Hebatnya doa. Tidak dinafikan, ia menjadi pendinding dalam kehidupan seharian kita. Mintalah apa sahaja yang kita mahu, Dia mendengarnya. Lambat atau cepat pasti doa akan dimakbulkan. Cuma kita kena terus berusaha dan bertawakal, tak putus harapan.

Begitu juga dalam kehidupan kita, tak perlulah rasa sedih dengan kegagalan kerana jika kita bersungguh-sungguh, kejayaan pasti datang. Begitu juga, apabila orang berada di atas, jangan terlalu bangga kerana sekelip mata sahaja macam-macam boleh jadi. Paling penting kita kena bersyukur, terima dan berusaha.

Inilah yang dikongsi oleh Khairul Hakimin Muhammad tentang doa dan amalan yang diamalkan oleh seseorang yang berjaya. Mungkin boleh dijadikan panduan bersama.

IKLAN

Cara Amalan Harian

Semasa dapat duduk dengan VIP yang seorang ini, saya dapat tanya soalan ini.

“Tan Sri, macam mana Tan Sri sentiasa ada idea yang best untuk diusahakan. Macam mana boleh ada susunan pemikiran begitu, yang kerap keluar dan dapat jadi perniagaan yang power”
Beliau jawab mudah ja, saya beriya catit:
1. Apabila bangun dari tidur, cepat-cepat turun dari katil. Sesaat terbangun itu adalah masa yang sangat berharga. Sebut alhamdulillah atau doa, terus bangkit.
2. Kemudian terus minum 2 gelas air. Beliau minum air masak 1 gelas, 1 gelas lagi ialah air rendaman kismis. Letak kismis sekitar 7-10 biji dalam air sebelah malam, tutup gelas tersebut, pagi esok minum.
Air ini untuk flush usus, perut semua. Perut ok, usus ok, kita akan senang dan tajam berfikir. Semuanya berkait rapat.
3. Kalau bangun awal, solat tahajud. Kalau terlambat, lambatlah macam mana pun, jangan sesekali tinggal solat sunat sebelum subuh. Kemudian solat subuh.
4. Selepas solat subuh, amalkan zikir ini:
Astaghfirullah hal azim – 33 kali.
Subhanallah wa bihamdih, subhanallah hil azim – 33 kali.
Allahhumma solli ala saidina Muhammad – 33 kali.
Lailahillallah al malikul hakkul mubin – 33 kali.
Lailahaillallah – 33 kali.
Subhanallah – 33 kali.
Alhamdulillah – 33 kali.
Allah hu akhbar – 33 kali.

Semua zikir ini ialah memuji Allah.
5. Membaca sekurang-kurangnya 5 muka surat apa sahaja buku. Paling bagus ialah buku kisah kejayaan sesiapa, sejarah, sirah, kisah nabi. Kerana kisah itu berulang kali berlaku dalam hidup kita. Jadi sandaran dan pengajaran besar.
6. Sarapan dengan lebihkan protien seperti telur, jus buah atau jus sayur. Elakkan ambil karbo terlalu banyak.
7. Senaman ringkas sekitar 15-20 minit. Ala yang mudah-mudah saja. Beliau cakap “saya dah tua tapi masih ok alhamdulillah, setiap pagi memang saya stretching dalam 3 minit naik treadmill dalam 10-15 minit.
8. Setiap hari tanya khabar cucu, anak-anak, isteri, keluarga. Tak pernah miss, dalam group whatsapp. Beliau tunjukkan kepada saya group famili beliau memang konsisten setiap pagi sekitar 7 pagi Tan Sri akan tanya “Assalamualaikum Cucu Atok semua sekolah ke harini? Tak sekolah mai rumah atok.”
9. Mesti jumpa orang untuk bersembang dalam 1 hari. 20% bercakap 80% mendengar.
10. Setiap kali solat fardhu, wajib lepas solat itu berdoa “Ya Allah, apa sahaja yang aku fikir hari ini biarlah jadi idea yang aku boleh buat, boleh laksanakan, idea yang boleh bantu orang, idea yang boleh kuatkan keluarga dan orang sekeliling Ya Allah.”

*****
Terkesima! Sampai bab doa itu memang buat saya tergamam. Kita selalu lupa sebenarnya kita boleh minta dari Allah untuk dapat semua itu. Allah maha segalanya, minta apa sahaja semua boleh.

IKLAN

Kita adalah apa yang kita nak, kita kehendak dan kita perlu. Semuanya atas kita. Sungguhlah kata pepatah “nak seribu daya, tak nak seribu dalih.”

Kalau nak, kita usaha, kita minta.
Begitulah.

IKLAN

MW: Kalau kita berangan nak itu dan nak ini tapi tak nak berusaha, memang susah nak dapat. Begitju juga kalu kita dah usaha dan doa tapi masih belum dapat. Jangan putus asa. Ada rahmat yang Dia nak bagi nanti. Percayalah.

Sumber: Khairul Hakimin Muhammad,

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI