Sumber / Sumber Foto: Astro Awani & Instagram Michelle Yeoh 

Michelle Yeoh sertai pembersihan pasca banjir, siapa sangka bintang Hollywood kelahiran Malaysia Tan Sri Michelle Yeoh turut sama turun padang sertai kerja-kerja pembersihan pasca banjir.

Malah bintang filem terkenal dunia ini juga begitu prihatin dan terharu dengan melihat orang ramai membantu mangsa banjir.

Michelle Yeoh Sertai Pembersihan Pasca Banjir “Terharu Orang Ramai Tidak Kira Agama, Bangsa Turun Membantu”

Michelle Yeoh Sertai Pembersihan Pasca Banjir

Kejadian banjir yang berlaku baru-baru ini di beberapa tempat di Lembah Klang sememangnya menyentuh perasaan ramai.

Malah dek kerana keprihatinan dengan keadaan mangsa banjir yang teruk terjejas, Michelle Yeoh juga sudi menyertai kerja-kerja pembersihan pasca banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam.

Michelle Yeoh Sertai Pembersihan Pasca Banjir “Terharu Orang Ramai Tidak Kira Agama, Bangsa Turun Membantu” Michelle Yeoh Sertai Pembersihan Pasca Banjir “Terharu Orang Ramai Tidak Kira Agama, Bangsa Turun Membantu” Michelle Yeoh Sertai Pembersihan Pasca Banjir “Terharu Orang Ramai Tidak Kira Agama, Bangsa Turun Membantu”

Seperti mana dilaporkan Astro Awani, Michelle memberitahu semangat  yang ditonjolkan merupakan semangat Krismas yang sebenar.

“Ini semangat Krismas yang sebenar. Terima kasih kepada semua.

IKLAN

“Saya amat terharu melihat orang ramai yang bersama di sini tidak kira agama, bangsa atau warganegara yang turun membantu mangsa banjir,” ujarnya.

Tidak Sangka Bintang Popular Turut Sama Membantu

Kehadiran Michelle ternyata menarik perhatian ramai yang mungkin tidak menyangka bintang popular itu turut bersama-sama para sukarelawan lain untuk melakukan kerja pembersihan di Sekolah Kebangsaan Taman Sri Muda 2.

Difahamkan kerja-kerja pembersihan tersebut dilakukan bersama pasukan 502 Askar Wataniah di bawah Divisyen Ke-4 Infantri Malaysia (4 Div), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Yayasan Taiwan Buddist Tzu-Chi Malaysia.

Baca Disini Juga: 

Bergenang Air Mata Tya Arifin Lihat Kediaman Mangsa Banjir “Tanggungjawab Meringankan Beban Golongan Memerlukan”

IKLAN

Idea Bernas Projek RUMAH RAKIT Atas Darat, Waktu Banjir Terapung Elok!

Lelaki Ini Kongsi Selamatkan Peti Ais, Mesin Basuh Ditenggelami Banjir Dari Terus ROSAK

Mingguan Wanita : Bangga dengan rakyat Malaysia yang bertungkus lumus membantu mereka yang dilanda musibah.

Sumber / Sumber Foto: Astro Awani & Instagram Michelle Yeoh

Mingguan Wanita boleh diikuti di :

IKLAN

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita

FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini: https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak

Website: https://www.mingguanwanita.my/

Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en

YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en

Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI