car seat

Kebanyakan mak ayah sudah tahu kegunaan car seat sangat membantu untuk elakkan kejadian yang tak diingini apabila berlaku kemalangan, namun mungkin disebabkan kurang kemampuan maka barang keperluan ini diketepikan.

Ada juga yang dah beli tetapi anak tak nak duduk, akhirnya simpan dalam stor. Si mak pun rela pangku anak dalam pelukan sebab kasihkan anak nak bagi selesa tanpa tangisan. Terus abaikan risiko hentaman kuat kalau terjadi kemalangan yang boleh menyebabkan anak terlepas daripada pelukan ibu atau lebih malang lagi anak tercampak keluar!

Cuba renungkan seketika, alangkah lebih bagus kalau mak ayah boleh berusaha mengelakkan kejadian buruk seperti ini berlaku dengan sediakan car seat pada si anak. Jadi untuk mak ayah fikirkan balik, jemput baca perkongsian saudara Mursyid Ismail ini.

Mak Ayah, Gunalah Car Seat

Pesanan khidmat masyarakat walaupun cuti raya lambat lagi. Pesan siap-siap, sempat pergi beli car seat awal.

Sedu sedan baca kisah kemalangan setiap tahun. Tak tahu kejadian sebenar dan apa yang berlaku. Tapi pengajaran yang boleh diambil, LETAKKAN ANAK DI DALAM CAR SEAT DAN PASANGKAN SEATBELT.

Especially parents muda yang baru anak pertama, mesti kesian anak ‘terpaksa’ duduk carseat. Nak manjakan la anak tu, nak peluk anak ketat-ketat tak lepas. Alasan paling common, baby nangis taknak duduk dalam carseat. Kesian dia.

IKLAN

Hmm.. elok la tu. Kesian la sangat. Dah banyak study dan awareness dibuat, sekuat mana, seketat pelukan ibu pada anak kalau dalam kemalangan, peratusan anak tercampak dari pelukan ketat-mesra-penuh-kasih-sayang itu TERSANGATLAH TINGGI. Common sense, apa-apa jadi kita self protect auto reflect, mana sedar siapa di pangkuan.

Tolong lah, tolong lah gunakan carseat dengan betul. Permulaan memang baby akan nangis, lama-lama dia akan biasa dan selesa. Tak lama mana pun, setiap hari korang buat selama seminggu, baby dah sesuaikan diri. nNk best lagi? Kena angin aircond kereta mewah korg tu, lagi syiokkk baby tu tido. Nyenyak, dipeluk ketat oleh seatbelt.

Percayalah pesan bapa anak tiga ni. Perjalanan ke Kuala Lumpur-Kedah anak-anak saya, alhamdulillah akan tidur sepanjang 4jam perjalanan. Masuk kereta, bagi susu sorg satu, belum sempat tol jalan duta, hanyut tiga-tiga. Tinggallah bapanya di depan sorang-sorang, maknya pula belakang sekali sorang-sorang main fon. Sunyi bapanya, nak bersembang jenuh menjerit.

IKLAN

Satu lg tip, bila nak belikan hadiah anak sulung untuk kawan-kawan, tanyakan dah beli carseat belum. Kumpul duit sesama kawan-kawan hadiahkan carseat kat new parents tu. Carseat adalah lebih utama dari stroller.

Kelebihan Anak Duduk Dalam Car Seat

Saya kongsikan beberapa lagi kelebihan mendidik anak kecil di dalam car seat selain dari faktor keselamatan:

1. Mudah untuk travel jauh mahupun dekat, walaupun tanpa pasangan. Anak yang selesa dalam carseat tak kisah berjalan tanpa ibunya. Pengalaman saya sendiri. Dek kerna isteri seorang cikgu, hari sabtu selalu ke sekolah. Saya dan anak-anak akan keluar dating dan kadang-kadang ke majlis kenduri tanpa isteri. Saya pernah menghadiri kenduri di bandar Melaka dan Kuantan bersama anak tanpa isteri.

IKLAN

2. Senang nak diusung ke mana-mana. Bayangkan anak tengah tidur dalam carseat, kita pulak dah sampai destinasi. Kalau didukung nanti anak mudah terjaga. So apa yang saya buat, saya akan angkat carseat tersebut dan bimbit ke tempat yang nak dituju. Kawan-kawan biasa tengok saya bawak carseat ketika kenduri ataupun restoran diletakkan di atas meja. Senang. kita dapat pantau anak yang sedang nyenyak tidur.

3. Kebiasaan pasangan suami isteri ada dua kereta. Masalah paling kerap berlaku, tertinggal stroller dalam kereta lagi satu ketika di mall atau hypermarket. nak dukung anak nnt susah nak beli barang. Cara paling mudah, angkat carseat letakkan dalam troli. Selesai, sangat praktikal. Isteri bawa troli berisi carseat, suami bawa troli berisi barang shopping.

4. Anak ada masalah nak tidur di tempat baru? Selalu jadi bila balik rumah saudara atau ke hotel. Carseat lah penyelamatnya. Sambil minum susu botol, dodoikan anak dalam carseat sampai terlena. Dah nyenyak, pindah anak ke atas katil. Berkesan, cubalah sendiri.

Nah, itulah dia kelebihan dan kemudahan bagi kita parents dalam menguruskan anak dengan mengaplikasikan carseat sepenuhnya. perkongsian saya adalah berdasarkan pengalaman sendiri menguruskan anak-anak yang sudah berusia 6, 3 dan 1 tahun.

Semoga anda mendapat manfaat dan mempraktikkan sebaik mungkin.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI