Mahkamah Arahkan Hafidz Roshdi Dihantar Ke Hospital Bahagia. Seperti mana yang dilaporkan Sinar Harian Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu hari ini memerintahkan pelakon, Hafidz Roshdi dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikiatri.
Perintah itu dikeluarkan Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak selaku Majistret selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar bagi pemeriksaan mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah.
Mahkamah Arahkan Hafidz Roshdi Dihantar Ke Hospital Bahagia
Hafidz, 29, mengaku tidak bersalah atas tuduhan menumbuk pipi kiri isterinya, Nurul Shuhada sebanyak tiga kali hingga luka dalam kejadian di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya di sini pada 2 Mac lalu.
Pelakon tersebut membuat pengakuan tidak bersalah itu sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya.
Mengikut pertuduhan, Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi, didakwa menumbuk isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, menggunakan tangan sebanyak tiga kali sehingga mangsa mengalami luka, lebam dan bengkak di pipi kiri.
Ads
Kesalahan itu didakwa dilakukan berhampiran susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya di sini pada jam jam 3.32 pagi pada 2 Mac lalu.
Hafidz didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum dua kali ganda bagi sabitan di bawah Seksyen 323.
Semasa prosiding, Nurul Qistini yang mengetuai pendakwaan dibantu, Elyza Amira Habeeb Rahman, manakala Hafidz diwakili peguam bela, Datuk Akberdin Abdul Kader.
Peguam Rayu Hafidz Dilepaskan Dengan Ikat Jamin Tanpa Perlu Dirujuk Ke Hospital Psikiatri
Ads
Ketika pendakwaan, Nurul Qistini memohon kepada mahkamah supaya tertuduh diberikan ikat jamin selepas dirujuk dan menjalani rawatan di Hospital Bahagia kerana lelaki itu mempunyai rekod menerima rawatan psikiatri sebelum ini.
Bagaimanapun, Akberdin merayu Hafidz dilepaskan dengan ikat jamin tanpa perlu dirujuk ke hospital psikiatri atas alasan pelakon itu hanya mengalami depresi dan bipolar iaitu bukan masalah kesihatan mental pada tahap teruk.
“Jangan terlampau cemburu, tok laki tak suka” kata Kak Cat. Nak tahu lagi tips yang dikongsikan Kak Cat untuk menarik perhatian encik suami? Apa lagi, jom tengok! Eh tapi, sebelum tu, sakit mata min tengok rantai emas 916 Sin Ter May yang Kak Cat pakai.. cantik betul, berkilau!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pajeri orang sekarang tak macam masakan pajeri orang dulu-dulu. Apa yang dikongsikan Syed Mohd Nazlidalam grup Masak Apa Hari Ni (MAHN) ni memang ada betulnya.
Susah dah nak jumpa, kalau ada pun rasa santannya kuat. Hilang rasa asli pajeri itu. Sebab itulah, mak-mak muda terutamanya kena belajar ilmu masakan ini.
Ini cara betul masakan pajeri baik terung atau nenas, 10 rahsia yang dinyatakan ini kena ada. Point yang beliau kongsikan inilah yang akan membetulkan salah faham terhadap pajeri nenas.
10 Cara Betul Masak Pajeri
1. Pajeri bukan sejenis masakan berkuah cair.
2. Ianya berkuah pekat.
3. Rempah yang digunakan ialah rempah kari daging.
4. Bahan wajib ialah kerisik yang digaul bersama rempah sebelum ditumis.
5. Bahan tumisan selain bawang putih / merah ialah hirisan halia dan ’empat sekawan’. Jangan dok rajin tambah serai segala bagai.
6. Proses mati rempah dan pecah minyak adalah sama macam tumisan kari ikan.
7. Cukup sedikit pati santan.
8. Masakan ini jenis masakan manis dan perlukan gula yang sedikit banyak.
9. Nenas hendaklah dicelur air panas terlebih dulu.
10. Rasanya mesti ada rasa rempah, rasa gula, rasa garam dan sikit sangat rasa lemak. Diulangi SIKIT SANGAT RASA LEMAK!
Masakan Pajeri Kena Rupa Macam Ini
Mak-mak, masaklah pajeri tu sampai jadi macam dalam gambar ini. Ini pajeri dari Mak saya yang saya akan gaul nasi di dalam periuk bekas-bekas tinggalan yang ada.
Masuk hari ketujuh, pasangan bayi kembar Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan Datin Dr Halina Mohd Yunos dilahirkan, nama mereka akhirnya diumumkan ayahnya. Indah pilihan nama kedua ibu bapa ini. Eusoff dan Emelia itulah nama diberi untuk kedua-dua kembar ini.
Sama sebagaimana abang dan kakak yang lain, ‘Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia’ diletakkan melengkapi nama keluarga.
Pemilihan kedua nama yang bermula dengan huruf E, membawa simbolik makna yang indah-indah untuk kedua-dua bayi bongsunya.
Pilih Nama Eusoff Dan Emelia Kerana..
Kongsi ayah ini di laman instagramnya,
“Kami memutuskan untuk memilih E & E Enchanting – mempesonakan Excitement – keterujaan Empathetic – berempati Ebullient – cemerlang Effervescent – ceria dan aktif Efficacious – bermanfaat Embellish – menghiasi Emancipate – membebaskan Endearing -menawan Enrapture – memikat
‘Ianya Sheikh Eusoff & Sophea Emelia, sama seperti anak-anak yang lainnya, Sheikh Adam, Sheikh Noah, Sheikh Eusoff, Sophea Isabella, Sophea Natasha, Sophea Emelia.”
Doa Untuk Anak-anak Jadi Soleh Dan Solehah
Bapa ini juga memohon doa agar keenam-enam orang anaknya itu akan membesar menjadi anak yang soleh dan solehah. Dalam pada itu, ayah ini juga mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membantunya untuk mendapatkan nama indah untuk anak kembar bongsunya.
“Semoga menjadi anak anak yang Soleh & Soleha Berkehendak & Bertuhan kepada Allah Berbakti kepada IbuBapa Berilmu & Beriman Berpaksi kepada Kebenaran Berbakti kepada Ummah Berjaya Dunia Akhirah
Amiinn Amiinn Amiinn Ya Rabb Sebagai AYAH kupohon Doa Makbulkan Doaku Di Hari Baraqah ini Salam Jumaat Everyone Love As Always PS – TQ Everyone for guiding us with beautiful names”
Sepasang bayi kembar ini merupakan kembar kedua dalam keluarga Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina. Sebelum ini, isterinya itu pernah melahirkan bayi kembar Adam dan Noah. Sepanjang mengandung, Dr Halina banyak berkongsi perjalanan kehamilan bayi kembarnya di laman instagramnya.
Kedua-dua bayi ini dilahirkan secara pembedahan pada 20.11.2020. Semoga mereka membesar sihat dan menjadi anak yang membanggakan kedua ibu ayahnya.
Umum mengetahu bahawa untuk membuat binaan tambahan bagi kediaman memerlukan kelulusan dari PBT (Pihak Berkuasa Tempatan). Namun demikian ada juga yang ambil tak peduli, tetap membuat binaan ‘haram’ tanpa kebenaran kerana menganggap ia perkara ‘biasa’ dan ramai yang buat, walaupun sebenarnya ia tak boleh dan menjadi satu kesalahan.
Sebenarnya ada macam-macam jenis binaan tambahan tanpa kebenaran yang boleh membahayakan keselamatan, terutamanya jika dilakukan di rumah flat.
Nak fahamkan lebih lanjut, baca perkongsian daripada Ar.Ahmadkhairul Sabirindari Sabirin Rosli Architect ini sebagai rujukan.
CONTOH BINAAN TANPA KEBENARAN DI FLAT
Panas pula isu rumah flat di Johor kena roboh pasal buat tambahan macam duduk corner lot. Saya yakin yang PBT kalau boleh tak nak lah ke arah roboh ni tetapi bila benda binaan haram ni makin tak terkawal, nak tak nak mereka perlu roboh untuk beri peringatan.
Kalau siapa yang tak tahu, memang sudah jelas binaan tambahan untuk kediaman memerlukan kelulusan dari PBT.
Ok lah kalau tak tahu pun, kita masih ada common sense. Bila beli flat ni, dalam agreement floor plan dia tunjuk bahagian mana? Biasanya pelan layout rumah sahaja lah. Tak ada pula dia tunjuk kaki lima depan belakang semua kita punya. Jadi kenapa nak buat diatas tanah bukan bahagian kita? Common sense.
Binaan Membahayakan Keselamatan
Problem dengan binaan tanpa kebenaran di flat ni, dah macam-macam jenis dah dan hasilnya kebanyakan akan membahayakan keselamatan. Kerja-kerja menyelamat bomba pun boleh tergendala pasal ada binaan macam ni. Truck bomba tak boleh park dekat. Tangga tak sampai. Itu salah satu.
Nak buat binaan tambahan, kena check dulu dengan PBT atau at least management body. Senang. Bukan tanya tukang, tukang dia nak job saja asal jalan. Tuan rumah suruh buat dia buat.
Duduk di kediaman macam flat ni perlukan tolak ansur dan fikir kebajikan jiran. Kadang bila tambah tu kita saja yang senang, tapi menyusahkan orang lain.
Ni saya bagi contoh binaan tanpa kebenaran yang biasa dibuat tapi sebenarnya tak boleh.
Mingguan Wanita:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi jika tinggal di rumah flat jangan buat binaan tambahan tanpa kebenaran iya. Mungkin ramai yang buat tapi sebenarnya tak boleh dan menjadi satu kesalahan. Malah lebih penting boleh membahayakan keselamatan.
Anak dedah ibu dipisahkan dari keluarga. Pendedahan mengejut seorang anak, Iera Omar, mengenai konflik yang menimpa keluarganya membuka mata ramai. Di sebalik wajah tenang,...