liza hanim

Proses kehamilan adalah detik yang mencabar buat wanita. Setiap wanita pasti akan melalui fasa kehamilan yang berbeza. Ada yang mengalami alahan, muntah yang teruk, letih, lesu mahupun pendarahan ketika waktu kehamilan.Pelbagai detik cemas harus dilalui demi melahirkan zuriat tersayang.

Baru-baru ini, penyanyi Liza Hanim ada berkongsi detik cemas ketika proses awal kehamilan anak kelimanya yang mana kandungannya kini berusia lima bulan.

Alahan Teruk

Menurut Liza atau nama sebenar Haliza Hanim Abdul Halim, 38, dia mengalami pendarahan dan pernah dimasukkan ke hospital akibat simptom alahan yang teruk.

“Saya mengalami bleeding sebelum Konsert Dua Diva di Singapura, sampai kena masuk wad akibat muntah teruk sampai kekurangan air dalam badan.

“Alhamdullilah, walaupun kuat dugaan sepanjang kehamilan, baby kuat meneman mama dia menyanyi dan memenuhi undangan,” tulisnya di Instagram pada Isnin.

Penyanyi lagu Siapa Sangka Siapa Menduga ini mengumumkan kehamilan anak kelima selepas menjayakan Konsert Semalam Di Malaya yang diadakan di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur pada Ahad lalu.

IKLAN

Liza mendirikan rumahtangga bersama bekas anggota kumpulan Indigo, Mohamed Shahrin Samsudin pada tahun 2003 dan dikurniakan empat cahaya mata, dua lelaki dan dua perempuan.

Pendarahan & Muntah Teruk, Penyanyi Liza Hanim Kongsi Detik Cemas Hamil Anak Kelima!

Doakan Kandungan Sihat

Sementara itu, Liza memberitahu kehamilannya kali ini merupakan anugerah dan rezeki yang cukup bermakna buat dirinya dan suami.

IKLAN

Liza turut meminta peminat mendoakan agar kandungannya sihat dan dia mampu meneruskan kerjaya seni seperti biasa.

“Sesungguhnya ini adalah rezeki dan anugerah terindah yang sungguh indah dan amat bermakna daripada Allah.

“Doakan saya sihat sehingga melahirkan nanti… time being, kerja tetap kerja!” katanya.

IKLAN

Pendarahan & Muntah Teruk, Penyanyi Liza Hanim Kongsi Detik Cemas Hamil Anak Kelima!

Mingguan Wanita mengucapkan tahniah buat Liza Hanim atas rezeki ini.Semoga kandungan membesar dengan sihat dan sempurna serta dipermudahkan sepanjang proses kehamilan.

Pendarahan & Muntah Teruk, Penyanyi Liza Hanim Kongsi Detik Cemas Hamil Anak Kelima!

Sumber:Mstar & Lizahanim79

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI