Sesungguhnya nafkah seorang isteri wajib diberi dahulu, barulah disusuli taat isteri, umpama mahar yang dibayar tunai ketika majlis akad nikah.
Jika seorang suami memberi nafkah dan memenuhi segala keperluan seorang isteri, sudah tentu isteri akan membalas segala kebaikan suami yang amat bertanggungjawab. Betul tak?
Mana mungkin seorang isteri sanggup mempersiakan seorang suami yang baik dan menjalankan segala tanggungjawab sebagai ketua keluarga.
Nafkah Wajib Diberi Dahulu
Kongsi Peguam Syarie, Rabiatul Adawiyah Ramli, suami itu memenuhi segala keperluan dan kehendak si isteri dan sedaya upaya dengan bersungguh-sungguh mencari jalan untuk membahagiakan isteri mengikut kemampuan.
Jika ini yang ditunjukkan oleh sang suami, maka layaklah suami itu memperoleh seorang isteri yang taat hingga hujung nyawa.
Tanpa kunci utama, manakan wujudnya kunci pendua, kerana segalanya bermula dari ketua yang berjanji berakad untuk membahagiakan seisi keluarga.
Dah macam mana pula kalau suami sudah berusaha dan bersungguh-sungguh mencipta bahagia namun tidak dihargai setelah berusaha???
Jawapannya :
1. Sama ada suami itu belum cukup usaha dengan bersungguh-sungguh, ATAU
2. Isteri itu yang tidak dijodohkan untuk kekal bersama.
Jika jawapannya adalah 1, dan anda yakin masih belum cukup berusaha, maka teruskan usaha untuk kecapi nikmat bahagia.
Namun jika anda telahpun cukup berusaha maka jawapannya yang sesuai adalah 2, pilihlah untuk kekal atau melepaskannya.
Ads
Kerana berdasarkan sabda Nabi SAW., daripada Abdullah bin ‘Amr bin al-Ash berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Cukuplah seorang lelaki itu dikira berdosa apabila dia mengabaikan tanggungjawabnya ke atas sesiapa yang berada di bawah penjagaannya.” (Riwayat Abu Daud – 1692)
Dan di dalam Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan (men-jadi kewajipan) ke atas seorang bapa itu (untuk menyediakan) rezeki untuk mereka (ibu-ibu) dan juga pakaian mereka dengan cara yang makruf. (Surah al-Baqarah, ayat 233)
Umpama Mahar Dibayar Tunai
Persoalan taat dan nafkah, mana datang dulu?
Nafkah wajib diberi terlebih dahulu, disusuli taat seorang isteri. Umpamanya mahar perlu dibayar tunai terlebih dahulu sebelum mendatangi isteri itu.
Ayuh kita CIPTA BAHAGIA,
Jangan kita CIPTA DERITA,
Kerana yang membahagia pasti ke syurga,
Ads
Yang mencipta DERITA, kelak kau akan ke neraka sebagai PENDOSA.
Mingguan Wanita : Soal rezeki, jodoh dan ajal semuanya di tangan Tuhan. Usahlah membandingkan pasangan kita dengan orang lain, berusahalah untuk menjadi suami atau isteri terbaik dengan cara tersendiri.
Kes acu gunting kemaluan kanak-kanak berusia 7 tahun di sebuah sekolah tahfiz beberapa hari lepas tidak hanya berlaku kepada seorang budak tetapi rupanya lima orang kanak-kanak jadi mangsanya, malah salah seorang daripadanya dicabul oleh penjaga tersebut.
Namun pasangan suami isteri ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan melakukan penganiayaan terhadap lima kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun sejak tahun lalu.
Tertuduh Uji Che Mat, 43, dan suaminya Mohd Zamzuri Abdul Manap, 42 tahun, masing-masing membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Dazuki Ali.
Cukup sedih bila memikirkan nasib anak-anak, Uji berdepan dengan tujuh pertuduhan melakukan penganiayaan terhadap lima kanak-kanak termasuk mencabul seorang daripadanya manakala Mohd. Zamzuri berdepan lima pertuduhan.
Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut sejak Januari 2017 hingga Ogos lalu di Ribath Tahfiz Asyirazi di Tok Sira, Jalan Tengku Muhammad, Kuantan.
Mengikut kertas pertuduhan, Uji didakwa menganiaya seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dengan cara menyalakan pemetik api pada kemaluan mangsa dan mengacukan gunting pokok berulang kali sambil menggugut mahu memotong kemaluannya.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau dipenjarakan sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan.
Tarik Kemaluan Mangsa
Selain itu, dia juga didakwa mencabul kehormatan mangsa yang sama pada tempat dan masa yang sama dengan cara memegang dan menarik kemaluan mangsa.
Bagi kesalahan itu, didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua hukuman itu, jika sabit kesalahan.
Uji dan Mohd Zamzuri didakwa bersama-sama atas empat pertuduhan menganiaya empat kanak-kanak yang berusia antara tujuh hingga 12 tahun di bawah jagaan mereka dengan cara merotan berulang kali sehingga mereka mengalami kecederaan fizikal.
Hakim menetapkan kedua-dua tertuduh membayar jaminan yang keseluruhannya berjumlah RM45,000 dan 4 Oktober sebagai tarikh sebutan semula kes itu.
Sumber: Astro
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mahligai Di Ambang Bahaya, Prihatinlah Ya “Kena Selalu Cek, Kita Dah Bercakap Tak Dengan Pasangan”. Rumah tangga yang bahagia adalah impian setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga.
Mahligai yang dipenuhi dengan kasih sayang, rasa hormat dan penuh tolak ansur menjadi idaman. Tiada pasangan yang mengimpikan sebaliknya.
Diakui bukanlah suatu yang mudah untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga tanpa adanya kerjasama daripada pasangan itu sendiri.
Mahligai Di Ambang Bahaya, Prihatinlah Ya
Setiap pasangan tentu ingin rumah tangga mereka dilimpahi bahagia di dunia mahupun di akhirat.
Menerusi perkongsian di akaun Facebook Pakar Motivasi Terkenal, Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah telah berkongsi beberapa tip untuk diamalkan dalam melayari rumah tangga bahagia.
Menurut Dr Fadzilah, komunikasi adalah sangat penting. Jika komunikasi antara pasangan kecundang akan menyebabkan rumah tangga di ambang bahaya.
Kenali tiga hal yang menyebabkan rumah tangga itu sedang bermasalah.
“Inilah hal yang bahaya dalam rumahtangga:
Tanpa berkomunikasi, tiadalah perhubungan.
Tanpa sifat hormat, tiadalah percintaan.
Tanpa kepercayaan, tiada lagi sebab untuk diteruskan.
“Anak cucu dan sahabat Tok Abah,
“Kita kena selalu cek, hari ini kita dah bercakap tak dengan pasangan. Dah tegur, berborak dan berbincang tak untuk apa sahaja perkara.
“Kalau tak, letaklah handphone ke tepi sekarang dan fokus mengadap pasangan.
Lihatlah Nada Bercakap Dengan Pasangan
“Mungkin ada perbuatan seharian kita yang dah kecilkan hatinya. Kena selalu cek.
“Kemudian lihat pula nada kita bercakap, adakah bercakap dengan nada yang penuh penghormatan dan penghargaan.
“Kadang mereka ini inginkan kita beri perhatian dan tunjukkan rasa penghargaan dengan membantu, membelai dan menyantuni mereka sesungguhnya. Itupun sudah cukup melegakan mereka.
“Kita ini hidup bukan sehari dua tetapi sampai hujung nyawa.
“Bahagia kita bukan untuk diri sendiri sahaja tetapi ia untuk dikongsi.
“Moga rumahtangga kalian sentiasa harmoni sampai syurga nanti ya.
“Semarakkan cinta sepanjang masa,” kongsi Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah.
Gambar Hiasan : Drama Melur Untuk Firdaus.
“Tak Dinafikan Telefon Boleh Buatkan Hubungan Suami Isteri Dingin” Warganet
Menerusi ruangan komen ramai yang memberi pendapat tersendiri. Malah ada yang bersetuju dengan apa yang diutarakan oleh Dr Fadzilah.
Ibu ini, Noor Fadhila Bakribukan ambil masa beberapa lama untuk survey vaksin Pneumococcal anaknya. Sebab harga vaksin jenis ini bukan murah, cecah ratusan ringgit untuk sekali suntikan. Demi memberi imunisasi dan cegah jangkitan kuman di paru-paru anak, ibu ini sanggup menolak dari memberi barang keperluan dirinya.
“Alhamdulillah. Selesai 1 dos vaksin Pneumococcal untuk Iman Zahrawi. Lama jugalah Dila survey harga vaksin ni dan yang paling murah Dila jumpa dekat Poliklinik UKM Kesihatan Bandar Baru Bangi. Untuk umur Iman, hanya 2 dos diperlukan.”
“Dila pilih vaksin Pneumococcal untuk perbelanjaan bulan ini daripada membeli beg, baju, kasut, restoran hipster yang memahal tu. Keperluan kesihatan anak kami sentiasa di barisan pertama. Tapi kalau pendapatan awak melambak boleh la beli semuanya. Dila pilih ‘ukur baju di badan sendiri’.”
Menurut ibu ini, Vaksin Pneumococcal ni ada dua jenis:
Pertama : Synflorix (melindungi anak daripada 10 jenis bakteria)
Kedua : Prevenar (melindungi anak daripada 13 jenis bakteria).
“Sila dapatkan nasihat daripada doktor untuk pilihan jenis vaksin. Untuk anak saya, kami suami isteri sudah mendapatkan nasihat daripada doktor dan ikut keadaan anak saya, jenis Synflorix sudah pun memadai.”
“Namun, kalau puan/tuan ada bajet lebih atau anak puan dinasihatkan untuk ambil vaksin jenis Prevenar, baiklah ikut nasihat doktor. By the way, harga Synflorix adalah lebih murah berbanding Prevenar.”
Tambahnya apa yang dikongsikan itu bukahlah review berbayar. Sebaliknya sekadar berkongsi manfaat vaksin ini dan di mana nak dapatkan vaksin ni pada harga yang berpatutan.
Detail Apa Itu Vaksin Pneumococcal
Ini sedikit indo berkenaan vaksin Penumococcal yang saya baca dan kongsikan di sini dari website Momma.
Suntikan Vaksin Pneumococcal merupakan sejenis imunisasi yang boleh diberikan kepada kanak-kanak sebagai langkah awal untuk mencegah daripada jangkitan kuman di paru-paru yang dikenali sebagai penyakit Pneumonia.
Penyakit Pneumonia ini kerap di alami oleh kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Ianya terjadi akibat bakteria, virus, fungus dan parasit yang menyebabkan jangkitan pada hidung dan berterusan hingga ke paru-paru.
Penyakit pneumonia boleh membuatkan seseorang yang dijangkiti sukar untuk bernafas. Ini berlaku kerana nanah dan lendir memenuhi saluran udara pada paru-paru yang akan menggangu sistem pernafasan .
Jika ianya dibiarkan berterusan, oksigen mungkin tidak dapat sampai ke dalam darah dan sel tubuh yang seterusnya membahayakan nyawa anak anda.
Sekiranya anak anda mengalami simptom awal jangkitan pada paru-paru seperti demam panas, batuk dengan atau tanpa kahak, sakit dada, tiada selera makan, rasa tidak sihat dan sering merengek, pernafasan laju atau susah bernafas, muntah atau cirit-birit, segeralah bawa anak anda berjumpa dengan doktor.
Jika jangkitan kuman pada paru-paru ini disebabkan oleh bakteria, kebiasaannya doktor akan memberikan antibiotik kepada anak anda. Tetapi, jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan dan teruk, anak anda akan dimasukkan ke hospital untuk diberikan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih serius dan membahayakan nyawa anak anda.
Kalau Anak Batuk Lebih 3 Hari..
Sekiranya mendapati anak anda juga mengalami batuk yang berpanjangan selama tiga hari, keadaan badan yang lesu, mengalami muntah, nafas berbunyi dan dehidrasi, bawalah segera anak anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Untuk membezakan batuk biasa dan batuk Pneumonia, bunyi batuk biasa ‘tidak dalam’ berbanding batuk akibat Pneumonia yang bunyinya agak ‘dalam’ dan ianya kerap terjadi pada waktu malam sehingga ke pagi.
Dan sebaiknya, ibu bapa perlu mempertimbangkan pengambilan suntikan vaksin Pneumococcal di hospital atau klinik swasta bagi meningkatkan lagi imunisasi anak anda. Semoga dengan suntikan imunisasi vaksin Pneumococcal ini anak anda dapat dihindari penyakit Pneumonia dan menjalani aktiviti harian dengan ceria!
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...