Nak Sangat Isteri Tahu, Betapa Perit Hidup Tanpa Orang Kita Sayang - Nora Ariffin

Pesan penyanyi Nora Ariffin yang juga isteri kepada allahyarham komposer Johan Nawawi, ‘isteri carilah kebaikan dari suami. Jangan mencari salah suami semata-mata.

Kerana sewaktu ada di depan mata inilah, isteri hargai kehadiran pasangan. Arwah Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017, sehingga ke hari ini Nora sentiasa mengingati kenangan-kenangan manis bersama suami tercinta.

 

 

Luahnya di instagram miliknya,

Dalam kehidupan berumahtangga..
Carilah kebaikan dari suami.
Jauhi mencari keburukan semata- mata.
Tiada manusia yang sempurna.
Terimalah pasangan kita seadanya.
Mungkin asbab pasangan kita ini, adalah jalan untuk kita ke syurga.
Doa dan sentiasa yakin dengan ketentuan & hikmah dari Allah.
Muhasabah diri.
Sabar & redha adalah kunci.
Redha ibu, redha Allah
Redha suami, redha Allah.

IKLAN

 

Nak Sangat Isteri Tahu, Betapa Perit Hidup Tanpa Orang Kita Sayang – Nora Ariffin

Peritnya Hidup Tanpa Orang Yang Kita Sayang

Dan ketika berkongsi catatan ini, Nora sekali lagi menegaskan di ruangan komen sebab musabab dia menitipkan pesan ini untuk para isteri yang masih dianugerahkan suami.

Alhamdulilah.. Saya dah tak de suami… Itu sebabnya nak sangat, para isteri di luar sana tahu… Betapa perit hidup tanpa orang yang kita sayang.”

IKLAN

Sebelum ini pun, Nora ada berkongsi gambar terakhir kali dia menatap wajah arwah suami tercinta. Pesannya,

Siapapun kita.
Inilah pengakhiran kita.
Kali terakhir melihat wajah & jenazah Johan Nawawi.
Solat lah….
Sebelum kita disolatkan.
Al-fatihah.
#adadalamtiadabynora

 

Nak Sangat Isteri Tahu, Betapa Perit Hidup Tanpa Orang Kita Sayang – Nora Ariffin
Nora Ariffin bersama ibunya.

Jaga Makan Suami, Jangan Bagi Orang Gaji Yang Buat

Walau pun membesarkan anak sendirian, selepas pemergian suami. Nora tetap terlihat kuat. Empat orang anaknya, Mohd Syakir Iman Johan, Mohd Syakir Alif, Putri Nur Dahlia dan Putri Nur Fatehah membesar dengan sempurna.

IKLAN

Malah anak sulungnya sudah pun mendirikan rumahtangga awal tahun ini dengan pasangan hidupnya, Eilya Sofea Azman.

Biarpun bergelar ibu tunggal, Nora tak pernah lupa nasihat satu-satunya ibu tercinta.

Di antara nasihat yang sentiasa dipegang untuk menjadi isteri yang baik. Ma selalu pesan.. nak jadi isteri yang baik. Kena.. jaga makan suami, jangan bagi orang gaji yang buat, taat pada suami, patuhi hak dia dan jangan terlalu control suami.”

In Shaa Allah suami tak akan cari lain.”

Sumber/Foto : Nora Ariffin

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI