Kredit Foto: myMetro

Memilukan apabila murid tahun tiga yang mula bersekolah hari ini meninggal dalam perjalanan ke sekolah pagi semalam. Bertambah sedih apabila ibunya tidak berjumpa dengan mangsa sepanjang PKP berlangsung kerana tinggal berasingan.

Meninggal Hari Pertama Sekolah

Hasrat murid tahun tiga untuk bertemu guru dan rakan selepas hampir empat bulan tidak bersekolah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak kesampaian apabila mangsa maut dalam kemalangan di Jalan Panchor, Durian Tunggal di Alor Gajah, semalam.

Murid Sekolah Kebangsaan Parit Melana, Durian Tunggal, Nur Aqilah Husna Amirul Husaini meninggal dunia akibat terperosok di bawah lori lima tan selepas motosikal ditunggangnya bersama bapanya, Amirul Husaini Muhammad, 33, dilanggar lori.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, Proton Wira dipandu lelaki berusia 28 tahun dan Toyota Alphard dipandu guru lelaki berusia 47 tahun turut terbabit dalam kejadian 7.20 pagi itu.

Murid MENINGGAL Hari Pertama Sekolah Bermula, Ibu Terkilan TAK Dapat BERJUMPA 
Kredit Foto: Sinar Harian

Meninggal Hari Pertama Sekolah Terperosok Bawah Lori

Beliau berkata, ketika kejadian, mangsa dan bapanya dalam perjalanan dari Kampung Beringin, Alor Gajah ke sekolah.

“Ketika kejadian, pemandu Proton Wira yang dalam perjalanan dari arah Kampung Pantai Belimbing ke Kampung Melaka Pindah dipercayai masuk ke laluan bertentangan sebelum berlanggar dengan Toyota Alphard dan lori berkenaan.

“Pemandu lori dipercayai mencuba mengelak tetapi terlanggar motosikal ditunggang bapa mangsa di sebelahnya,” katanya di Alor Gajah, hari ini.

Akibat pelanggaran itu, motosikal mangsa terperosok di bawah lori dan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala bapanya cedera di kaki.

Pemandu Proton Wira cedera di kepala manakala pemandu lori dan Toyota Alphard tidak cedera, katanya.

Jenazah Nur Aqilah dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat manakala bapanya dan pemandu Proton Wira dirawat di hospital yang sama.

 

IKLAN
Murid MENINGGAL Hari Pertama Sekolah Bermula, Ibu Terkilan TAK Dapat BERJUMPA 
Keadaan kereta yang agak teruk, manakala mangsa yang meninggal di tempat kejadian membonceng motosikal bersama bapanya.

Katanya, kemalangan berlaku di jalan satu lorong dua hala dan cuaca ketika kejadian baik.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ibu Terkilan Anak Meninggal Hari Pertama Sekolah

Ibu Nur Aqilah Husna merasa terkilan kerana tidak dapat bertemu puteri sulungnya itu pada Hari Raya Aidiladha ini.

Nur Atiqah Saadin, 31, berkata, dia begitu merindui mangsa, Nur Aqilah Husna Abdullah, 9, setelah tidak dapat berjumpa kira-kira empat bulan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan 18 Mac lalu.

Murid MENINGGAL Hari Pertama Sekolah Bermula, Ibu Terkilan TAK Dapat BERJUMPA 
Ibu mangsa. (Kredit foto: Sinar Harian)

Nur Atiqah dari Tampin, Negeri Sembilan tinggal berjauhan dengan anaknya itu setelah berpisah dengan suaminya iaitu bapa kepada mangsa.

“Sedih dan rindu teramat sangat pada arwah. Sebenarnya saya sudah merancang untuk menyambut Aidiladha kali ini bersama arwah.

IKLAN

“Terkejut bila dapat berita kemalangan ini. Sukar untuk saya percaya tapi saya kena reda,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah.

Artikel Berkaitan:

Cikgu Kongsi 7 Kejadian Penting Hari Pertama Bersekolah Murid Tahap 1

Persediaan Anak Ke Sekolah, Jangan Sampai Membazir

Dua Anak Cedera Menangis Di Sisi Jenazah Ibu, Yang Dijemput Ilahi Dalam Kemalangan

IKLAN

Info menarik, klik juga di sini. 

Sedih Kenangkan Wajah Arwah Meninggal Hari Pertama Sekolah

Menurut Nur Atiqah, lebih menyedihkan apabila dia terkenangkan raut wajah yang sedih ketika dia memberitahu hanya dapat mengambil arwah dan adiknya, Mohd Ammar Darwish Amirul Husain, 4, pada Hari Raya Aidiladha.

“Sepatutnya saya nak ambil arwah dan adiknya dalam minggu ini untuk dibawa pulang ke Tampin, namun sesi persekolahan telah bermula hari ini dan saya janji untuk mengambilnya pada hari raya nanti.

“Saya selalu membuat panggilan video dengan arwah dan masih terbayang-bayang wajah arwah dan suaranya akan saya rindukan selalu,” katanya.

Tidak Dapat Dengar Suara Nur Aqilah Buat Kali Terakhir

Nur Atiqah berkata, dia juga terkilan kerana tidak dapat mendengar suara Nur Aqilah Husna sebelum melelapkan mata malam tadi kerana anaknya itu tidur awal.

“Malam tadi saya buat panggilan video, ingatkan nak bercakap dengan arwah tetapi dia tidur awal. Jadi saya hanya bercakap dengan adiknya sahaja,” katanya.

MW: Berat ujian buat keluarga ini, apatah lagi buat ibu yang telah sekian lama tidak berjumpa. Rindu yang ditanggung sudah tentu tidak terucap apatah lagi kini anaknya telah tiada buat selamanya. Semoga keluarga ini tabah menerima kehilangan Nur Aqilah Husna. Al-Fatihah.

Sumber/Foto: Sinar Harian/ myMetro

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI