Emosi Ella terganggu, akui sudah lama hidap anxiety, begitulah yang diluahkan oleh ratu rock negara Ella. Malah dek kerana Pandemik Covid-19, emosinya juga kembali terganggu sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Emosi Ella Terganggu
Seperti mana yang difahamkan pemilik nama sebenar, Nor Zila Aminuddin, akui dirinya terkesan. Malah menurut SinarPlus, Ella juga menyatakan dia sebenarnya sudah lama dikesan menghidap anxiety.
“Sebenarnya saya dah lama dikesan menghidap anxiety iaitu ketika mula melibatkan diri dalam industri seni. Waktu itu saya tidak mempunyai keyakinan diri untuk bergaul dengan orang ramai dan membuat persembahan kerana karakter saya yang pemalu.
“Akibatnya saya sentiasa rasa gementar dan fikiran selalu kosong sehingga tidak dapat berbuat apa-apa. Akhirnya keluarga menasihati saya berjumpa doktor dan disahkan mempunyai masalah tersebut.
“Bila saya dah tahu punca, barulah saya dapat mencari jalan penyelesaian dan mengatasi masalah yang dihadapi itu. Alhamdulillah ia berjaya diatasi biarpun tidak sepenuhnya,” ungkapnya.
Kembali Menyerang, Kerap Dengar Cerita Negatif
Malah difahamkan juga penyakit yang dihidapi kembali menyerang apabila kerap mendengar cerita-cerita negatif.
Ads
“Bila anxiety saya kembali menyerang baru-baru ini, saya terdetik untuk membuat pendedahan dan berkongsi tentang masalah tersebut kepada umum.
“Saya mahu memberi kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya kita menjaga kesihatan mental, selain mengajak mereka yang mengalami masalah sama untuk berani tampil dan berjumpa doktor bagi mengatasinya.
“Tidak perlu takut kerana ia bukanlah perkara salah atau memalukan, sebaliknya tindakan itu akan menyelamatkan mereka menjadi lebih teruk sehingga memudaratkan kehidupan sendiri,” sambungnya yang juga dilantik sebagai duta Saudagar Santai Group (SSG).
Sumber : SinarPlus
Ads
Sumber Foto: Instagram Ella
KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:
Eyka Farhana selamat bergelar isteri Akhyar Rashid, 5 tahun menyulam kasih sebelum bersatu. Lima tahun menyulam kasih, akhirnya pelakon jelita Eyka Farhana sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan dan Terengganu FC, Akhyar Rashid dalam sebuah majlis akad nikah penuh indah dan bermakna yang berlangsung pagi tadi.
Dengan hanya sekali lafaz tepat jam 10.12 pagi, Eyka atau nama penuhnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi sah dinikahkan oleh bapanya sendiri, Wan Sarmizi Wan Ibrahim di hadapan Jurunikah Pejabat Agama Islam Gombak, Jaslan Ali.
Majlis serba indah ini diadakan di Boathouse By The Lake, Ampang dan dihadiri oleh keluarga serta kenalan terdekat kedua-dua belah pihak.
Pasangan ini kelihatan sepadan dalam busana serba putih – Eyka anggun mengenakan baju kurung moden rekaan Teh Firdaus, manakala Akhyar tampil segak dalam baju Melayu klasik.
Aura romantik dan suci majlis itu turut diserikan dengan kehadiran rakan-rakan artis popular seperti Mimi Lana, Amelia Henderson, Yaya Zahir, Shalma Ainaa, Sophia Liana, Azira Shafinaz dan Alicia Amin yang memainkan peranan sebagai pengiring dulang hantaran.
Pihak lelaki membawa lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang daripada pihak pengantin perempuan. Mas kahwin sebanyak RM3,200 menjadi simbol penyatuan dua hati yang telah sekian lama bersama, sejak lima tahun lalu sebelum bertunang pada 4 Ogos tahun lalu.
Majlis pernikahan mereka yang indah ini cukup bermakna memperlihatkan keindahan cinta yang dibina atas dasar kesetiaan dan saling mempercayai. Moga rumah tangga yang dibina menjadi bahtera bahagia hingga ke syurga. Tahniah Eyka & Akhyar!
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelakon jelita yang berasal dari Singapura, Hannah Delisha, telah memuat naik gambar dirinya berhijab dengan kapsyen bertulis Bismillah dan mendapat pujian ramai, malah lebih 200,000 tanda suka oleh pengikutnya di laman sosial.
Mengakui telah berhijrah sejak empat hari lalu. Hannah menyatakan sudah berniat sekian lama dan akhirnya menjadi kenyataan.
Heroin pujaan ramai ini akui sudah berniat mahu memakai hijab sejak Ramadan lalu. Bagaimanapun, disebabkan terikat dengan komitmen drama Cinta Sekali Lagi, niat berhijrah terpaksa ditangguhkan dahulu.
Bertambah seri selepas memakai hijab.
Jiwa Lebih Tenang
Penghijrahan itu membuatkan jiwanya kini lebih tenang.
“Saya hanya menunaikan tanggungjawab kepada Allah SWT. Dalam hidup, kena sentiasa berubah dan memperbaiki kekurangan diri. Saya mahu menjadi muslimah yang baik. Insya-Allah.
“Saya juga bersyukur kerana keputusan dibuat pada saat tiada hutang penggambaran yang memerlukannya tidak bertudung,” katanya seperti mana yang dipetik Berita Harian Online.
Bukan Sebab Kahwin
Hannah juga menerangkan keputusan dibuat selepas terdengar gosip mendakwa bakal mendirikan rumah tangga, Hannah menafikannya.
“Tidak… Saya bertudung bukan sebab mahu kahwin,” katanya.
Hannah juga turut menerima ucapan dari rakan artis dan peminat:
Sumber: https://www.bharian.com.my/hiburan
Sumber Foto:Instagram hannahdelisha
Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tragis Budak Perempuan 3 Tahun Ditemui Mati Lemas Di Dalam Mesin Basuh!Sungguh malang tidak berbau, tragis dan menyayat hati apabila anak tersayang, tidak lagi bernyawa akibat kecuaian mak ayah. Peralatan dan perkakasan elektrik seperti mesin basuh haruslah ditutup rapi bagi mengelakkan kemalangan yang tidak diingini.
Pihak berkuasa Paris melancarkan siasatan Jumaat lalu selepas seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun meninggal dunia akibat lemas di dalam sebuah mesin basuh milik keluarganya, lapor portal berita MailOnline.
Menurut pihak pendakwa raya, kanak-kanak tersebut ditemui di dalam mesin basuh itu di sebuah apartmen milik keluarganya di timur laut Paris pada malam Khamis lalu.
Kehilangan kanak-kanak itu pada mulanya hanya disedari ketika bapanya makan malam bersama ibunya serta salah seorang anak mereka yang lain, lapor akhbar Le Parisien.
Kehilangan Anak
Pada akhir makan malam itu, ibu bapanya menjadi bimbang tentang ketiadaan anak mereka. Ia menyebabkan seluruh keluarga pergi mencarinya di bahagian dalam dan di luar apartmen dan meminta bantuan jiran mereka.
Bagaimanapun, Le Parisien melaporkan bahawa mangsa akhirnya ditemui kira-kira pukul 10.30 malam (waktu tempatan) di apartmen tersebut dan bapanya segera menghubungi perkhidmatan kecemasan untuk mendapatkan bantuan perubatan.
Menurut Le Parisien, kanak-kanak itu sudah berada dalam keadaan kritikal ketika diselamatkan dan dia disahkan meninggal dunia sejurus selepas pukul 11.30 malam (waktu tempatan).
Pintu Mesin Basuh Tertutup
Menurut bapanya, pintu mesin basuh itu berada dalam keadaan tertutup sebelum ahli keluarga menemui anak mereka berada di dalamnya.
Maklumat awal menunjukkan bahawa kematian kanak-kanak tersebut boleh dikaitkan dengan sesak nafas dan tiada tanda-tanda keganasan pada tubuhnya.
Mingguan Wanita: Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat mak ayah yang lain semoga lebih berhati-hati dan tidak leka terutamanya melibatkan perkakasan dapur dan elektrik. Anak-anak yang masih kecil memang suka menerokai,perkara begini.
Sebagai seorang wanita pada realitinya banyak pengorbanan yang perlu dilalui termasuklah dalam mengharungi dunia percintaan. Begitu juga dengan watak Radwa yang mengajar kita bahawa...