Mulianya hati Lan Solo & isteri, bantu penduduk Kg Sri Aman, Puchong. Begitulah prihatinnya penyanyi Lan Solo dan isteri Nur Sheila Hassim yang mengambil inisiatif untuk membantu jiran-jirannya yang juga penduduk Kg Sri Aman.
Seperti yang diketahui umum, penyanyi dan usahawan, Lan Solo antara selebriti tanah air yang turut terjejas akibat banjir apabila kediamannya turut dinaiki air dek kerana musibah banjir yang melanda baru-baru ini.
Mulianya Hati Lan Solo & Isteri, Bantu Penduduk Kg Sri Aman
Seperti mana yang diluahkan menerusi perkongsian di akaun sosialnya, Lan bersyukur kerana bantuan dari luar tidak henti-henti disalurkan kepada mereka yang terkesan di Kg Sri Aman. Malah dia juga berasa puas apabila amanah yang dipertanggungjawab kepadanya dapat diselesaikan sebaik mungkin.
“Penat..? Mesti la.. Berkhidmat guna tenaga manusia kan.
“Kerenah & ragam tu biasa. Memang takkan mampu nak puaskan semua orang. Tapi tetap ada kepuasan bila mana amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kami dapat diselesaikan.
“Alhamdulillah tiga hari berturut-turut tanpa henti bantuan dari luar masuk untuk membantu mereka yang terkesan di Kg.Sri Aman dan kampung-kampung yang berjiran dengan kami di Puchong ni.
“Hanya Allah yg dapat membalasnya.
“Terima kasih team Kasih Solo Borneo. Sanak saudara jiran tetangga sahabat handai yg turut membantu sebagai sukarelawan bagi memudahkan segala urusan bantuan!
“InsyaAllah ada ruang, ada peluang kami bantu lagi ya.
Ads
“Moga kita semua senantiasa dalam rahmatNya,” luah Lan.
“Dapat Rasa Kepayahan Orang Sekeliling” – Sheila
Manakala menerusi perkongsian di Facebook isteri Lan pula, dia berasa bersyukur kerana dapat membantu mereka yang memerlukan.
“3 hari yg menggembirakan. Betul kata pepatah. “Tak Kenal Maka Tak Cinta”
“Niat utama nak bantu org terdekat je dulu utk dptkan keperluan pasca banjir, sebab semua sedia maklum kan, banjir datang sebelum hari gaji dan kebanyakkan di antara kita adalah B40.
“Kami juga golongan B40 yang terkesan.
“BUKAN SOAL DUIT. Tapi KY dapatt rasa kepayahan orang sekeliling juga.
“Bila air surut je, KY & LS mula pusing-pusing kampung dan takt ahu nak gambarkan perasaan bila tengok keadaan rumah mereka yang jauh lebih teruk daripada rumah kami.
Ads
Allah Sebaik-Baik Pengemudi Segala Perancangan
“YES! Kuasa viral sangat membantu dan sejak hari pertama kami mula buat agihan, tak henti-henti sumbangan masuk. its not a one man show.
“Dengan inisiatif sendiri, habis orang keliling KY whatsapp, DM minta bantuan untuk orang kampung KY, alhamdulillah, Allah sebaik-sebaik pengemudi segala perancangan. Kredit untuk semua volunteer & orang persoarangan yang menyumbang. Kalian hebat!
“Untuk warga Kg Sri Aman & sekitar, gunakan lah bantuan dengan sebaik-baiknya. Tak rugi berbuat baik pada sesiapa sahaja. Percaya rezeki setiap antara kita tetap ada tapi perlu USAHA.
“Sekali lagi.. TERIMA KASIH SUAMI sebab izinkan dan redha dengan idea KY yang pada mulanya nampak macam tak nak berhasil. Alhamdulillah. Allah itu maha kaya. Kita berjaya, syukur. InsyaAllah, bantuan mangsa banjir akan diteruskan,” kongsi Shiela.
Mingguan Wanita : Semoga Allah membalas jasa pasangan suami isteri ini, walaupun mereka juga mangsa banjir namun mereka punya inisiatif untuk membantu jiran-jiran yang turut terkesan.
Sumber / Sumber Foto: Facebook Lan Solo & Sheila Razlan
Ibu penyanyi Khai Bahar, Rosnah Muhammad meninggal dunia dalam tidur pada usia 62 tahun di Kangar, Perlis pukul 10.40 malam tadi.
Khabar duka itu dimaklumkan pengurus penyanyi itu, Mohammed Rizal Mohammed Yasin menerusi satu perkongsian di Instagram.
Difahamkan penyanyi Luluh itu sedang bercuti di sebuah pulau. Usai menerima perkahabaran duka, Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin, 30, dilihat memuat naik rakaman di media sosial yang menunjukkan dirinya dalam perjalanan pulang ke kampung halamannya di Perlis. Khai menerusi rakaman itu menangis selain meninggalkan kapsyen ‘mak’ pada video berkenaan.
Dia sebelum ini memaklumkan kesihatan ibunya merosot akibat penyakit buah pinggang, masalah jantung dan paru-paru.
Allahyarham Rosnah Muhammad baharu meraikan ulang tahun kelahiran ke-62 pada 25 Disember lalu, dilapor menghidap pelbagai penyakit seperti buah pinggang, jantung, paru-paru dan hati.
Arwah mula menjalani rawatan dialisis sejak awal tahun lalu, pernah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas mengalami masalah sesak nafas.
Terdahulu, Khai pernah memaklumkan mengenai keadaan kesihatan ibunya yang mengalami masalah daya ingatan sehingga tidak kenal diri sendiri setiap kali selesai menjalani rawatan dialisis.
Malah sejak setahun lalu, penyanyi kesayangan ramai itu kerap pulang ke kampung bergilir menjaga ibunya. Dimaklumkan, ibu Khai Bahar meninggal dunia dalam tidur.
Sembahyang jenazah telah disempurnakan di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail Kangar usai solat zuhur disusuli pengkebumian di Tanah Perkuburan Tok Paduka.
Al Fatihah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Covid-19 masih mengancam nyawa sesiapa sahaja apatah di kalangan orang berisiko terutamanya kanak-kanak, warga emas dan pesakit yang imunnya rendah.
Oleh sebab itu, mak ayah perlu sentiasa memastikan kehidupan harian sentiasa mengikuti norma baharu dan mematuhi arahan pihak berkuasa kerana virus jahat ini tidak mengenal siapa pun.
Begitulah yang terjadi pada allahyarham Ahmad Mohamad Talib yang meninggal dunia setelah dijangkiti Covid-19. Tentu sedih dia “pergi’ seorang diri di hospital kerana terikat dengan SOP.
Namun menurut anaknya, “Abah sempat minta maaf, minta semua jaga diri. Sebagai anak tentu sedih baca pesanan terakhir sebelum ayahnya pergi meninggalkan mereka sekeluarga. Al-Fatihah.
Abah Sempat Minta Maaf, Minta Semua Jaga Diri
“Tolong doa dan terus solat hajat. Abah minta maaf. Jaga diri semua”
Itu kata-kata terakhir Ahmad Mohamad Talib, 58 kepada isteri dan anak-anaknya sebelum meninggal dunia akibat Covid-19 di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak, pada Rabu lalu.
Gambar pesanan bapanya yang ditulis di atas dua helai kertas viral di media sosial selepas dikongsi anaknya Syafiqa Humairak, 32, di laman Facebook miliknya.
Syafiqa Humairak berkata, mereka sekeluarga tidak dibenarkan menyimpan kertas yang mengandungi pesanan bapa kerana dikhuatiri mengandungi virus Covid-19.
Menurutnya, bapanya yang menghidap penyakit buah pinggang disahkan positif Covid-19 Khamis minggu lalu, sebelum dihantar ke HRPB untuk dikuarantin dan mendapat rawatan lanjut.
“Abah tidak menunjukkan sebarang perkembangan positif (selepas dimasukkan ke hospital). Keadaannya juga bertambah teruk dan doktor memutuskan supaya abah dikomakan, Isnin lalu.
“Abah menulis nota itu sebelum dikomakan. Dia juga tidak mampu bercakap. Namun, kami sempat berhubung dengan panggilan video sebelum abah dikomakan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Ahli Keluarga Tidak Berpeluang Hadiri Pengebumian
Syafiqa Humairak berkata, semua ahli keluarga termasuk anak saudaranya yang berusia sebulan turut disahkan positif Covid-19, dan tidak berpeluang menghadiri majlis pengebumian bapanya.
Bagaimanapun, Syafiqa Humairak tidak dijangkiti virus berkenaan kerana dia tinggal di Pulau Pinang.
“Hanya saya yang dibenarkan hadir ke majlis pengebumian. Saya sangat sedih kerana tidak dapat mencium abah buat kali terakhir.
“Saya juga hanya dapat melihat jenazah arwah abah dari jauh. Covid-19 sangat bahaya, hanya dalam tempoh beberapa minggu ia ‘membunuh’ abah,” katanya. Sehubungan itu, katanya, masyarakat diminta sentiasa mengambil berat mengenai langkah keselamatan yang sudah ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).
Katanya, arwah bapanya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Bendahara di sini.
MW: Sedih sungguh bila ahli keluarga terdekat meninggal dunia di musim Covid-19 kerana kita tidak berpeluang menghadiri majlis pengebumian dan terikat dengan beberapa SOP. Oleh itu jagalah diri, jagalah keluarga agar kita semua dalam keadaan selamat dan terhindar daripada Covid-19.
Anak beranak ini mengambil keputusan untuk ambil gambar terakhir berpegangan tangan di ICU setelah dijangkiti Covid-19. Selepas 24 jam ambil gambar, ibu meninggal dunia.
Sudah tentu si anak berharap ibunya tetap di sisi setelah sama-sama dimasukkan ke ICU. Namun takdir menentukan segalanya bila ibunya pergi dulu.
Sebak Ibu Tinggal Beberapa Hari Untuk Hidup
Seorang anak di London, tidak dapat menahan sebak apabila dimaklumkan oleh doktor bahawa ibunya hanya tinggal beberapa hari sahaja untuk hidup setelah mereka dijangkiti Covid-19.
Laporan Metro.co.uk memberitahu, dua beranak itu dikenali Anabel Sharma, 49, dan Maria Rico, 76, dimasukkan ke hospital pada pertengahan Oktober lalu sebelum ditempatkan di wad unit rawatan rapi (ICU) di London disebabkan kesukaran bernafas.
Dua minggu kemudian, pasangan berkenaan disatukan dalam bilik yang sama setelah melihat kesihatan Maria mengalami kemerosotan teruk.
Ambil Gambar Terakhir Berpegangan Tangan Di ICU
Sebelum pemergian Maria, Anabel telah mengambil gambar terakhir mereka sambil berpegangan tangan di ICU.
Tanpa diduga, selepas 24 jam, Maria akhirnya meninggal dunia pada 1 November lalu.
Mengimbau kembali pengalaman itu, Anabel mengakui itu adalah memori paling sedih yang dirasainya kerana kehilangan ibu tersayang akibat Covid-19.
Selepas 24 Jam Ibu Meninggal
“Semasa di dalam ICU, kami tidak boleh berbual seperti biasa kerana masing-masing memakai peralatan oksigen. Jika membukanya, oksigen akan berada
pada paras rendah, sekali gus menyukarkan untuk kami bernafas.
“Kami ada juga berbual tetapi menggunakan jururawat sebagai perantaraan,” katanya pada Ahad.
Anabel yang menghidap asma menghabiskan lima minggu dalam rawatan intensif dan menyaksikan pengebumian ibunya melalui skrin layar dari biliknya.
Ibu kepada tiga anak itu telah berkongsi kisah duka berkenaan di laman sosial Facebook Humans of Covid-19 yang diwujudkan oleh seorang doktor London bernama Benji Rozen untuk meningkatkan kesedaran mengenai realiti wabak Covid-19 kepada masyarakat.
“Saya terpanggil untuk berkongsi kisah ini dengan orang ramai. Ia boleh dijadikan iktibar selain meningkatkan kesedaran betapa bahayanya Covid-19,”
MW: Semoga kisah ini menjadi iktibar buat kita semua, ternyata virus Covid-19 tidak mengenal sesiapa pun. Oleh itu dalam keghairahan kita bebas ke sana, sini beringatlah bahawa nyawa mak ayah serta keluarga lebih penting daripada segalanya.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...