Setelah kira-kira lapan tahun bergelar kawan, pelakon Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana, 28 selamat menjadi pasangan suami isteri pada 1 September lalu. Ramai yang menyaksikan betapa gemuruhnya Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin menyarung cincin sewaktu sesi membatalkan air sembahyang.

Hingga menggigil tangan. Ardell ambil nafas beberapa kali bagi membolehkan cincin tersarung kemas di jari manis. Sayangnya, di sebalik rasa terharu menyaksikan video itu, ada juga yang mengecam reaksi Ardell. Termasuklah dijadikan parodi lawak jenaka.

Rupanya, menggeletar tangan Ardell itu bukan dibuat-buat tetapi itulah salah satu tanda serangan ‘panic attack’ yang Ardell alami selama ini. Ini selanjutnya penerangan suami Ardell, Nadzmi Adhwa.

 

Patutlah Tangan Ardell Menggigil Waktu Sarung Cincin, Itu Serangan Panic Attack
Kredit foto : pesonapengantin.my

 

Tulisnya,

IKLAN

Assalamualaikum semua terima kasih atas doa semua tak terbalas saya. Ada sedikit yang ingin saya kata kan. Sebelum ini telah tular video yang mana saya sedang menyarungkan cincin kepada isteri saya dan isteri saya menggeletar tangannya dan hampir sesak nafas.

Untuk pengetahuan semua isteri saya mengidap anxiety serta deppresion yang agak teruk sebelum ni. Dan masih lagi dalam proses treatment/pemulihan. Anxiety boleh terjadi bila bila masa sahaja pada isteri saya bukan hanya pada hari pernikahan kami malah dari sebelum ini lagi,

apabila terlalu ramai di hadapannya isteri saya terlalu terkejut sehingga menyebabkan panic attack. Yang boleh mengakibatkan black out, pitam , sesak nafas.

Sejujurnya selama kami berkawan kami banyak berjumpa kerana kami buat kerja yang sama dalam tailoring & design.

Menggigil Nak Masuk Fasa Baru Dalam Hidup

Perasaan berkawan dan perasaan bergelar suami isteri itu jauh bezanya , dan saya pasti detik itu detik yang terlalu berbeza setelah akad dilafaz .

IKLAN

Pada hari pernikahan kami berdua memang sangat awkward di hadapan orang ramai untuk sesi batal air sembahyang. Gugup berhadapan orang ramai. Semua perasaan lega, takut, gembira, dan sedih bergabung yang menyebabkan kami menggigil untuk masuk ke fasa baru dalam hidup kami , dan keadaan pada waktu itu seperti semuanya berubah.

Kami tidak mampu menghentikan kata-kata negative dari setengah netizen , tapi saya berharap tolong doakan yang baik-baik dan jangan timbulkan spekulasi sekiranya tidak tahu apa apa atau tidak berada di majlis kami.

 

IKLAN
Patutlah Tangan Ardell Menggigil Waktu Sarung Cincin, Itu Serangan Panic Attack
Kredit foto : myartis.com

Jangan Gelar Isteri Saya Minah Gigil

Sedaya upaya saya dan family kami cuba naikkan semangat isteri saya sehingga kami berjaya tempuh pelbagai dugaan hingga ke detik bahagia ini.

Kami bukan manusia sempurna, kami cuma manusia biasa yang ade hati. Sebagai seorang suami, Tolong.. jaga hati isteri saya & jangan gelar isteri saya minah gigil, perempuan parkinson, perempuan cacat serta saya tak kisah andai ada yang buat parody saya & isteri untuk menjadi bahan gelak tawa netizen, cuma jangan HINA isteri saya .

Saya mohon jaga lah hati kami suami isteri , family mertua saya dan family saya. Segala yang buruk datang dari kami, yang baik datang dari Allah SWT. Terima kasih untuk doa yang baik-baik dan terima kasih juga untuk yang sebaliknya.

MW : Mendoakan Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana bersabar menempuh ujian alam rumah tangga kelak. Semoga pasangan ini dirahmatiNya dunia dan akhirat.

Sumber/Foto : Nadzmi Adhwa

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI