja.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Kongsi Petua Hilangkan Jerawat Dan Jeragat Paling MURAH, Patutlah Wanita Thai Cantik-Cantik!

Petua Elak Serangga Tanaman, Sembur Rendaman Kulit Bawang Selama 3 Hari, Selesai Masalah!

Info Lebih Menarik DI SINI

Segarkan Badan, Amalkan Minuman Ini

PETUA SEGARKAN BADAN

Sudah 2 hari, badan rasa lemah macam nak demam. Teringat kat dapur ada biji selasih.
Kalau ikut petua orang tua, selasih boleh sejuk kan badan dan tingkatkan daya ketahanan badan jugak.

Dalam kajian perubatan pun dah terbukti biji selasih ini boleh rangsang penyerapan, tingkatkan aliran darah, legakan sawan, demam dan sebagai pembersih toksin.

IKLAN

Selasih juga mampu kurangkan risiko penyakit jantung. Selain itu, dalam kajian tabung uji pula, ekstrak biji selasih mampu bunuh bakteria berbahaya dan mencetuskan kematian sel barah. Haaa, kan ada banyak tu khasiatnya.

Tiada Rasa

Biji selasih ini tak ada rasa. Nak dapat kan rasa yang sedap dan khasiat yang lagi power, Cik No tambah Kayu manis Ceylon (KMC) dengan limau kasturi.

Bau harum wangi bau KMC tu, bila bergabung dengan limau kasturi. Memang nyaman. Bila dah minum memang sedap. Memang automatik rasa segar terus ke seluruh badan.

Bagi khasiat limau kasturi pula, ia boleh haluskan kulit dan tingkatkan penghasilan kolagen dalam badan kita. Boleh buat kulit nampak cantik dan muka kita awet muda.

Kalau kayu manis pula, tak dinafikan banyak khasiatnya. Petua ini baik untuk kita amalkan

IKLAN
Resipi:
1/2 batang Kayu Manis Ceylon
1/2 sudu teh biji selasih
2 biji limau kasturi
Cara Membuat:
1. Rebus Kayu Manis Ceylon dengan 1 gelas air hingga didih. Dah tutup api, tunggu suam.
2. Masukkan biji selasih, tunggu seketika.
3. Bila nak minum, baru perahkan limau kasturi.

 

Petua Segarkan Badan, Minum Air Campuran Ini, Kulit Pun Cantik & Awet Muda

Ingat, guna Kayu Manis Ceylon, sebab nak minum selalu.

Kulit Kayu Manis yang biasa itu, tak boleh minum banyak. Nanti boleh rosakkan organ hati.

Lagi satu, kalau limau kasturi tak ada, bolehlah gantikan dengan lemon

Kalau nak sihat, buat pilihan tepat. Jangan pilih yang mudarat

IKLAN

#PetuaSihatCik No Or

Mingguan Wanita : Nak sihat, kenalah ada usaha dan bukannya ambil jalan mudah. Kan…

Sumber: No Or

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

 

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI