Kadang-kadang kita rasa pelik bila nasi kerap basi, sedangkan baru setengah hari masak. Adakah sebab periuknya atau pun beras yang kita guna itu tidak sesuai. Mana silapnya.
Perkara ini bukan sekali berlaku, mungkin banyak kali berlaku pada periuk nasi yang kita masak. Pelbagai cara yang mak-mak guna untuk elak nasi basi. Basuh periuk dengan sabun yang banyak pun tak menjadi.
Pelik bila keadaan ini berlaku. Mungkin beras yang kita gunakan itu dah lama atau periuk nasi kita yang ada masalah.
Jadi, Ida Shahida berkongsi tip yang boleh digunakan apabila nasi kerap jadi basi.
Nasi Kerap Basi
Periuk nasi dan nasi kerap jadi basi?
Sebab nasi dah pernah jadi basi berkali-kali jadi periuk nasi dah penuh bakteria.
Kalau nasi dah pernah jadi basi 2-3 kali atau kerap dibiarkan nasi sampai basi dalam periuk memang akan hadapi masalah nasi cepat basi.
Sepatutnya nasi akan boleh bertahan 24 jam atau lebih sikit jika dimasak.
Ads
Jadi ada petua kalau nasi dah selalu sangat jadi basi atau cepat basi.
Guna Garam Dan Asam Keping
Cuci bersih periutk dengan sabun. Selepas itu, masukkan 3 genggam penuh garam kasar yang dicampurkan dengan 10 keping asam gelugur atau asam keping. Masukkan sedikit sahaja air supaya garam dan asam keping sebati.
Basuh atau kisarkan periuk dengan bahan tadi dengan tangan selama 3-4 minit. Selepas itu biarkan selama 15 minit. Ulang sebanyak 3-4 kali.
Pasti lakukan pada tudung periuk sekali. Selepas itu, barulah dicuci dengan sabun dan bilas dengan air bersih selama 2-3 kali.
Selepas itu, bolehlah didihkan selama 15 minit dengan air bersih. Boleh lakukan lagi apabila masalah ini berulang lagi.
Satu lagi cara untuk petua elak nasi basi cepat, boleh gunakan cara ini.
Basuh bersih periuk dan tudung periuk nasi dengan sabun.
Selepas itu, isi air penuh ke dalam periuk dan didihkan. Ambik 4 genggam penuh garan dan segenggam asam keping. Biarkan ia mendidih selama satu jam.
Ads
Selepas itu, biarkan selama 10-15 minit dan barulah bersihkan periuk tadi dengan bersih.
Sekarang, periuk nasi pun dah elok dan masak nasi pun sedap dan tidak cepat basi. Kalau setakat 36 jam, insya Allah, masih elok dimakan.
Kalau nasi basi dalam periuk itu terjadi lagi, lakukah petua dan langkah yang sama.
Walau bagaimanapun, kalau periuk tak ada masalah basi pun boleh buat juga sebab nak kekalkan kebersihannya maka masalah basi tidak mendatang.
Asam dan garam fungsinya ialah mematikan kuman atau bakteria pada periuk…kalau periuk nasi akan membuatkan nasi anda cepat basi itu bermakna terlalu banyak bakteria yang berkemungkinan sebelum ini periuk berkenaan pernah nasi jadi basi beberapa kali sudah.
Jadi, gunalah petua ini. Kalau rajin sebulan sekali buatlah….
MW: Lepas ini boleh cuba petua ini, bila nasi kerap basi ye! Guna asam keping dan garam saja.
Tiap kali penghujung tahun, pastinya mak ayah sibuk atur rancangan untuk pergi bercuti bersama anak-anak. Maklumlah, musim cuti sekolah panjang macam nilah masanya nak bawa anak-anak pergi berjalan. Bahkan ramai mak ayah yang awal-awal lagi sudah ‘simpan’ cuti tahunan mereka hingga ke hujung tahun. Selalunya percutian keluarga pada penghujung tahun ini lebih lama dan lebih banyak memakan belanja.
Dalam keadaan zaman serba serbi mahal ini, kenapa masih ramai ibu bapa yang mampu bawa anak-anak mereka pergi bercuti? Sebabnya mereka sudah rancang dari awal tahun lagi. Jadi, bajet telah dibuat awal, lagi mudah nak merancang perbelanjaan.
Tabung Percutian
Ada juga ibu bapa yang mewujudkan ‘tabung percutian keluarga’. Setiap bulan, akan diperuntukkan sejumlah wang untuk percutian hujung tahun sekeluarga. Ada ibu bapa yang akan ajak anak-anak untuk turut sama menyumbang. Misalnya setiap hari anak-anak diberikan belanja sekolah RM5. Setiap seorang ‘digalakkan’ untuk memasukkan baki wang belanja mereka di dalam tabung percutian keluarga walau pun 10 sen! Jumlah tidak penting. Cara ini sebenarnya bertujuan mengajar anak-anak sifat berjimat dan ada rasa tanggungjawab untuk sama-sama mencapai impian, iaitu menyimpan duit untuk percutian keluarga.
Percutian Domestik Atau Luar Negara?
Tepuk dada, tanya poket. Mampu atau tidak? Tapi kalau kena caranya, percutian ke luar negara hanya memakan belanja yang lebih kurang sama percutian di dalam negara. Misalnya tiket penerbangan sudah ditempah lebih awal. Berapa banyak sudah boleh jimat bukan? Itu semua berbalik kepada bagaimana anda membuat perancangan.
Untuk saya sendiri, saya rancang percutian keluarga mengikut kemampuan diri; sama ada dari sudut kewangan mahu pun masa. Kadangkala, memang ada bajet, tapi masalah nak minta cuti pula. Lebih-lebih lagi kerja sebagai wartawan yang sering dihambat ‘deadline’. Kalau nak bercuti, kenalah buat ‘advance’ bahan! Sebabnya kerja kami tak boleh ditangguh-tangguh dan melibatkan pihak lain. Jika seorang tak siapkan artikel-artikel kolum tetap dia, takkan dia nak mengharapkan rakan lain yang buatkan? Orang lain pun ada kolumn masing-masing. Tak bertanggungjawab namanya tu. Bagi kami, tiada istilah cuti ‘ikut suka hati’, kecuali kecemasan.
Tapi yang paling utama, setiap kali tiba cuti sekolah panjang, saya akan ‘hantar’ anak saya balik kampung saya di Terengganu. Biarlah dia menikmati kehidupan di kampung, bersama nenek dan datuknya. Itu jauh lebih baik daripada terperap di rumah dengan bertemankan telefon bimbit sepanjang masa! Saya lebih rela anak saya belajar panjat pokok, pergi mandi sungai daripada berkepit dengan gajet memanjang!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mudahnya tanam taugeh kalau mak-mak tahu caranya. Nampak cara nak tanam pun hanya guna bekas dan siram saja. Tak perlu tanah pun.
Begitulah mudahnya tanam taugeh. Kadang-kadang nak gunakan dalam masakan hanyalah sedikit saja. Tapi kena beli ikut sukatan dan nilai yang ditetapkan.
Jadi, cara nak senang dan mudahnya dengan tanam saja di rumah. Tak perlu ambil masa lama, cukup dengan hanya 3-4 hari saja sudah boleh gunakan untuk masak.
Inilah yang dikongsikan oleh Nora Valo tentang mudahnya tanam taugeh sendiri. Menariknya, hanya perlu siram dua kali sehari dan hasil taugehnya memang gemuk-gemuk macam beli di kedai.
“Inilah cara saya buat taugeh sendiri di rumah. Boleh ikut cara berikut:
1. Inilah taugehnya. 3-4 hari sudah boleh tuai. Kalau nak simpan lama, kena penuhkan air dan letak dalam peti ais.
2. Rendam kacang hijau selama 24 jam. Tak perlu banyak pun, hanya segenggam pun dah cukup.
3. Selepas 24 jam, kacang akan mula bercambah.
4. Buang air rendaman dan tukar kacang ke dalam balang plastik. Ikut cara masing-masing, nak letak tisu atau tak nak pun tak apa. Tutup balang dan simpan di tempat gelap. Balut dengan plastik hitam.
5. Jangan lupa siram 2 kali sehari. Caranya, letak air dalam balang dan gocang seketika. Lepas itu buang airnya.
6. Hasilnya selepas 3-4 hari. Gemuk-gemuk macam beli kat kedai.
Selamat mencuba!
Mingguan Wanita : Lepas ni boleh tanam sendiri kat rumah. Nak pakai banyak mana pun tak kisah.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Bila nak masak nasi, bukan hanya masukkan beras dan bersihkan. Tapi kena ada adab masak nasi. Sebab kita nak masak untuk dimakan oleh keluarga tersayang dan mendapat keberkatan dari masakan kita.
Bukan setakat adab, tapi nak masak nasi juga ada stepnya perlu mak-mak buat untuk dihidangkan dan disertai dengan lauk pauk yang enak untuk santapan keluarga.
Namun, tak semua yang ‘terror’ masak nasi. Ada masanya terlalu keras, lembik kerana terlebih air dan sebagainya. Waima, tak kisah apa cara sekalipun, nasi dan lauk yang dimasak inilah menjadi kasih sayang dan pengikat kasih keluarga.
Nak masak nasi bukan hanya untuk bagi ia masak elok dan dihidangkan untuk keluarga. Tapi, untuk mendapat keberkatan kena ada adab memasak. Jangan ingat, basuh beras dan terus masukkan dalam periuk. Selesai.
Sedangkan dalam memasak sekalipun, ada adabnya supaya orang yang makan itu akan diterangkan hati dan sentiasa berkasih sayang antara satu sama lain. Inilah yang ditekankan bila mak-mak masak nasi untuk keluarga, tip dan adab memasak yang boleh diamalkan.
1. Semasa basuh beras, bacalah selawat ke atas Baginda Nabi Muhammad SAW.
ALLAHUMMA SHOLLI ‘ALA SAYYIDINA MUHAMMAD
WA ‘ALA AALI SAYYIDINA MUHAMMAD
(Baca 10X)
1 X selawat Allah akan balas 100X Rahmatnya keatas kita.Aamiin (Semakin banyak selawat, semakin banyaklah Rahmat yang Allah balas buat kita).
2. Bila sudah masukkan air untuk sukatan bacalah:
i) Surah Al-Insyirah (Alam Nasyroh) – Ini pesanan beberapa ustaz, tujuannya adalah sebagai doa untuk mengelak penyakit kronik kepada orang yang makan nasi tersebut, dengan izin dari Allah SWT.
ii) Surat Al Kauthar (Inna a’ Toina kal kauthar) – Sebagai penerang hati, belajar cepat dapat, dengan izin dari Allah SWT.
iii) Surah Al-Qadr – ( Inna anzalna hufi lailatil qadr) – Ini pesanan yang saya baru dapat dari seorang ustazah di sekolah tahfiz anak saya. Surah ini akan memudahkan ahli keluarga membetulkan diri dan memperbaiki amal, dengan izin dari Allah SWT.
iv) Zikirkan Ya Kareem , Ya Raheem – Beberapa kali dan hembus dalam nasi. Ini untuk menguatkan kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga.
Buatlah, Insya Allah dengan beristiqamah kepada satu amalan, akan memberi kekuatan untuk beramal dengan amalan yang lain. Wallahua’lam
Selamat Beramal.
Mingguan Wanita : Niatkan dalam hati makanan yang kita masak, bukan saja nasi tapi lauk pauk yang lain pun sesiapa yang makan akan diteriangkan hati dan kasih sayang keluarga bertambah erat.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...