Kadang-kadang mengeluh juga bila terlalu penat menguruskan anak dan tiada yang membantu.

Merungut bukan tanda tak redha, itulah tandanya kita manusia biasa bila berdepan ujian dari Allah SWT. Biasalah setiap kali berdepan dugaan, pasti keluar dari mulut rasa kecewa, sedih.

Hanya sekadar luahan kerana mak,ayah juga manusia biasa yang tidak lari diuji. Namun ia tak bererti mak,ayah tak redha tetapi perlukan masa untuk hadap situasi yang berlaku.

Seperti mana dalam mendidik anak-anak, ada masanya emosi mak, ayah turun naik apatah lagi orang sekeliling seakan tidak memahami. Bersabarlah, hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Merungut Bukan Tanda Tak Redha

Kongsi Mohd Fhais Salim, ada orang ujiannya anak terlalu lasak, tak dapat nak relaks langsung. Aduh..

Kemudian, ada orang ujiannya anak terlalu nakal, selalu buat jantung kita tercabut.

Ada orang ujiannya anak lambat belajar, puas ajar lambat sungguh dia pickup.

Kemudian, ada orang ujiannya anak degil benar, berbuih cakap satu pun dia tak nak dengar.

Ada orang ujiannya anak keras kepala, kuat melawan cakap kita sentiasa.

Artikel Berkaitan:

Mak Ayah Nak DIDIK Anak Bukan MARAH Tunjuk Depan Orang, Jaga Air Mukanya!

Mak Ayah Dulu Marah Paling TERBAIK, Guna Bahasa Tubuh Didik Anak Patuh, Hormat

Jangan KEJI Ibu Lain KERAS Mendidik Anak, Kita Semua Ada BATTLE Sendiri

IKLAN

Itulah Tandanya Kita Manusia Biasa

Selebihnya, ada orang ujiannya anak kasar sangat, suka pukul orang dan sakat adik-beradik.

Ada orang ujiannya anak terlalu sensetif, sikit pun tak boleh tegur meleleh air mata.

Dan ada orang ujiannya anak terlalu strong will, sekali dia cakap nak dia nak juga, tak dapat berguling dia dekat situ juga.

Ada orang ujiannya mengurus anak seorang diri setiap hari setiap masa, tanpa bantuan. hmm..

Serta ada orang ujiannya berkorban kerjaya, pangkat dan pendapatan demi menjaga anak sepenuh masa.

Walau apa pun ujian kita,
– mengenang
– mengeluh
– merungut
– menangis
– meratap
– merintih
Itu sudah pasti.

Walau tidak diluahkan pada sesiapa tapi percayalah dalam hati pasti ada terdetik.

IKLAN

Bila Berdepan Ujian

Tak salah pun. Mengeluh bukan tanda lemah, merungut bukan tanda tak redha.

Sebaliknya itu la tanda kita HANYA MANUSIA biasa yang tak boleh lari dari rasa kecewa dan rasa terkilan bila berhadapan dengan ujian.

Lain orang lain ujiannya. Tak ada orang yang “mampu” terlepas dari ujian.

Fahamilah mereka yang diuji, dan selalu fikir begini.

“Ujian mereka begitu, ujian kita belum tentu lagi”

Entah-entah ujian kita nanti jauh maha dahsyat dari ujian mereka ini. Allahuakbar…

Mingguan Wanita : Setiap mak,ayah berbeza ujian hidupnya. Bersabarlah setiap kali diuji. Rasa kecewa dan sedih itu biasa kerana kita bukan manusia sempurna yang hanya mampu tersenyum setiap kali dugaan mendatang.

IKLAN

Sumber : Mohd Fhais Salim

Mingguan Wanita boleh diikuti di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita

FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini: https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak

Website: https://www.mingguanwanita.my/

Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en

YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en

Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI